About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, June 7, 2009

HUSAM BERPUTIH MATA

HUSAM BERPUTIH MATA



Keputusan Muktamar PAS yang ke-55 menyaksikan Nasharuddin Mat Isa berjaya menewaskan Husam Musa dan Mohd Sabu untuk kekal sebagai Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam mendapat 281 dan Mohd Sabu mendapat 261 undi. Ini bermakna kerusi Presiden dan Timbalan Presiden PAS kekal kepada team ulama. Erdogan kempunan. PAS terus kekal dipimpin oleh kumpulan ulama yang bersetuju dengan muqabalah.


Namun Erdogan menang banyak kerusi di peringkat Jawatankuasa PAS. Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad dan Syed Azman Syed Nawawi menang di kerusi Jawatankuasa PAS.Husam tiada sebarang jawatan dalam PAS sekarang. "Saya mungkin janggut tak cukup panjang. Mungkin perwakilan tidak suka saya. Ia lebih kepada (faktor) saya," kata Husam mengulas tentang kekalahannya. Rasanya, bukan kerana faktor janggut, perwakilan PAS nampak sahaja muka Husam, mereka terbayang muka Anwar Ibrahim. Ke mana halatuju Husam? Kamaruddin Jaafar yang sebelum ini menyandang jawatan Setiausaha Agung PAS menang kerusi Jawatankuasa PAS.


Apakah Husam bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru? Atau Husam mahu melompat masuk PKR untuk mempercepatkan niatnya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Mungkinkah Husam akan terus berada dalam PAS atau melompat atas arahan Anuar Ibrahim? sama-samalah rakyat malaysia nantikan agenda baru yang bakal dibuat oleh erdogan.
Tok dapat merasakan yang akar umbi PAS terlebih dahulu menghidu "bau busuk" pihak "erdogan" di dalam PAS. Ternyata "erdogan" masih lagi tidak dapat menembusi kubu para "ulama" politik PAS. Masih ampuh pertahanan politik golongan "ulama" PAS pada pemilihan kali ini. Entah sampai bila akan dapat "ulama-ulama" itu bertahan? Mereka semakin uzur dan dimamah usia. Selepas itu, siapa pula yang akan "menyekat" pengaruh "erdogan Al-Juburi" di dalam PAS.

Saturday, May 30, 2009


KOMUNIS NAK MENYERANG MALAYA PULAK KER?

TOK NAK JADI PAHLAWAN MCM ABDUL RAHMAN LIMBONG...TOK NAK LAWAN KOMUNIS NI...

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 20 April 1930, kira-kira 79 tahun yang lalu. Tujuan penubuhan PKM, selain dari menghalau British keluar dari Tanah Melayu, komunis juga mahu menubuhkan sebuah negara republik komunis di Tanah Melayu. Bagi meraih simpati dan sokongan orang Melayu, maka pihak PKM telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menerusi Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (Bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. Orang Melayu telah diberikan jawatan untuk digunakan oleh komunis. Angkara Komunis telah menyebabkan darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada 12 Julai 1948.

Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain. Bukan sekadar membakar balai dan berek kelamin, malah komunis juga telah mencampak hidup-hidup Hassan Bin Abu Bakar (anak seorang konstabel polis) ke dalam api. Begitulah kejamnya komunis.

Apa yang tok nak marah, ada juga orang yang mahu menyokong komunis. "Kerajaan tidak berlaku adil kepada PKM dengan melabel mereka sebagai golongan kiri, subversif dan komunis. Fakta itu sengaja diselewengkan kerana mereka bukan pengganas, bahkan mereka adalah pejuang kemerdekaan" kata Ramadhan Fitri Elias (Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya) ketika berucap dalam satu majlis Modul Hubungan Etnik di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2007. Nama parti pun sudah parti komunis, bukan kerajaan yang melabelnya. Kekejaman komunis tidak boleh ditukar kepada pejuang kemerdekaan. Kesimpulannya, kekejaman komunis tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh TOK dgn semua rakyat Malaysia. Beribu nyawa yang terkorban angkara komunis. Rayuan Chin Peng untuk pulang menimbulkan seribu satu tanda tanya. Mengapa Chin Peng dan kumpulan komunis beriya-iya benar mahu kembali ke Malaysia? Mereka juga sudah berkempen dalam blog dan facebook untuk menambat hati rakyat dan cuba memadam sejarah kekejaman mereka. Rakyat Malaysia harus sedar dan sentiasa sedar, kekejaman komunis adalah luka yang masih berdarah. Komunis, tiada maaf bagimu. Kau cari la tanah lain kalau nak cari makan yer..Malaysia bukan tempat untuk pertumpahan darah..



