About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, June 7, 2009

HUSAM BERPUTIH MATA

HUSAM BERPUTIH MATA



Keputusan Muktamar PAS yang ke-55 menyaksikan Nasharuddin Mat Isa berjaya menewaskan Husam Musa dan Mohd Sabu untuk kekal sebagai Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam mendapat 281 dan Mohd Sabu mendapat 261 undi. Ini bermakna kerusi Presiden dan Timbalan Presiden PAS kekal kepada team ulama. Erdogan kempunan. PAS terus kekal dipimpin oleh kumpulan ulama yang bersetuju dengan muqabalah.


Namun Erdogan menang banyak kerusi di peringkat Jawatankuasa PAS. Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad dan Syed Azman Syed Nawawi menang di kerusi Jawatankuasa PAS.Husam tiada sebarang jawatan dalam PAS sekarang. "Saya mungkin janggut tak cukup panjang. Mungkin perwakilan tidak suka saya. Ia lebih kepada (faktor) saya," kata Husam mengulas tentang kekalahannya. Rasanya, bukan kerana faktor janggut, perwakilan PAS nampak sahaja muka Husam, mereka terbayang muka Anwar Ibrahim. Ke mana halatuju Husam? Kamaruddin Jaafar yang sebelum ini menyandang jawatan Setiausaha Agung PAS menang kerusi Jawatankuasa PAS.


Apakah Husam bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru? Atau Husam mahu melompat masuk PKR untuk mempercepatkan niatnya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Mungkinkah Husam akan terus berada dalam PAS atau melompat atas arahan Anuar Ibrahim? sama-samalah rakyat malaysia nantikan agenda baru yang bakal dibuat oleh erdogan.
Tok dapat merasakan yang akar umbi PAS terlebih dahulu menghidu "bau busuk" pihak "erdogan" di dalam PAS. Ternyata "erdogan" masih lagi tidak dapat menembusi kubu para "ulama" politik PAS. Masih ampuh pertahanan politik golongan "ulama" PAS pada pemilihan kali ini. Entah sampai bila akan dapat "ulama-ulama" itu bertahan? Mereka semakin uzur dan dimamah usia. Selepas itu, siapa pula yang akan "menyekat" pengaruh "erdogan Al-Juburi" di dalam PAS.

No comments: