About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, August 17, 2008

Pertandingan 3 penjuru di Permatang Pauh



Pertandingan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh telah menyaksikan 4 orang calon telah menghantar borang pencalonannya di Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Hanafi Hamad (AKIM) dan Dr. Mansor Othman (Bebas).

Namun begitu Dr. Mansor Othman yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Biro Pilihanraya PKR telah menarik diri. Penarikan diri Dr. Mansor dipercayai salah satu daripada strategi kotor Anwar Ibrahim untuk mempersendakan SPR dan juga pengundi Permatang Pauh. Anwar sanggup memperbodohkan Dr. Othman semata-mata untuk kepentingan politiknya.

Manakala calon Hanafi Hamad dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia merupakan calon bebas. Akim merupakan satu parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada 1995. Persoalan yang timbul, mungkinkah Hanafi dihantar oleh PAS kerana PAS telah sedar bahawa mereka telah diperalatkan dalam Pakatan Rakyat? Tambahan pula mungkinkah pimpinan PAS telah mengakui bahawa Anwar ini sememangnya kaki pengliwat kerana tidaksanggupannya untuk melafazkan sumpah laknat dan pada masa yang sama Saiful telah melakukanya.

Ayuh kita saksikan macam mana kesudahannya. Kepada pengundi Permatang Pauh, undi anda sangat berharga.
.

No comments: