About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, April 25, 2012

ANWAR IBRAHIM PART 1: Anwar Tempelak Hakim Bila Bebas Kata Adil.

Watak Anwar Ibrahim mementingkan  diri dapat dikaji dari tindak-tanduknya. Dalam kes liwat kedua yang melibatkan pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, dia pernah mendesak hakim yang mengadili kesnya diganti. Dia kata hakim tersebut berat sebelah. Dia merayu ke Mahkamah Rayuan, tapi ditolak. Hakim Mohd Zabidi tetap mendengar kesnya.

            Anwar tidak puas hati. Tapi tidak boleh berbuat apa-apa. Panel peguamnya yang dipimpin semua orang India, termasuk Karpal Singh membuat berbagai helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat itu. Sebanyak lebih 60 kali kesnya ditunda, mengambil masa lebih dari dua tahun.

            Demi menegakkan keadilan pihak hakim tetap bersabar dan menerima penundaan kesnya berpuluh-puluh kali. Tidak pernah kes liwat  mengambil masa begitu lama seperti kes liwat Anwar kedua ini. Rakyat sudah muak dan benci terhadap Anwar yang sengaja melambat-lambatkan kesnya diputus hakim. Rakyat menyoal mengapa kes ini ditangguh-tangguhkan begitu lama? Apakah Anwar seorang peliwat yang perlu diberi keistimewaan untuk menunda perbicaraannya begitu lama? Apakah hakim takut atau menerima tekanan jiwa dari tindak-tanduk mainan politik Anwar?

            Apakah Saiful, mangsa liwat Anwar, mesti didera menunggu keputusan mahkamah? Apakah kerana Saiful, seorang warganegara yang miskin dan dhaif, mesti mengalami tekanan jiwa juga?
Rakyat marah kerana Anwar menghina mahkamah dan bersikap kurang ajar menempelak hakim Zabidi dalam perbicaraannya.

            Ini bermakna Anwar tidak menghormati mahkamah, hakim dan juga rakyat Malaysia yang mengikuti perbicaraannya. Penghinaannya terhadap hakim dianggap melampau, bukan sikap seorang pemimpin yang bermaruah. Kalau dia tidak menghormati hakim apakah dia boleh menjadi perdana menteri yang menghormati undang-undang? Kalau dia menempelak undang-undang apakah dia akan menguasai hakim dan menguasai bidang kehakiman sekiranya dia menjadi perdana menteri? 

            Rakyat Malaysia yang menghormati undang-undang mempertikaikan sikap biadap Anwar.Nampak sekali Anwar gila kuasa dan ingin menguasai keputusan hakim berpihak kepadanya. Dia tidak malu dan segan mengecam hakim.Dia tidak peduli kalau rakyat membenci tindakannya. Dia mahu menguasai apa saja termasuk hakim yang mengadili kesnya. Dia hanya mementingkan dirinya saja. Melihat gelagatnya di mahkamah orang ramai kembali sedar dia bukan memperjuangkan keadilan yang sebenar tetapi memperkosai keadilan untuk kepentingan dirinya. Rakyat tidak bodoh seperti yang disangka. Kalau dia menjadi perdana menteri dia akan meletakkan bidang kehakiman di bawah tapak kakinya.

            Dulu waktu kes liwatnya dengan Azizan dia pernah memperalatkan dua orang pegawai Special Branch untuk mengancam Umi Hafilda, adik Azmin Ali, yang menjadi saksi dalam perbicaraan itu. Pegawai-pegawai SB itu terpaksa akur dengan perintahnya sebab Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Bukankah dia dipenjara oleh hakim Paul Agustin kerana menyalahkan kuasa?

            Kali ini dia masih mengulang lagi bahawa dia difitnah, dan ini adalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkannya. Tapi rakyat tidak percaya lagi. Bukti DNA menunjukkan air mani (Y) ada dalam dubur Saiful. Dan ujian DNA juga membuktikan ada DNA (Y) pada berus gigi, tuala good morning, dan botol air mineral yang digunakan Anwar sewaktu dalam tahanan polis.