ROYALTI JUAL MINYAK DAH DAPAT!!!!

PATUT LA!!!
Tok baru tahu knp la ustaz kita ni bising sgt nak mintak royalti minyak!!!
rupa2 ustaz kita ni suka jual minyak la kot..
ha... baru tahu!!!
itu la ustaz... Tok xtak sempat nak pesan, lain kali jangan main cakap jer...
dah kena batang hidung sendiri, baru tahu.. Tunggu je la ustaz oi BOM meletup.




Lihatlah,dengarlah,saksikanlah....Pembohongan,penipuan serta hipokrasi yang dilakukan oleh Al-Fadhil Ustaz Akhil Hai Al-Wassini kepada Tok Gundu Pas serta pengikut-pengikut tootok Pas.Bahawa dia (Akhil) merupakan 'ustaz' suci kununnya yang pernah berceramah berdegar-degar di atas pentas Pas di Barokhas, Kedah pada PRU-12 baru-baru ini.Maka bertakbirlah seluruh rakyat yang dibodohkan oleh dia(Akhil) yang sebenarnya tidak ada apa-apa pun Ijazah dalam bidang agama.Inilah kebodohan Tok Gundu Pas iaitu Al-Sheikh Azazil(Nik Aziz) yang iktiraf si Akhil ini.Maka apapun perbuatan menganiayai si isteri Akhil dan 6 anaknya di anggap boleh oleh Pas.Pas yang serba boleh sekarang.Mengikut satu maklumat dari seorang rakan artis beliau yang si Akhil ni dah pun menikah dengan Wassini ini namun demi duit untuk menjaga kepentingan program TV yang dia kendalikan sekarang iaitu Kafe Akhil Hai Wassini,maka terpaksalah dia sembunyikan.Eh Akhil,hang kata hang tau agama,kan perlu dihebahkan bila berkahwin untuk elakkan fitnah.Adakah hang ada 'sesuatu' untuk sembunyikan perkara ini?Maka sekarang kita lihatlah sandiwara seterusnya oleh si Hai ini kepada isteri dan anaknya.Dia sendiri telah mengugut isterinya untuk bercakap yang isterinya rela diceraikan demi kebahagiaan si Hai Wassini ini.Isteri mana yang rela diceraikan beb!Lukenabeb Hai!!!

Wednesday, May 27, 2009

TAHNIAH BUAT SEMUA

Pada minggu lepas tok berkesempatan menjejakan kaki di bumi utara yang mana dinaungi oleh gerhana bulan. Apa yang tok terkejut, bila sampai di sana tok sempat melihat bendera Universiti Malaysia Terengganu di arak oleh peserta mereka sepanjang MASUM yang berlansung di tanah UUM. Tok sempat bertanya akan gerangan orang yang membawa panji perjuangan UMT sebab mereka megah mengibarkan bendera UMT. Rupa-rupanya sepanjang 15 tahun UMT kemarau pingat dalam arena bola sepak uni-league divisyen 1 berakhir apabila pasukan mereka mampu merangkul pingat perak bagi tahun ini. Tok pon minat juga dengan bola sepak ni. Tapi tok pelik, kenapa Universiti Malaysia Terengganu yang kerdil ini dapat menyingkirkan Universiti gergasi seperti USM, UUM, atau UKM. Tok punya la selidik, UMT tiada walaupun seorang pemain yang pernah mewakili pasukan yang kuat seperti liga FAM atau Presiden tetapi berkat doa dan semangat perjuangan yang dipikul telah membawa UMT layak ke perlawanan akhir. TAHNIAH UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU!!!!



