About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, May 10, 2012

@ZambryKadir Hargai Pesara Guru.


Ipoh, 9/05/212: Kerajaan negeri menyanjung tinggi jasa dan pengorbanan pesara guru yang mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sehubungan itu berkata, golongan itu perlu dihormati kerana profesion perguruan sentiasa dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat negara ini.

“Peranan guru pada hari ini tidak terbatas di sekolah sekolah sahaja tetapi kita lihat semakin ramai daripada golongan ini terlibat dalam persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Suara seseorang guru begitu berpengaruh dan diharapkan pesara guru dapat menggunakan pengalaman mengajar untuk membantu dan mendidik generasi muda,” katanya berucap pada majlis penghargaan bersama 500 pesara guru peringkat negeri Perak di Ipoh, pagi ini.

Selain itu, beliau berkata, objektif mengadakan perhimpunan tersebut bertujuan mengumpul pesara-pesara guru seluruh Perak untuk mendapatkan semula khidmat mereka dalam bidang tersebut.

“Melalui platform ini, kita harap para pesara guru mampu mencurahkan kepakaran mereka tidak kira dalam apa jua bidang termasuklah bidang kesukanan, ” jelasnya.

Menurut Zambry, guru adalah individu yang sentiasa berfikiran kritikal dalam melihat sesuatu perkara.

“Melalui perubahan masa, kita dapat lihat guru semakin petah mengeluarkan hujah dan buah fikiran mereka.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan golongan ini mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan masyarakat,” katanya lagi.

Sumber: PerakToday

No comments: