About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, July 16, 2008

Kalau dapat ku pintal awan di langit......

15 Julai tercipta sejarah di mana seorang anak muda dari negeri pengeluar minyak berjaya mengungkaikan omongan-omongan yang diutarakan oleh Pemimpin De Fector PKR. Sejarah berulang dimana dahulunya Tun Dr. M telah berjaya mematahkan hujah-hujah lawan semasa berdebat dengan Allahyarham Fadzil Noor.

Menteri Penerangan muda telah berani berdepan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Debat yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka dipengerusikan oleh Johan Jaafar dan dua orang ahli panel - Pengarang akhbar Siasah, Zulkifli Sulong dan Tan Sri Dato' Dr. Nordin Kardi dari Universiti Utara Malaysia. Debat yang bertajuk "Bentuk Kerajaan, Esok Akan Turun Harga Minyak".

Debat ini sebenarnya tidak mencapai matlamat yang sebenarnya kerana Anwar telah menyelewengkan tajuk asal debat ini. Mungkin bagi pihak pembangkang dan rakyat biasa yang kurang arif dengan subjek teknikal menganggap debat ini berpihak kepada Anwar kerana seperti biasa Anwar telah banyak memutar belitkan fakta sebenar dan berjaya menyusun ayat-ayat yang membayangkan bahawa beliau adalah pejuang kepada rakyat. Dari segi isi sebenar Anwar gagal untuk membuktikan apa yang telah beliau janjikan dan gagal untuk membuktikan bahawa beliau boleh menunaikan janji-janji yang telah dilakukan pada pilihanraya yang lalu.

Anwar dari tajuk sebenar dengan menekan bahawa beliau akan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen. (Lari dari tajuk dan janji beliau pada plihanraya yang lalu) di mana harga minyak pada masa itu adalah RM1.92 jika kita masih mengekalkan harga RM 1.92 maka kerajaan perlu subsidi sebanyak 50 billion yang mana banyak pembangunan terpaksa dihentikan, projek seperti jalan, sekolah terpaksa dihentikan. Anwar banyak merapu dengan mengulangi perkara lama seperti bail out pewaja dan bail out bermacam-macam lagi benda lain yang tidak diterangkan..

Pujian patut diberikan kepada Shabery kerana berjaya memberikan jawapan-jawapan dan soalan yang membuat Anwar gelabah sehingga terpaksa membuat memek muka dan menepuk dahi. Yang menarik adalah apabila Shabery menyatakan bahawa Anwar lah orangnya yang bertanggungjawab dalam pembentukan IPP yang mengaut keuntungan seperti yang dikaitkan oleh Anwar dalam pembentangan beliau dengan mengurangkan reserve kapasiti tenaga eletrik negara dari 40 peratus kepada 20 peratus dan yang mendapat keuntungan adalah IPP. Shabery juga menyatakan bahawa apa yang Anwar katakan bahawa kerajaan memutar belit keyataan sebenar melalui media masa dan lidah rasmi kerajaan adalah tidak benar sedangkan apa yang berlaku sekarang membayangkan kerajaan adalah terbuka dan membenarkan Anwar berdebat secara terus dipancarkan melalaui media kerajaan, ini tidak pernah berlaku di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Shabery juga menyatakan, agak mudah untuk bercakap jika kita berada diluar kerajaan, tetapi mengapa apabila Anwar berada di dalam kerajaan dahulu dia tidak melakukan apa yang dia cakap hari ini.

Jelas dalam debat ini di segi fakta Anwar gagal kerana banyak tipu muslihat yang pandai memutar kata-kata boleh memikat orang-orang kampung, petani atau nelayan. Dari segi isi ianya hanyalah sekadar putaran hujah-hujah lama yang tidak berasas. Shabery juga menyatakan bahawa Anwar cuba mencari populariti dengan isu minyak ini dan menafikan kemelut dan krisi harga minyak yang melanda dunia hari ini, beliau juga membuat tuduhan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan menyerang secara peribadi kepimpinan UMNO dan BN. Anwar yang menyangkakan bahawa beliau dengan mudah untuk memerangkap Shabery tetapi nampak agak terperanjat dengan jawapan dan juga soalan yang di lemparkan oleh Shabery terhadap beliau dan pada keseluruhannya.

Syabas kepada Menteri Penerangan Malaysia yang telah berani menghadapi cabaran ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa media kerajaan tidak menutup pintu atau memutarbelitkan isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang.

kalau dapat ku pintal awan di langit, akan ku pintal awan-awan menjadi gulungan tali untuk ku jerut tengkuk Anwar dan kroni-kroninya..

1 comment:

cheguman said...

"Kenapa kita sinis sangat dengan perkataan subsidi untuk rakyat. Kalau untuk syarikat macam PERWAJA, takpa pulak. Kita namakan 'bill out'. Subsidi la tu..."

Pheh... power... menarik... syabas Nuar kerana berjaya memperdayakan jutaan (?) rakyat.

Macam ni: kerajaan boleh bagi subsidi melalui stesyen minyak mcm dulu; rakyat suka, kerajaan popular. Syarikat mcm Perwaja yg nak mampus? lantak kat dia la.

Habis, kakitangan Perwaja tu siapa? Bukan rakyat Malaysia juga?

Moral drpd debat:
ingatkan hebat sgt Nuar. Padan dgn Sabri je rupanya.