Bukan pasal bola yang tok nak sentuh sebenarnya dekat negeri gerhana bulan... ni ha!!! tok rasa belum terlewat untuk tok mengucapkan TAHNIAH buat YAB Zambry atas kebenaran dan kesahihan sebagai menteri besar negeri Perak darul Ridzuan dan tok juga rasa belum terlambat untuk mengucapkan takziah buat Nizar atas berkuburnya angan-angan untuk menjadi menteri besar buat kali kedua. Semua ini telahpun terjawab dengan aman walaupun pihak pembangkang cuba untuk membuat kekecohan pada hari tersebut. Semua persoalan telah terjawab pada jam 3.30 petang, 22 Mei 2009 di Mahkamah Rayuan, bila tiga orang hakim sebulat suara menerima rayuan Zambry untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu.


Adus!!!! tok rasa tak sia-sia tok makan angin ke tanah utara bila dapat berita yang mengembirakan ni..

Wednesday, May 20, 2009

Salam Perjuangan! Selamat Kembali

Setelah lama menyepi, akhirnya Tok Limbong kembali..

Tok Limbong lama menyepi kerana masalah mencari ketenangan di dalam diri.. Tambah- tambah lagi tumpang memikir masalah dalaman yang melanda di Perak & Terengganu..

Tapi kepulangan kali ini harap-harap dapat menyerikan lagi dunia bloggers.

Wednesday, November 12, 2008

Lambaian GRO-GRO di Perak

Kerajaan negeri Perak di gesa untuk membatalkan lesen kepada GRO-GRO asing.



(GRO-GRO yang ditangkap di Perak kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kebanyakkan berasal dari China, Indonesia dan Vietnam).


Persoalannya, kemana hilangnya nilai-nilai keIslaman yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri Perak yang kini berada dibawah jajahan Pakatan Rakyat?
Di Perak kini kerajaan negeri membenarkan pengeluaran lesen kepada premis-premis hiburan dan kelab-kelab malam untuk menggunakan GRO asing.
Tidakkan GRO asing ataupun GRO tempatan sama sahaja kerana mesing-masing menjerumus ke arah lembah kemaksiatan?




Ustaz Nizar pun satu, takkan tak tau kut pasal bahaya GRO ni. ke Ustaz Nizar pun suka melihat negerinya dipenuhi dengan GRO-GRO?
Berikut FATWA mengenai GRO;

1. Bahawa bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Perlanggan (GRO) adalah haram dan berdosa.
2. Bagi maksud fatwa ini, mana-mana wanita Islam adalah dilarang menjalankan tugas sebagai Pegawai perhubungan Pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam, rumah urut, disko, bar, pub dan sebagainya. Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamanya seperti berikut:
i) Pekerjaan tersebut melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh hukum
syarak.
ii) Mendedahkan aurat
iii) Pergaulan bebas antara bukan mahram

Aduhai Ustaz Nizar, kamu tu pemimpin yang berselindungkan agama. Takkan pasai ni pun kamu tak tau. Takkan tok nak ajar jugak kut.
Ye Fatwa di atas menyatakan pengharaman untuk wanita Islam, tapi kalau wanita asing pulak boleh jadi halal ke?
Nanti kalau malaikat soal, kamu ada ke jawapan ke Nizar oi!
.

Monday, November 3, 2008

ZAID SUDAH KETERLALUAN


Kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaikan Ketuanan Melayu amat keterlaluan ketika berucap di Persidangan LawAsia 2008 di Kuala Lumpur pada 31 Oktober yang lepas.
Datuk Zaid Ibrahim telah mendakwa bahawa konsep Ketuanan Melayu sebagai satu kegagalan yang membawa keburukan kepada Melayu bahkan menurutnya lagi konsep Ketuanan Melayu menyebabkan pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Tidakkah Datuk Zaid sedar bahawa beliau juga merupakan orang Melayu? Hasil daripada Ketuanan Melayu dapat melahirkan diri beliau sebagai seorang peguam Melayu, yang akhirnya menceburi bidang politik dan dapat menjawat jawatan sebagai seorang menteri.
Kiranya nama beliau tiada bin di tengah, dapatkah beliau menikmati keistimewaan ini?
Umpama kacang lupakan kulit, tindakan Zaid ini seolah-olah satu tindakan bodoh semata-mata untuk menarik simpati rakyat serta menutup kelemahannya selepas tidak dipilih menjadi Ketua Bahagian Kota Bharu.
Semata-mata kerana tidak dapat menjadi Ketua Bahagian, Zaid sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup aib yang menimpa dirinya.
Seorang Senator dan mempunyai jawatan Menteri tidak dipilih sebagai Ketua Bahagian.
Bagi menutup malunya, mula-mula beliau telah mengkritik kerajaan yang membelanya dari kecil lagi tentang perlaksanaan ISA sehingga beliau bermain wayang dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan ISA.


