About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, May 9, 2012

Pendedahan Eksklusif Blogger: Strategi Anwar Ibrahim Untuk PRU13 Bocor.

Kita ucap tahniah kepada pimpinan PKR, yang katanya sudahpun ‘secure’ funding yang mantap daripada Turki dalam berdepan dengan pilihanraya yang akan datang. Setakat yang dimaklumkan kawan-kawan, kebanyakan banner, poster, kaedah rally, bas dan kenderaan kempen juga akan menggunakan dana yang ‘unlimited’ daripada Turki. Nampaknya, Erdogan telah membuktikan janji bahawa dia akan membantu Anwar/PKR untuk memenangi pilihanraya yang akan datang.

Lawatan Saifuddin dan beberapa MP PKR ke Turki sudahpun menggariskan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai bagi mendatangkan kesan maksima dalam pilihanraya. Saiz poster, banner, billboard juga akan menggunakan kaedah AK Party.

Apa kaedah AK Party?
  • Erdogan ditampilkan sebagai reformis luar biasa. Semua poster AK Party akan menggunakan wajah karismatik Erdogan. Anwar juga akan menggunakan pendekatan sama. Kali ini, wajah Anwar akan mendominasi pilihanraya;
  • Kaedah political rally AK Party juga akan digunakan. Beberapa buah kenderaan pilihanraya ala AK Party juga akan dihantar ke Malaysia. Siap dengan stage dan LED TV di atasnya. Kos dikatakan menelan belanja besar. Semuanya ditaja oleh Kerajaan Turki;
  • Tidak banyak isu yang akan diperjuangkan. Fokus kepada isu mengikut tempat. Mesej poster adalah pendek dan jelas;
  • AK Party juga akan berkongsi kaedah melakukan ‘divide’ pengkhususan isu politik. Isu dalam bandar; isu pedalaman dan luar bandar akan dibezakan dalam kempen pilihanraya;
  • Beberapa ‘agensi pengiklanan’ ternama Turki akan membantu PKR dalam kempen pilihanraya. Ini termasuk mencari warna dan imej yang bersesuaian dengan Anwar. Perunding imej Erdogan juga akan dipinjamkan sementara;
  • Issue-based campaign. Tidak terlalu banyak menceritakan mengenai sejarah parti dan sebagainya. Issue-based.
Problem Anwar sekarang adalah mendapat persetujuan PAS dan DAP untuk meletakkan dirinya sebagai ‘central figure’ kepada jentera Pakatan Rakyat. Pendekatan ini akan digunakan secara nationwide. Tak boleh berpilih.

Setakat ini, DAP masih berat untuk menerima – kerana berdasarkan census dalaman yang dibuat; imej Anwar masih lagi tidak kuat di kalangan orang Cina. PAS juga masih berdepan dengan masalah yang sama.

Namun Anwar mempunyai alasan. Funder di Turki akan hanya bersetuju untuk menaja sekiranya ‘ground rule’ ini dapat diterima. Mereka mahu menaja Anwar. Bukan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

sumber; http://gelagatanwar.wordpress.com/2012/05/08/anwar-akan-adopt-gerakan-pilihanraya-ak-party-turkey/

No comments: