About Me
Monday, February 20, 2012
BICARA: Mufti Perak Sound Direct Anwar Ibrahim.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kehadiran dan penyertaan beliau pada Hari Ponggal boleh membawa kepada tindakan haram di sisi agama.
Beliau mengulas laporan bergambar blog dan media arus perdana yang menyiarkan gambar Anwar dicalit dengan "kum-kum" di dahi ketika hadir di majlis sambutan Hari Ponggal di sebuah kuil di Batu Gajah, Perak Januari lepas.
"Kum-kum itu istiadat keagamaan dan kepercayaan dia (Hindu), tak boleh kita pakai. Apa benda yang dia bubuh di dahi itu (Anwar Ibrahim)? Abu apa? Boleh jadi abu mayat.
Sambutan ni ada dua. Satu adat, satu agama. Yang bentuk agama kita tak boleh hadir sama sekali. Walau apa kapisiti pun. Kita nak rasmikan pun tak boleh, Masalah akidah tidak ada tolak ansur," katanya kepada Antarapos.com, hari ini.
"Tetapi jika adat dan kita dijemput untuk makan dan sebagainya, kita hadirlah. Kalau adat tidak bertentangan dengan hukum syarak, kalau agama dan ibadat itu langgar hukum syarak," ujarnya lagi.
Beliau menegaskan perbuatan Anwar Ibrahim ini merupakan tindakan yang jauh berbeza dengan penyertaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
"Najib telah menjelaskan kepada saya, dia (Najib) pergi ke dewan untuk bertemu dengan masyarakat India. Dia tidak pergi ke tokong. Itu penjelasan dia," katanya lagi
Tegas beliau lagi, Anwar Ibrahim harus membezakan antara upacara agama dan adat.
Sebuah blog, ruangbicarafaisal.blogspot.com awal minggu ini membuat laporan bergambar Anwar menyertai sambutan Ponggal yang dipetik daripada blog Exco Selangor, Xavier Jeyakumar.
Sebagai reaksi, Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebelum sebarang persepsi dibuat berhubung isu Anwar dan Pesta Ponggal, perbezaan haruslah dibuat diantara upacara agama dan adat.
Bagaimanapun Tan Sri Harussani menegaskan tindakan Anwar adalah mengambil bahagian dalam upacara agama.
"Tak bolehlah. Kalau tak boleh, haramlah...Kalau dia buat istiadat keagamaan tak boleh kita buat...Kalau bentuk adat, kita dapat jemputan itu tak salah, tak bertentangan"
-Buat Anwar, agak-agak ler nak pancing undi India sekalipun-
BONGKAR: 9 Saksi Mungkin Dalam Bahaya Tentang Kes Curi Pasir Selangor.

Ulasan lanjut di sini...
BREAKING NEWS: Kereta Anwar Ibrahim Dirosakkan. Bukti Rakyat Benci Peliwat.
Sunday, February 19, 2012
VIDEO: Kemaruk Nak Jadi PM, Anwar Lacur Agama Islam.
Kredit to Minaq
MESTI TAHU!! Melayu Jangan Jadi Hamba DAP.

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
Tulisan ini bukan bertujuan untuk membakar api perkauman, tetapi untuk renungan kita bersama yang cintakan keamanan. Sejarah pernah membuktikan bahawa DAP bersikap kurang ajar bila rakyat memberi mandat kepada mereka. 1957-1967 rakyat memberi mandat pemerintahan kepada Perikatan/BN, tidak ada Melayu yang bersikap rasis atau biadap terhadap kaum yang lain. Tetapi sejurus Pembangkang mendapat kerusi parlimen yang hampir sama dengan kerajaan iaitu masing-masing 70 dan 74 kerusi, DAP mula tunjuk belang untuk menindas kaum Melayu.
Apakah mungkin perkara yang sama akan berlaku jika PRU13 mandat pemerintahan diberikan kepada pembangkang yang secara terang DAP adalah tunjang utama. Jadikan insiden 13 Mei 1969 sebagai pengajaran buat kita semua. Jangan sesekali untuk kita menjadi hamba kepada DAP Komunis.
TERBAIK!! Anak Seni Kelantan Tolak PAS Kelantan.
UTUSAN: Prinsip perjuangan pemimpin UMNO tidak patut berubah.
PASIR SALAK 18 Feb. - Perubahan zaman yang dilalui negara dari dulu sehingga sekarang tidak sepatutnya merubah prinsip dan nilai perjuangan pemimpin UMNO dalam membela bangsa dan tanah air.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin terdahulu mempunyai semangat perjuangan nasionalisme yang amat tinggi sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk menjaga kepentingan bangsa dan tanah air tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan kedudukan.
Tegas beliau, nilai berkenaan tidak boleh ditinggalkan dan diketepikan oleh pemimpin yang ada ketika ini, malahan ia tidak boleh ditukar ganti.
"Dulu mereka sanggup berhempas pulas, bersusah payah dan berkorban apa sahaja malah ada yang berkorban nyawa semata-mata untuk menegakkan perjuangan nasionalisme bagi mewujudkan negara merdeka dan berdaulat. Mereka lakukan tidak bersyarat atau sebarang ganjaran.
"Mereka letakkan nilai perjuangan parti melebihi segala-galanya. Inilah yang perlu kita lakukan walaupun zaman kita berbeza dan ia tidak sepatutnya berubah," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersama kira-kira 300 veteran UMNO Bahagian Pasir Salak di Pasir Salak Resort di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Pengerusi FELCRA, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Perdana Menteri berkata, nilai perjuangan pemimpin terdahulu perlu dicontohi dan diteladani supaya tidak berlaku sebarang kesilapan yang boleh menghancurkan keharmonian negara.
sumber: utusanonline







