About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, February 1, 2013

Meletop!! Himpunan Besar Rakyat Perak Akan Berlaku? #HB1M.




#HB1M peringkat kebangsaan yang dijalankan di PWTC pada 25 November 2012 bakal diteruskan di setiap negeri tidak lama lagi. Perak antara negeri yang tidak terkecuali untuk laksanakan himpunan aman ini.

Himpunan ini bakal menghimpunkan banyak ahli NGO di negeri Perak. Pun begitu, Rakyat Perak yang tidak aktif berpesatuan juga dijemput untuk turun beramai-ramai pada 23/02/13 bertempat di Dewan Sri Perdana Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta bermula jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang.

Himpunan ini tidak sama sekali mengajak rakyat untuk membuat kacau bilau atau huru hara, tetapi ianya himpunan yang dijamin berjalan dengan aman serta harmoni.

Photo: Persiapan bunting dan banner untuk #HB1M Perak.

Dikatakan orang penting yang bakal hadir pada himpunan tersebut adalah YB Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri). Ybhg. Dato Fuad Hassan (Ketua Pengarah JASA) dan YAB Dato Dr Zambry Abd Kadir (Menteri Besar Perak). Mereka akan berkongsi informasi kepada hadirin nanti.

Apa landmark mudah untuk kita mencari dewan tersebut? Kalian boleh menuju Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Kolej Kesihatan tersebut bersebelahan Hospital Bahagia.

Tema pakaian pada himpunan nanti adalah berwarna BIRU. Kalian yang turun, harap boleh memakai baju biru pada hari tersebut.

Photo: Gambar YAB Datuk Seri Najib Razak menyempurnakan Majlis Perasmian #HB1M Peringkat Kebangsaan di PWTC pada 25 November 2012.

Cina, India, Melayu, Asli, Kadazan, Dayak, apa sahaja bangsa dan agama dijemput untuk sama-sama pada #HB1M nanti. Moh lerrr kiterrr yeop yong!!!



No comments: