About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, June 23, 2008

Sambutan 100 hari MB Selangor


Sempena 100 hari pemerintahan, Khalid Ibrahim telah memberi hadiah 'istimewa' kepada para pengikutnya. Antara orang yang paling 'gembira' menerima hadiah itu ialah Yahya Shahri.

Khalid telah memecat pegawai kanan yang dilantiknya sebaik sahaja menjadi MB Selangor. Tidak lain dan tidak bukan pegawai yang dimaksudkan ialah Yahya Shahri, seorang aktivis PKR Selangor.

Yahya Shahri dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dengan memonopoli pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya.

Penyokong-penyokong Yahya telah berkumpul di Diamond Square Gombak minggu lalu untuk berbincang strategi menjatuhkan Khalid.

Mereka merancang membuat piket, mengedar risalah dan menghantar memorandum kepada Anwar Ibrahim agar Khalid dipecat.

Yahya menuduh Khalid mementingkan kroni-kroni untuk membolot projek dan menyisihkan pejuang-pejuang lama PKR. Khalid dituduh mementingkan kumpulan korporat elit dan meminggirkan kumpulan reformis dan marhaen.

Khalid juga mendapat komisen dengan memberi projek rumah kedai kepada Lim Kim Hong (kroni Khalid) di Seksyen 7, Shah Alam. Lim Kim Hong adalah bekas pemegang saham Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Bhd. Kini perniagaan Lim kembali aktif dengan pertolongan Khalid melalui syarikatnya Sumurwang Sdn Bhd.

Hubungan perniagaan Khalid - Lim bermula sejak Khalid memegang Guthrie lagi.
Ezam Mohd Noor pula menuduh Khalid menutip derma daripada kontraktor-kontraktor yang memohon projek di Selangor untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat. Menurut Ezam, duit yang diderma itu bukan untuk sambutan program tetapi sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun PKR.
Khalid mengakui mengutip derma daripada kontraktor dan dimasukkan ke dalam akaun parti. Dakwanya perbuatan tidak salah.
Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam baru-baru ini tidak mencapai target sasaran iaitu seramai 100,000. Program itu diboikot oleh penyokong PAS kerana Nik Aziz dan Haji Hadi tidak hadir.
Penyokong PAS beranggapan program itu dimonopoli oleh PKR dan bertujuan untuk mengangkat Anwar Ibrahim. Kemarahan penyokong PAS semakin bertambah kerana hanya bendera & banner PKR dipasang di dalam & di luar stadium.
Khalid pula menyalahkan PAS kerana cuba sabotaj program tersebut dengan tidak memasang bendera dan tidak hadir. PAS pula dakwa Khalid beri notis satu hari sebelum sambutan dan tiada perbincangan bersama dibuat sebelum ini.
????????? Apa sudah jadi......

1 comment:

Cheguman said...

Apa nak jadipun jadilah, Tok Limbong. Orang sekarang dah makin pandai. Semakin pandai sampai merasakan orang lain semuanya bodoh. Ada lagi yang terlebih pandai hingga menuduh PM sangat bodoh. (tak semestinya Paklah je. Kalau Tok Limbong jadi PM pun lepas ni, maka mereka akan kata Tok Limbonglah orang paling bodoh). Inilah yang berlaku pada MB Selangor tu. Sebelum ni dia kata MB bodoh. Sekarang jangan marah kalau rakyat kata MB sekarang bodoh.