About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, June 9, 2009



1 MALAYSIA
Salam perjuangan tok ingin ucapkan kepada seluruh rakyat yang bergelar “1 MALAYSIA”. Bebanyak terima kasih tok ingin katakan kepada semua yang telah sudi melawat akan blog tok yang tidak seberapa hebatnya. Tetap ianya sekadar untuk berkongsi maklumat yang berasaskan fakta dan semestinya bukan auta sebagaimana puak pakatan pembangkang yang telah banyak meracuni peminat cyber dengan segala tipu helah belaka. Fakta yang ingin dikongsikan ini ikhlas tok sampaikan khas buat ummah yang berjuang atas landasan yan sama dengan tok.




Tok Limbong bukanlah hebat sangat pon kalau nak menyentuh tentang 1 Malaysia, tetapi perkara ini menarik minat tok untuk berkongsi dengan pembaca blog terutama tentang nilai yang ke tujuh iaitu “KESETIAAN”. Sememangnya 1 Malaysia selari dengan rukun Negara yang ke dua iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara yang mana seluruh rakyat Malaysia haruslah mempraktikanya bukan hanya sekadar melaungkanya setiap kali perhimpunan sekolah mahupun perhimpunan penjawat awam.

Walaubagaimanapun, tok juga berasa sedih apabila ada seglintir rakyat Malaysia tidak lagi berpegang kepada rukun Negara yang kedua tersebut sehingga sanggup menderhaka akan sultan. Fenomena inilah yang telah berlaku di bumi Utara baru-baru ini seterusnya menimbulkan masalah dalam perlaksanaan dasar-dasar Negara. SIAPA YANG TOK MAKSUDKAN? Mungkin pembaca lebih arif lagi bijaksana tentang isu tersebut. Dan disebabkan hilangnya kesetiaan kepada agama dan bangsalah Anuar Ibrahim yang menjadi sanjungan Pakatan Pembangkang telah mengamalkan “ Matlamat Menghalalkan Cara” untuk kepentingan dirinya dan kroni-kroni.

Pembaca juga perlu melihat nilai kesetian dari aspek ekonomi yang telah banyak membantu pembangunan di negara Malaysia tercinta. Jika dilihat pada zaman kepimpinan Almarhum Tun Abdul Razak iaitu PM yang ke-2, beliau mampu melaksanakan satu dasar baru yang telah banyak memberi perubahan kepada ekonomi negara Malaysia pada tahun 1971. Tidak perlu untuk tok jelaskan dengan lebih lanjut tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar tersebut mendapat sokongan yang begitu kuat oleh pengikut beliau pada ketika itu mahupun di peringkat rakyat atau pemimpin atasan yang begitu setia kepada Almarhum Tun Abdul Razak. Hal ini telah membolehkan segenap lapisan bangsa menikmati sumber yang terdapat dalam negara Malaysia dengan seadil-adilnya. Terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan (DEB) lebih memihak kepada kaum majoriti di bumi Malaysia iaitu melayu namun begitu, statistik kadar kemiskinan sudah cukup membuktikan bahawa (DEB) yang telah dilaksanakan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Pada tahun 1970 kadar kemiskinan 3 bangsa iaitu Melayu, Cina dan India berada pada tahap yang tinggi iaitu masing-masing 64.8%, 26% dan 39%. Namun selepas (DEB) dilaksanakan kadar kemiskinan menunjukkan penurunan yang begitu ketara pada tahun 1990 iaitu masing-masing kepada 20.8%, 5.7% dan 8%. Mungkin masih belum terlewat untuk tok ucapkan tahniah pada Almarhum Tun Abdul Razak atas kejayaan beliau. Namun kesetiaan tersebut tiada lagi di Pulau Mutiara apabila (DEB) telah dihapuskan oleh DAP yang juga merupakan pakatan kepada PAS dan PKR.

Sememangya tok merasakan yang kesetiaan perlu hadir dalam diri setiap insan samada ianya bergelar Wong Chun Han, Muthusamy ataupun Aminah bagi membolehkan 1 Malaysia menjadi realiti pada masa akan datang.

“TAAT DAN SETIALAH KITA PADA ALLAH YANG PENYAYANG”
“TAAT DAN SETIALAH KITA PADA RASULLULAH S.A.W”
“TAAT DAN SETIALAH KITA PADA RAJA DAN PERLEMBAGAAN”




Maksud : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu pada Raullulah dan kepada “Ulul-Amrin” ( Orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu, kemudian, jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengambilkanya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (as-Sunnah) Rasulnya jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahanya”

(surah an-nisa’, ayat 59)

No comments: