About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, April 3, 2013

PRU13. Hidup Atau Mati Bangsa Melayu? #UndiBN


Hari ini Najib Razak dengan rasa tawadhuk mengumumkan parlimen Malaysia dibubarkan secara rasminya. Maka ada yang berteriak, ada yang berdebar dan ada yang tidak ambil tahu pun tentang pembubaran ini.

Apapun reaksi rakyat, yang jelas Parlimen telah dibubarkan dan rakyat akan berhadapan dengan pilihanraya untuk menentukan nasib negara.

Dengan demikian, setiap parti yang akan bertanding telah mengatur langkah dan strategi masing-masing untuk pastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

DAP sudah pasti akan mendapatkan bantuan sepenuhnya dari Singapura untuk mengukuhkan kedudukan mereka. PKR sudah pasti akan berpaut pada US untuk apa sahaja bantuan seperti yang didedahkan di sini.

UMNO/BN? Siapa yang akan bantu mereka kalau bukan mereka sendiri. Sejak dari dulu sampai sekarang BN hanya melangkah sendiri dengan gabungan parti komponen untuk meraih undi rakyat. Ternyata semangat juang BN selama ini telah memberi kemenangan kepada mereka.

4 tahun Najib Razak cuba buktikan kepada rakyat bahawa BN mampu membawa perubahan kepada negara. Walaupun ada pihak yang cuba membuat rusuhan serta kacau bilau, namun tidak sedikit pun melemahkan semangat Najib Razak untuk terus melangkah bersama rakan-rakan.

Hari penentuan semakin hampir. Najib Razak sudah melaksanakan tugas beliau sebagai seorang pemimpin selama 4 tahun. Kini semuanya bergantung pada rakyat untuk menentukan untung nasib BN.

Apakah PRU13 ini adalah penentuan hidup atau mati BN? Ataupun ianya penentuan hidup mati bangsa Melayu? 

Seawal kita merdeka, bangsa Melayu cukup jauh ketinggalan samada dari segi pendidikan mahupun perniagaan. Tetapi BN telah buktikan dengan ruang serta peluang yang diwujudkan untuk orang Melayu, hari ini Melayu sudah boleh berdiri teguh dengan jawatan dan aset yang dimiliki.

Owh.. ada orang kata semua itu rezeki yang datang dari Allah.. semua ini bukannya datang dari BN.. Mungkin yang berkata begitu adalah orang yang tidak pernah dengar ayat Quran yang bermaksud "Tidak akan Aku ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya".

Sejak 55 tahun kita merdeka, pemimpin BN sentiasa bersilih ganti. Turun yang lama akan muncul yang baru dengan membawa dasar serta visi yang semakin baik. Peralihan pucuk pimpinan ini telah mencorak Malaysia ke arah yang lebih baik dan nikmatnya dirasai oleh rakyat amnya.

DAP? Dari dulu sampailah sekarang Lim Kit Siang tidak pernah berhajat untuk lepaskan jawatan. PAS? Dari dulu juga sampai sekarang Nik Aziz tetap berhajat untuk terus bertanding walaupun diri dia tidak sihat.

Kerana itulah, DAP dan PAS terus berada pada takuk yang lama. DAP dengan dasar rasis mereka manakala PAS dengan membawa Islam yang ekstrem mereka. Ini semua kerana mentaliti Lim Kit Siang dan Nik Aziz yang puluhan tahun lepas masih kekal menjadi kiblat perjuangan.

Ingat!! Undi PAS bukan beerti anda perjuangkan Islam yang diwarisi daripada Rasulullah kerana PAS telah berusaha menggadaikan kalimah suci Allah kepada DAP.

Aku tidak suka nak mengulas panjang tentang PKR dalam penulisan ini sebab PKR tidak ada matlamat yang jelas dalam perjuangan mereka melainkan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai PM. Takdir Allah jika Anwar mati meninggalkan dunia, sudah pasti PKR akan terkubur dengan sendiri.

Terbukti selama ini hanya BN yang berjuang untuk rakyat. Hanya BN yang terus pertahankan keamanan serta kestabilan negara tercinta.

3 comments:

Anonymous said...

GELOMBANG!!!!!!! BIRU!!!

HIDUP!!!!!! NAJIB!!!!!

SOKONG!!!!!! BN!!!

GELOMBANG!!!!!!! BIRU!!!

HIDUP!!!!!! NAJIB!!!!!

SOKONG!!!!!! BN!!!

Anonymous said...

Insyallah.. 2/3 akan menjadi milik BN. Anwar Ibrahim akan berhadapan dengan mimpi yang sangat teruk.

Anonymous said...

HANYA BARISAN NASIONAL TERBUKTI MEMBELA RAKYAT.