.
Sinopsis dari filem terhangat JANGAN PANDANG BELAKANG PUNGGUNG.
.
Sinopsis dari filem terhangat JANGAN PANDANG BELAKANG PUNGGUNG.
Dato' Seri Najib sewaktu melawat Nik Aziz yang terlantar sakit.
.
Tok dengar cerita,
Mursyidul Am ajak PM kite berdebat pasal perpaduan Melayu?
ishkkkkk ishkkkkkk ishkkkkkk..
Tuan guru kita ni, kalau ke arah kebaikan buat apanya nak berdebat!Tok rasa la kalau debat ini diteruskan, mesti membuka pekung kedua-dua pihak. Nanti yang rugi siapa? Mestilah bangsa Melayu sendiri.Tok rasa tak elok la kalau debat ini diteruskan jugak..Baik la kalau duduk semeja berbincang baik-baik. Nape lak Nik Aziz jadi seorang yang emosional skrg ni ek? Nak kata dapat isteri baru, tak jugak. ni mesti Nik Aziz telah mendapat suntikan baru...
ooooOoooo ya... baru tok ingat Nik Aziz telah berjumpa dengan kawan lamanya baru-baru ini. Patut la Nik Aziz garang semacam je nak ajak orang berdebat.
gambar Nik Aziz pula dikatakan 'bernilai komersil tinggi'
tok dengar cite lepas ni Nik Aziz akan menjadi model iklan minyak rambut cap tok guru.
yang syoknya lagi ada pulak cerita "seorang imam di masjid mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Nik Aziz".
taubat la weh, nik aziz tu manusia biasa. tak lari dari buat dosa. dari kalau pandang gambar nik aziz dapat pahala, gantung la byk2 kat rumah.
tidakkah memuja manusia itu syirik di sisi Islam?
nie lah wajah pengkhianat negara.
Angkara Chin Peng, berapa banyak isteri-isteri menjadi balu dan anak-anak kehilangan bapa.
Wajarkah Chin Peng dibenarkan pulang ke Tanah Melayu? Tidak terguris hati ahli keluarga pejuang tanah air yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng.
Tidakkah tindakan membenarkan Cin Peng kembali ke Tanah Melayu seolah-oleh mengiktiraf Chin Peng sebagai pejuang merdeka?
tapi mengapa ada pula Melayu bodoh yang bersetuju agar Chin Peng balik ke Tanah Melayu? Anwar nie sudah gila agaknya, mungkinkah Anwar nie buta sejarah?
dah kalau Anwar nie bodoh dan gila, maka orang-orang yang ikut Anwar nie pun bodoh dan gila jugak la...
TELAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR....
RAKYAT HIDUP MUHIBAH…SEMUA KAUM BERSATU HATI.
PARLIMEN BERDIRI MEGAH…TANDA SUBURNYA DEMOKRASI.
KERAJAAN YANG MEMERINTAH…BERWAWASAN DAN BERINOVASI.
Saya suka untuk membawa pembaca memahami akan sepotong lirik lagu yang diambil dari sebuah lagu. Melayu, haruslah kita mengenangkan kembali akan sejarah pemerintahan melayu di zaman kegemilangan Melaka. Pernahkah Melayu terfikir kenapa selepas kejayan demi kejayaan yang telah muncul sepanjang 110 tahun ketika zaman kesultanan Melaka namun akhirnya kita jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dimana dengan tujuan utama iaitu 3K (Keagamaan,Kekayaan,Kekuasaan).
Mungkinkah ketika itu jumlah tentera Melaka tidak mampu menentang bala Portugis? Tetapi haruslah kita mengetahui bahawa tentera Melaka adalah lebih ramai jika ingin dibandingkan dengan bala Portugis. Mungkin secara rasionalnya, jika 1000 orang menentang 10 orang kemenangan lebih berpihak pada kumpulan yang ramai. Tetapi sebaliknya yang berlaku kepada Melaka pada ketika itu hingga menyebabkan Melaka dijajah oleh portugis sehingga Melayu terpaksa menjadi hamba di bumi sendiri. Adakah tentera Portugis begitu kuat dan hebat dalam mengatur strategi perperangan? Atau mungkihkah terdapat jarum di dalam kelompok melayu itu sendiri yang mementingkan diri sendiri hinggakan sanggup menggadaikan bangsa dan tanah air?
Wahai bangsaku yang bergelar Melayu, mahukah kita perkara yang sama berlaku kepada Malaysia tanah air tercinta? Jika dahulu empayar Melaka yang telah diratah oleh orang asing, sanggupkah kita Putrajaya menjadi taruhan untuk kali kedua? Jika dahulu Singapura terpaksa kita pisahkan dari tanah melayu, mahukah kita Pulau Mutiara digadai oleh orang tertentu? Perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku kepada Malaysia jika dilihat dengan keadaan politik yang semakin hebat. Walaupun terdapat pelbagai dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan yang memimpin sekarang bagi mempastikan keadilan terus dirasai oleh semua kaum, namun ada sesetengah pihak yang cuba untuk menjatuhkan sesuatu bangsa. Melayu Islam!! Bangkitlah dari lamunan. Melayu Islam!! Buka mata renunglah nasib. Maruah kita tidak lagi dijaga, hak kita sudah banyak dipersoalkan, Agama kita sudah ramai yang berani mempermainkan. Mungkin dahulu kita selalu berprinsip diam tidak bermakna kita tidak bertindak, tetapi disebabkan prinsip itulah bangsa dan agama kita telah dipijak oleh bangsa lain yang dahulunya adalah pendatang ke tanah kita.
Melayu, betapa perit orang-orang tua dahulu memperjuangkan kemerdekaan untuk tanah melayu. Betapa pedihnya moyang kita menjungjung senjata untuk mempertahankan tanah air kita. Mungkin kita terlampau selesa hidup pada zaman ini, tetapi dari mana datangnya keselesaan kalau bukan dari keperitan yang ditanggung oleh orang terdahulu dari kita yang juga bergelar melayu. Hebatkah Melayu kalau berjuang untuk kepentingan diri sendiri? Hebatkah melayu kalau berbohong demi menjaga hati pengundi? Janganlah melayu kalau memilih pemimpin yang hanya petah berbicara tetapi sekadar menanam tebu dibibir. Melayu Islam!!! Mungkin untuk memperolehi kemerdekaan adalah mudah bagi almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi begitu hebat cabaran yang ditempuh oleh pemimpin sekarang untuk mempertahankan kemerdekaan.
“BANGKIT MELAYU, JANGAN LAGI KITA BERDIAM DIRI DEMI MENJAGA AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA”
1 Malaysia vs Malaysian Malaysia
Tukang masak hendak membuat kek an adunanya adalah seperti berikut :
Kek 1 Malaysia = 1 kg tepung, 50 gram garam, 500 gram gula, 5 cawan air dan 5 biji telur.
Kek Malaysian Malaysia = 1 kg tepung, 1 kg garam, 1 kg gula, 1 kg air dan 1 kg telur.
Tok nak tny korang semua la. Bila siap kek ni di masak, KEK MANA PALING SEDAP DI MAKAN?