About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, February 1, 2013

Pusingan U-Turn Yang Memakan Diri. Tragis Derrr...




Jangan kluk klek dalam urusan agama wahai pemimpin PAS. Agama Islam bukan untuk dijual beli. Agama Allah bukan nilaian satu undi yang diraih daripada orang bukan Islam. Agama Islam sesungguhnya tinggi darjatnya.

Kalaupun PAS ingin menang dalam PRU13, ini bukan beerti PAS boleh lelong agama Islam seperti melelong buah durian di tepi-tepi jalan. Apapun jalan yang PAS gunakan untuk raih undi orang bukan Islam, janganlah hingga menggadaikan agama Islam.

PAS yang dilihat parti yang berimejkan Islam sepatutnya lebih pandai memuliakan agama Islam. PAS sepatunya reti beza antara guna politik untuk kukuhkan agama dengan gunakan agama untuk kukuhkan politik.

Jelasnya hari ini, untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin PAS, mereka telah pergunakan agama untuk kukuhkan politik dunia. Mereka sanggup membiarkan kawan mereka yang bukan Islam permainkan agama Allah.

Orang Islam di Malaysia hari ini sudah mula muak dengan mainan politik PAS. Kebanyakkan pengundi sudah pun melihat bahawa PAS tidak lagi teguh dalam memperjuangkan agama Islam, sebaliknya PAS lebih banyak menutup perkara bathil yang dilakukan dalam pakatan.

Mungkin kita tidak dapat tolak, ada dalam kalangan orang UMNO yang jahil tentang agama, tetapi paling tidak mereka tidak sanggup menggadai kalimah Allah untuk disalahguna oleh puak Kristin sebagaimana Nik Aziz menyokong tuntutan Lim Guan Eng guna kalimah Allah dalam Bible.

Kita tidak dapat bayangkan jika PR memerintah Malaysia dalam pada masa yang sama, DAP yang dominan dalam pakatan. Waktu ini pun PAS sangat takut dengan desakan DAP, inikan pula bila mereka memerintah dan DAP yang berkuasa.

Memakai serban dan jubah bukanlah ukuran yang tepat untuk melabelkan seseorang itu alim mahupun tidak. Kadang-kadang yang bergelar seorang ustaz itulah terlibat dengan kes merogol kanak-kanak. Tapi apapun, tidak semua yang memakai serban itu jahil. Yang takot, serban dijadikan pakaian samaran untuk menutup kejahilan.


2 comments:

Anonymous said...

PAS burikkkk

Anonymous said...

Kita tidak boleh salahkan PAS semata-mata. PAS jadi rakus sbb rakyat terlalu percaya dengan mereka. Rakyat yg percaya ini juga perlu di salahkan.