Pada minggu lepas tok berkesempatan menjejakan kaki di bumi utara yang mana dinaungi oleh gerhana bulan. Apa yang tok terkejut, bila sampai di sana tok sempat melihat bendera Universiti Malaysia Terengganu di arak oleh peserta mereka sepanjang MASUM yang berlansung di tanah UUM. Tok sempat bertanya akan gerangan orang yang membawa panji perjuangan UMT sebab mereka megah mengibarkan bendera UMT. Rupa-rupanya sepanjang 15 tahun UMT kemarau pingat dalam arena bola sepak uni-league divisyen 1 berakhir apabila pasukan mereka mampu merangkul pingat perak bagi tahun ini. Tok pon minat juga dengan bola sepak ni. Tapi tok pelik, kenapa Universiti Malaysia Terengganu yang kerdil ini dapat menyingkirkan Universiti gergasi seperti USM, UUM, atau UKM. Tok punya la selidik, UMT tiada walaupun seorang pemain yang pernah mewakili pasukan yang kuat seperti liga FAM atau Presiden tetapi berkat doa dan semangat perjuangan yang dipikul telah membawa UMT layak ke perlawanan akhir. TAHNIAH UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU!!!!
Bukan pasal bola yang tok nak sentuh sebenarnya dekat negeri gerhana bulan... ni ha!!! tok rasa belum terlewat untuk tok mengucapkan TAHNIAH buat YAB Zambry atas kebenaran dan kesahihan sebagai menteri besar negeri Perak darul Ridzuan dan tok juga rasa belum terlambat untuk mengucapkan takziah buat Nizar atas berkuburnya angan-angan untuk menjadi menteri besar buat kali kedua. Semua ini telahpun terjawab dengan aman walaupun pihak pembangkang cuba untuk membuat kekecohan pada hari tersebut. Semua persoalan telah terjawab pada jam 3.30 petang, 22 Mei 2009 di Mahkamah Rayuan, bila tiga orang hakim sebulat suara menerima rayuan Zambry untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu.
Adus!!!! tok rasa tak sia-sia tok makan angin ke tanah utara bila dapat berita yang mengembirakan ni..
No comments:
Post a Comment