About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, April 19, 2012

Eksklusif: Akhirnya Penderitaan Bob Kuman Mendapat Perhatian UMNO.

Setelah penderitaan yang di alami beliau disebarkan oleh media-media tempatan termasuk blog gua seperti di sini akhirnya ada juga individu prihatin menghulurkan bantuan pada beliau. Buat Kuman, gua terus mendoakan agar anda selamat dan cepat sembuh.


PEMUDA UMNO dengan kerjasama Seniman Muda hari ini tampil membantu rakan-rakan artis yang memerlukan sumbangan dan perhatian ekoran beberapa masalah yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

Bermula dengan kunjungan ke rumah menantu Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Surijaningsih Bakar, di Setapak, rombongan berkenaan yang diketuai Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar bersama Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi kemudiannya bergerak ke rumah pelakon dan pelawak Bob Kuman di Kota Damansara.

Dalam kunjungan tersebut, Jamawi serta anggota rombongan yang lain beramah mesra dan menghulurkan sedikit bantuan dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh golongan artis berkenaan.

Menurut Jamawi, dalam konteks menantu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, selain bantuan segera pihaknya juga akan membantu menanggung cukai pintu yang perlu dibayar oleh keluarga berkenaan memandangkan Surijaningsih Bakar tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Insyaallah kita akan tanggung sampai bila-bila jika ada kemampuan dan itu adalah komitmen saya sendiri dalam usaha meringankan beban keluarga tersebut. Walaupun jumlahnya kecil kita berharap penglibatan Pemuda khususnya dan dengan kerjasama Seniman sedikit sebanyak membantu mereka.

“Selain itu, kita juga turut membantu Bob Kuman yang mana pada hari ini kita telah menyalurkan sedikit sumbangan khususnya membantu beliau membeli keperluan alat pernafasan. Kita tengoklah nanti lain-lain keperluan yang boleh kita bantu dalam usaha meringankan beban beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke rumah Bob Kuman dirumahnya, di Kota Damansara, di sini, hari ini. Turut serta Adam Af dan rakan-rakan yang lain.

Jamawi seterusnya menambah pihaknya cukup prihatin serta peka dengan masalah yang dihadapi oleh golongan artis tanah air.

“Pada tahun lepas juga kita telah membantu beberapa artis yang memerlukan bantuan dan insyaallah selepas ini, kita akan adakan satu program untuk golongan artis tanah air.

“Kita akan kumpul rakan-rakan artis teramsuk Presiden Seniman dan 32 artis yang memerlukan bantuan sewajarnya. Ini adalah sebagai salah satu tanda penghargaan golongan muda kepada rakan-rakan artis yang terlibat melonjakkan indutri hiburan tanah air,“ katanya.

-MediaUMNO

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah UMNO. Nasib yang memerlukan pasti akan terbela jika UMNO/BN terus memerintah.