Khabar yang terkini yang kencang berbicara menyatakan Zaid juga meletakkan jawatan sebagai Senator. Sehingga ke hari ini masih belum kedengaran ucapan maaf yang terpancar dari mulut Zaid, adakan beliau tetap berpegang teguh dengan kenyataannya dan menganggap Ketuanan Melayu sebagai membazir.
Sepatutnya Zaid patut tukar istilah bin yang berada di tengah-tengah namanya dan digantikan dengan anak lelaki. Yeee bunyinya agak keras tapi kita perlu sedar bahawa orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan Ketuanan Melayu.
Tak kira la samaada kita ini Melayu Kelantan ke, Melayu Jawa ke, Melayu Mamak ke, pokoknya yang jelas Melayu itu tetap Melayu dan sudah semestinya Melayu mesti membela Ketuanan Melayu.

Saturday, November 1, 2008

Mengapa harga berbeza?


Specifications (Cougar EC 725) BRAZIL



General characteristics

* Crew: 1

* Capacity: 24 troop seats

* Length: 19.50 m (63.98 ft)

* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)

* Height: 4.60 m (15.09 ft)

* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)

* Loaded weight: 10,000 kg (22,000 lb)

* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)

* Max takeoff weight: 10,500 kg (23, 100 lb)

* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) eachPerformance

* Never exceed speed: 278 km/h (150 knots, 173 mph)

* Maximum speed: 249 km/h (134 knots, 154 mph)

* Cruise speed: 239 km/h (129 knots, 148 mph)

* Range: 573 km (310 nm, 357 mi)* Service ceiling 3,450 m (11,319 ft)

* Rate of climb: 7.2 m/s (1,417 ft/min)



Specifications (Cougar EC 725) MALAYSIA



General characteristics

* Crew: 2 (pilot + co-pilot)

* Capacity: 1 chief of stick + 28 troop seats

* Length: 19.50 m (63.98 ft)* Rotor diameter: 16.20 m (53.14 ft)

* Height: 4.60 m (15.09 ft)

* Empty weight: 5,330 kg (11,750 lb)

* Loaded weight: 11,000 kg (24,250 lb)

* Useful load: 5,670 kg (12,500 lb)

* Max takeoff weight: 11,200 kg (24,700 lb)

* Powerplant: 2× Turbomeca Makila 1A4 turboshafts, 1,800 kW (2,413 shp) eachPerformance

* Never exceed speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)

* Maximum speed: 324 km/h, 201 mph (175 kts)

* Cruise speed: 285 km/h, 177 mph (154 kts)

* Range: 857 km, 532 mi (463 nm)

* Service ceiling 6,095 m (20,000 ft)

* Rate of climb: 3.6 m/s (710 ft/min)

Dahulunya kita desak kerajaan untuk menukarkan helikopter Nuri yang sering terbabas. Apabila kerajaan menukarkan Nuri kepada Eurocopter, lain cerita pulak yang timbul.
Kita menyalahkan kerajaan kerana membelinya dengan harga yang mahal sedangkan Brazil membeli dengan harga yang murah.
Kadangkala kita sering lupa bahawa nama yang sama tidak semestinya rupa, bentuk atau accesoriesnya sama. Samala seperti kita membeli kereta, kalau kita membeli B-Line, sudah pastila harga lebih murah jika dibandingkan dengan H-Line.
Lihat sendirila perbandingan specifikasi eurocopter Brazil dengan Malaysia. Jangan lah kita asyik nak salahkan kerajaan sahaja.