            Kajian forensik mengenai DNA ini sukar nak dipertikaikan.  Ini kajian santifik yang tepat dan sudah terbukti ia relevant dalam ribuan kes-kes  berbagai jenis jenayah di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan lain-lain.Ada kes pembunuhan berlaku 50 tahun yang lalu dapat dikaji dari segi forensik, dan akhirnya tertangkap juga pembunuh itu. Kalau kita menonton saluran CI (Crime Investigation) dalam Astro kita tahu betapa penjenayah tidak boleh lari dari dosa yang dilakukannya.

            Anwar sebenarnya cemas dan bimbang dengan kajian DNA itu. Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar seorang homosek dalam Parlimen dan di luar Parlimen (waktu Anwar masih dalam kerajaan BN) tidak berani menyentuh tentang DNA ini. Dia tahu sukar hendak membebaskan Anwar dengan bukti-bukti DNA itu. Melihat harapan untuk bebas dari tuduhan liwat sangat nipis Anwar ada helah lain. Dia gunakan  penyokong-penyokongnya yang taksub untuk berdemonstrasi depan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari yang lalu. Dia mengharapkan 100 ribu penyokong akan datang. Yang datang tidak sampai pun 4000 orang. 

           Sudah ada arahan dari pihak PKR untuk menimbulkan huru-hara depan Mahkamah Tinggi kalaau dia didapati bersalah dan dipenjarakan. Ada anasir-anasir tertentu bersedia untuk mencetuskan huru-hara.Tiga butir bom buatan sendiri diletupkan untuk memberi amaran bahawa penyokong-penyokong Anwar akan bertindak liar dan ganas kalau dia didapati bersalah. Tapi Anwar dan penyokong-penyokongnya terkejut bila hakim membebaskannya dari kes liwat Saiful. Dia tergamam. Seluruh rakyat Malaysia juga terkejut kerana bukti DNA menunjukkan Anwar terlibat dalam hubungan sejenis itu.

            Ingat baik-baik hakim membebaskan Anwar kerana kononnya bukti DNA itu tak boleh pakai dan bukti-bukti lain tak mencukupi. Hakim tidak berkata Anwar tidak melakukan hubungan sejenis dengan Saiful. Tak cukup bukti bukan bermakna Anwar tidak menjuburi Saiful.
             
Dalam kes liwat Sukma Darmawan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan oleh tiuga orang hakim Anwar dibebaskan atas soal teknikal sahaja. Ketiga-tiga hakim berpendapat (baca laporan kehakiman mereka) Anwar memang melakukan hubungan homoseksual dengan Sukma, adik angkatnya. Itu adalah bukti Anwar seorang homoseks. Bila dibebaskan kali kedua Anwar berkata hakim ini adil pulak. Sekarang dia memuji keadilan mahkamah pulak. Inilah watak Anwar. Dia sengaja melupakan segala maki hamunnya terhadap hakim Zabidi hanya kerana dia dibebaskan sebab kurang bukti.

            Tapi rakyat tidak dapat menerima dia sebagai perdana menteri. Pribadinya kotor kata Dato’ Dr Hassan Ali yang dipecat PAS kerana tidak menyokong Anwar dan sikap PAS yang menjadi alat Anwar.Tidak pernah seorang perdana menteri homosek di dunia yang diberi mandat rakyat untuk memimpin kerajaan. Homoseks dilaknati Allah. Allah akan menimpa bala kepada rakyat Malaysia dan negara kita tercinta  kalau Anwar menjadi perdana menteri.

            Dalam Al-Qur;an dan kitab Injil kristian puak Nabi Lut yang mengamalkan homoseksual dan lesbianism dihancurkan Allah hingga pupus dalam kisah Sodom dan Gomorrah. Awas rakyat Malaysia jangan terjebak dalam segala tipu daya Anwar yang diakui oleh Mahkamah Persekutuan dia seorang homoseks.


-Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim-

Anwar Ibrahim Part 2 ( 26/04/2011 Jam 9.00 pagi )

1 comment:

Anonymous said...

Anwar memang kaki putar alam. Orang mcm dia layak jadi ahli neraka. Membohong manusia supaya berlaku kekacauan. Anwar Ibrahim mesti kembali kpd jalan Allah. Kasihanlah Kak Wan... Dia isteri yang akur kepada suami..