About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, July 2, 2012

Penganjur Rusuhan #BERSIH Terima Ugutan Bunuh?


SHAH ALAM - Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S. Ambiga menerima kiriman emel ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya, kelmarin.

Difahamkan, kandungan emel tersebut memaparkan dua nama lelaki yang diupah, dipercayai untuk membunuh beliau.

Menurut sumber, kiriman itu dihantar kira-kira jam 5 pagi dan disedari Ambiga pada jam 1 tengah hari melalui telefon bimbitnya.

"Bimbang dengan keselamatannya, laporan dibuat di Balai Polis Travers pada hari kejadian.

"Dipercayai, pengirim menggunakan nama kumpulan gengster bagi menakutkan beliau," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Siapa Boikot Siapa? Sila Sebarkan Makkumat Ini.


#EURO 2012, Restoran Di Lumut Diserbu.


1. Kira-kira 500 lebih orang muda menyerbu restoran Briyani di Manjung Lumut untuk Lepak Santai EURO2012 akhir antara Sepanyol dan Itali.

2. Terima kasih Ahli Parlimen Lumut yang belanja kami semua makan sejumlah kos RM10,000.00 sepanjang menonton bola sepak.

3. Tahniah BN Lumut dan MAYC serta Belia 4B kerana berjaya melaksanakan program yang agak santai tetapi menyeronokkan. Walaupun gua kecewa dengan kekalahan Italy, tetapi senang hati melihat gelagat setiap anak muda yang hadir.

4. Tahniah buat penyokong Sepanyol dan takziah buat penyokong Italy. Keputusan penuh Sepanyol 4-0 Italy. Sepanyol ibarat jalani latihan semalam.

Artis Tempatan Dapat Tawaran RM10k Untuk Berasmara Dengan VVIP.


PELAKON Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja mendedahkan, dia pernah menerima pelawaan golongan kenamaan atau VIP yang sanggup memberinya RM10,000 semata-mata mahu bersamanya.

Katanya, pengalaman itu dilalui ketika mula bergelar artis 15 tahun lalu apabila pertemuan dengan VIP itu diatur orang tengah yang ditugaskan untuk mengajaknya makan malam.

“Apabila mendapat tahu dia sanggup memberi wang sebanyak itu semata-mata untuk berjumpa, saya tertanya mesti ada agenda tersembunyi. Namun, saya menolak pelawaan itu secara baik dan tidak mahu ia diperbesarkan.

“Dalam perkara ini, saya fikir tidak perlu salahkan satu pihak kerana jika artis itu tidak melayan, mustahil perbuatan menjual maruah diri boleh berlaku. Atas punca itu, kedua-dua pihak perlu dipersalahkan jika artis terpedaya,” katanya.

Diperdaya dengan wang ringgit, Eja berpandangan ia bukan persoalan kerana yang membimbangkan adalah maruah diri yang harus dipertahankan.

Sebagai artis berpengalaman, Eja juga menyatakan pernah terdengar situasi ini berlaku pada artis lain yang mungkin dianggap gosip.

“Artis boleh baik dengan sesiapa saja tapi jangan melampaui batas. Sudah tentu ramai mahu mendekati artis muda yang masih cantik, tapi artis perlu tetapkan matlamat diri ketika masuk dalam bidang seni.

“Jika ikhlas dan jujur, artis itu dapat bertahan lama. Saya masih ingat pesanan arwah Hani Mohsin, jangan jual diri atau rupa, tapi kerja kerana seni dan jangan popular dengan cara mudah tapi konsisten,” katanya.


Sunday, July 1, 2012

Foto Kekejaman Pengikut Nik Aziz. #PDRM Tolong Siasat.



Isu Sekolah Agama Rakyat, Melayu Islam Di Belakang Hamidah Osman.






Isu pembinaan Sekolah Agama Rakyat oleh YB Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat) nampaknya semakin rancak. Awal pagi ini, sekumpulan orang Melayu Islam berkumpul di tapak pembinaan SAR tersebut bagi memberi sokongan kepada Hamidah Osman untuk meneruskan pembinaanya.

Mereka yang turun berhimpun pada pagi tadi akan sentiasa berada di belakang YB Hamidah Osman agar pembinaan SAR untuk kepentingan anak-anak orang Islam ini tidak akan diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan politik.

Minggu lepas TG86 ada mendedahkan memorendum yang dihantar kepada YB Hamidah Osman supaya pembinaan SAR tersebut diberhentikan. Di dalam memorendum tersebut terdapat senarai nama yang secara total adalah orang cina. Baca sini.

Pemimpin DAP dan juga PAS antara yang lantang bersuara agar Sekolah Agama Rakyat yang dalam proses pembinaan tersebut di robohkan kononya mereka mendakwa tanah tersebut adalah tanah untuk tapak tapak permainan kanak-kanak. Walhal tanah tersebut telahpun diluluskan oleh Pejabat Tanah Daerah Kinta untuk tujuan pembinaan Sekolah Agama Rakyat.


Johor Negeri Pertama Bakal Laksana Hudud.

Hudud Bukan Untuk Ceramah Politik.






KUALA LUMPUR 1 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor menggesa Johor menjadi negeri pertama di negara ini bagi melaksanakan hukum hudud.
 
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, beliau mahu Johor melaksanakan hukum hudud yang sebenar (berbeza dengan hudud Pas) bagi mendahului negeri- negeri lain.
 
"Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara dan bukan seperti dakwaan Pas yang hukum hudud hanya untuk umat Islam sahaja," katanya.
 
Menurut Ayub, hukum hudud Kelantan di bawah Kanun Jenayah Syariah II tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar serta boleh menimbulkan diskriminasi diantara orang Islam dan bukan Islam.
 
Sehubungan itu, beliau mencabar Pas untuk menyokong cadangan pelaksanaan hukum hudud walaupun ia disuarakan oleh pihak Umno jika mereka ikhlas ingin memperjuangkan Islam.
 
Tambah Ayub, sebagi langkah awal, Johor perlu memberi kefahaman lengkap kepada orang bukan Islam mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Kalau Yang Menari Itu Najib Razak, Bendera Itu UMNO.


Sudah pasti mereka akan kata Najib Sesat dan UMNO keterlaluan jika yang menari dalam gambar tersebut adalah Najib Razak dan bendera yang berkibar itu adalah bendera UMNO.

Salah orang lain mudah untuk kita nampak tetapi salah sendiri tidak sedar. Hakikatnya itulah aliran pemikiran puak khawarij PAS yang gemar mencari kesalahan UMNO. Kesalahan yang dibuat oleh kumpilan sendiri sudah pasti PAS akan kata itu adalah harus.

Anwar tidak lagi bimbang untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Islam kerana setiap kali beliau lakukan perkara yang menyimpang jauh dari ajaran Islam, pemimpin PAS akan melindungi Anwar dengan fatwa yang menyesatkan.