About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, July 30, 2008

Benarkah Suqiu Dan Dong Jiao Zhong Tuntut Keadilan?

JIKA anda seorang Melayu yang tidak bermodal besar-besaran, tentu anda tidak akan berjaya dalam perniagaan. Sebab, hampir 90 peratus perniagaan dikuasai oleh orang Cina dari peringkat pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit.


Lihat sahaja di pekan seluruh negara, hatta di Kota Bharu atau Kuala Terengganu, semuanya kedai-kedai dimiliki peniaga Cina. Apabila ada sahaja seseorang Melayu yang mahu menceburi perniagaan, jaringan Cina itu akan terus membunuh perniagaan berkenaan.


Seorang teman rapat saya, cuba membuka perniagaan beras di Sungai Petani, Kedah. Beliau pada mulanya mengambil beras dari pemborong-pemborong Melayu, dan mengagihkan jualannya di kedai-kedai dan restoran, selain membuka kedai runcitnya sendiri.
Dari segi matematik dan ekonomi, perniagaannya mustahil akan gagal kerana kesungguhan, keringat dan kerajianannya dalam perniagaan.


"Langit Tanah Melayu ini tidak selalu cerah," keluhnya apabila perniagaanya kian merudum. Sebabnya, beliau tidak mampu lagi bersaing.


"Aku cuba bersaing dan menurunkan harga beras itu apabila pembekal lain dari keturunan Cina menurunkan harganya. Peniaga Cina itu menurunkan lagi harga, sehingga membolehkan aku rugi, jika diturunkan lagi harga.


Akhirnya, pemilik kedai dan restoran itu tidak lagi mengambil beras aku. Aku terpaksa menjual kedai itu dan balik ke Terangganu," katanya dengan nada sedih dan kecewa.


Pengalaman kawan saya ini turut berlaku kepada orang Melayu lain - termasuk perniagaan foto, kedai jam, perniagaan kertas, bengkel kereta dan sebagainya.


Idea yang mahu saya perkongsikan ini bukan untuk mencetuskan sentimen perkauman. Tetapi, ingin menyatakan betapa tidak adilnya suasana ekonomi dan cara mendapatkan rezeki bagi semua rakyat, terutama golongan luar bandar.


Ini bukan kerana silap kerajaan, tetapi dosa penjajah yang membahagikan kaum-kaum mengikut kawasan dan fungsi ekonomi - Cina di bandar, Melayu terperuk di luar bandar dan India di ladang-ladang.


Akibatnya, orang Melayu tidak lagi mampu untuk bersaing kerana orang Cina telah menguasai segala-galanya dan telah memasuki sistem ekonomi monopoli. Apakah ini adil kepada semua rakyat?


Justeru, tuntutan Suqiu dan desakan Dong Jiao Zhong adalah untuk memburukkan lagi takdir orang Melayu. Apakah kita hampir mencapai tahap `bumi dipijak milik orang'?


"Peminta tidak pernah rugi apa-apa, sama ada dapat atau tidak dapat, mereka tetapi berada di kedudukan yang mewah," kata seorang pemerhati nasib orang Melayu, Saliman Yahya.


Untuk menghalalkan dosa monopoli itu, Suqiu atau hampir kesemua orang Cina di negara ini, berhujah bahawa mereka hanya mahu menuntut demokrasi, keadilan dan meritokrasi.
Memang istilah-istilah abstrak itu, jika tidak dibedah dengan rapi, akan memesongkan pemahaman kita yang sebenar - sedangkan nenek moyang Melayu dulunya kaya raya.
Jika kita, orang Melayu, sesaat terlalai, maka seluruh khazanah dan Warisan Melayu ini akan diganti dengan budaya-budaya Cina.


Jika betullah Suqiu atau kaum Cina ingin kepada demokrasi, hak asasi, kebebasan akhbar, kehidupan yang adil, maka mereka sepatutnya menyerahkan harta bendanya kepada orang yang tidak bernasib baik, terutama kaum Melayu di luar bandar atau Orang Asli.


Apakah orang Cina ada hasrat supaya akhirnya semua kaum di negara ini dapat hidup secara adil, saksama dan saling berkasih sayang?


Dalam realitinya, kaum Cina bukan sahaja tidak sekali-kali menderma kepada orang Melayu untuk memajukan mereka dan dapat hidup dengan `berdiri sama tinggi' tetapi mereka akan mendermakan harta kekayaannya untuk sekolah-sekolah Cina.


Saya ingin mencabar korporat-korporat Cina untuk menyatakan nisbah derma yang diberikan kepada kaum yang kurang bernasib baik, berbanding dengan derma untuk kaum sejenisnya? Lihat sahaja derma-derma yang disalurkan kepada sekolah-sekolah Cina di bandar-bandar yang sememang sudah cukup baik.


Pernahkah kita mendengar ada kaum Cina yang sudi memberikan derma kepada sekolah-sekolah Melayu di luar bandar? Apakah ini adil?


Dr Basri Salleh
Pulau Pinang

No comments: