Tangan Aku Bau Taik... |
Saiful dan Peguam Negara membuat tindakan bijak merayu kes
liwat Anwar ke Mahkamah Rayuan. Anwar menjadi bertambah bimbang kerana
mengingatkan pengalamannya di masa lalu.
Dalam
tuduhan dia meliwat adik angkatnya. Sukma Darmawan, dan Azizan Abu Bakar Anwar kena penjara sembilan tahun oleh
Mahkamah Tinggi. Dia menuduh UMNO merancang konspirasi kerana takut BN kalah
dalam pilihan raya 1999. Dia berkata berulang-ulang kali dia difitnah.
Dia membuat
rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan penghakiman dari tiga orang panel
hakim. Mahkamah Rayuan menolak juga dan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi
yang menjatuhkan hukuman itu. Anwar tidak puas hati. Dia merayu ke Mahkamah
Persekutuan bersama dengan adik angkatnya yang dokenalinya sejak pemuda Indonesia
berumur 14 tahun dan tinggal bersamanya sebilik di rumah bapanya di Kampung
Tunku, Petaling Jaya.
Mahkamah
Persekutuan yang mengandungi tiga orang hakim membuat keputusan yang sangat
penting. Anwar dibebaskan atas soal teknikal. Tetapi Mahkamah Persekutuan
sebulat suara berpendapat Anwar memang mempunyai hubungan homoseksual dengan
adik angkatnya itu.Walau pun dia dibebaskan atas soal teknik namun dia
terus menipu rakyat mengatakan dia tidak bersalah kerana Mahkamah Persekutuan
membebaskannya.
Ini
penipuan Anwar yang memutarbelit keputusan Mahkamah Persekutuan untuk
kepentingan politik pribadinya. Mereka yang jahil mengenai penghakiman itu,
atau tidak membacanya, terus telan bulat-bulat penipuan yang dibuat Anwar.
Apakah tiga hakim Mahkamah Persekutuan juga terlibat dalam :konspirasi hendak
menjatuhkan Anwar? Hakim tidak ada kepentingan politik tetapi berdasarkan
bukti-bukti yang diketengahkan kedua pihak – pendakwa dan pembela.
Keputusan Mahkamah Persekutuan sudah cukup
membuktikan Anwar seorang homosek. Dia meliwat Sukma. Dia melakukan seks sama
jenis yang dilaknati Allah. Rakyat lebih percaya pada pendapat tiga hakim yang
tidak dipengaruhi oleh agenda politik mana-mana pihak sekali pun.Walau pun
pengikut-pengikut taksub kepada Anwar enggan menerima keputusan hakim Mahkamah
Persekutuan namun mmajoriti orang Melayu dan bukan Melayu menerima dengan hati
yang lapang. Sekarang jelaslah kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya dan dunia
antarabangsa amnya bahawa Anwar seorang homosek.
Kali ini
lain pula keadaannya. Mahkamah Tinggi terpaksa membebaskan Anwar dari tuduhan
meliwat Saiful kerana meragui kesahihan DNA dan kenyataan-kenyataan dari Saiful
semata-mata. Ertinya bukti pihak pendakwa tidak mencukupi. Sekali lagi Anwar
melaung seluruh dunia dia selamat dari fitnah UMNO, dan kononnya dia didapati
tidak bersalah.
Dia lupa
Saiful boleh merayu kes ini ke Mahkamah Rayuan dan, kalau tidak berpuas hati,
terus ke Mahkamah Persekutuan seperti mana yang dilakukan Anwar dalam kes
liwatnya yang dahulu. Ini buat Anwar gelabah, makan tak kenyang tidur tak lena.
Takdirnya Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada Saiful, menolak keputusan
hakim Mahkamah Tinggi, Anwar akan menerima padahnya. Mahkamah Rayuan boleh
mengenakan hukuman penjara atas kes tersebut.
Anwar boleh
membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan seperti mana dilakukannya dalam kes
liwat yang pertama. Tapi kalau Mahkamah Persekutuan akur dengan hukuman penjara
yang dijatuhi Mahkamah Rayuan maka dia terpaksa menjadi banduan di Penjara
Sungai Buloh untuk beberapa tahun lagi.
Dia bimbang
menghadapi keputusan Mahkamah Rayuan yang mempunyai kausa untuk menolak
keputusan hakim Mahkamah Tinggi. Kes kedua ini lebih berat lagi kerana ujian
forensik DNA sukar ditolak oleh mana-mana hakim. Sudah pasti air mani dalam
dubur Saiful itu bukan kepunyaan hantu raya atau iblis. Sebagai bos Saiful kena
ikut perintah dan kemahuan bosnya, Anwar. Menurut keterangan dalam mahkamah
Anwar telah banyak kali menjuburinya, dan Saiful terpaksa menyerah buntutnya
yang digilai Anwar.
Orang
Melayu khasnya menyokong rayuan Saiful. Dia diinaya, dieksploitasi oleh bekas
bosnya, Anwar, untuk disodomi penasihat PKR itu. Karpal Singh minta jangan
dipanjangkan kes liwat ke Mahkamah Rayuan. Dia juga ada agendanya kerana dia
tahu bukti DNA sukar dipertikaikan kerana itu kajian yang saintifik dan
objektif. Majlis Peguam juga buat kenyataan minta kes itu jangan dibawa ke
Mahkamah Rayuan dan mendesak kerajaan meminda undang-undang homoseksual yang
dianggap lapuk.
Kalau dulu Anwar boleh membawa kes liwatnya
sampai ke Mahkamah Persekutuan mengapakah dia takut Saiful melakukan yang sama?
Saiful meminta keadilan. Dia manusia kerdil, tanpa pengaruh, tanpa duit, tanpa
ribuan para penyokong seperti Anwar. Dia hanya meminta perlindungan dari Allah
untuk mendapatkan keadilan.
Hak Saiful
untuk merayu mesti dihormati. Keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar
tidak bermakna kes liwat sudah selesai. Keadilan adalah untuk semua pihak.
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan boleh menjadi ukuran tentang keadilan yang
dikehendaki Saiful.
Kita menyeru kepada umat Islam memberi
bantuan apa saja kepada Saiful untuk menuntut keadilan. Adakan sembahyang jahat
untuk Allah menunjukkan siapa yang benar, siapa yang bersalah. Saiful sudah
bersumpah laknah sebelum ini, dan bersumpah di depan kaabah. Anwar tidak berani
bersumpah sampai sekarang.
Mengapakah
Anwar takut bersumpah? Apakah dia takut dimakan sumpah? Apakah dia takut Allah
akan menghancurkan masa depannya menjadi perdana menteri? Kalau Saiful sanggup
menerima apa saja ketentuan Allah dalam sumpahnya mengapa Anwar tidak berbuat
demikian?
Orang
Melayu yang kuat iman dan bertaqwa sedar Anwar bersalah. Justeru itu tidak
berani bersumpah. Dia takut bala akan menimpanya Tapi dia lupa Allah akan
membuktikan kuasaNya dengan berbagai cara. Anwar tidak boleh mengelak lagi dan
membohongi rakyat bahawa dia bukan homosek walau pun Mahkamah Persektuan telah
membuktikan dia seorang homosek.
Anwar boleh
menipu setengah orang pada sesuatu waktu tertentu tetapi dia tidak boleh menipu
semua rakyat Malaysia
pada setiap masa.
Belum baca chapter sebelumnya? Klik link bawah...
No comments:
Post a Comment