About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, February 19, 2012

UTUSAN: Prinsip perjuangan pemimpin UMNO tidak patut berubah.

Pengasas UMNO.

PASIR SALAK 18 Feb. - Perubahan zaman yang dilalui negara dari dulu sehingga sekarang tidak sepatutnya merubah prinsip dan nilai perjuangan pemimpin UMNO dalam membela bangsa dan tanah air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin terdahulu mempunyai semangat perjuangan nasionalisme yang amat tinggi sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk menjaga kepentingan bangsa dan tanah air tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan kedudukan.

Tegas beliau, nilai berkenaan tidak boleh ditinggalkan dan diketepikan oleh pemimpin yang ada ketika ini, malahan ia tidak boleh ditukar ganti.

"Dulu mereka sanggup berhempas pulas, bersusah payah dan berkorban apa sahaja malah ada yang berkorban nyawa semata-mata untuk menegakkan perjuangan nasionalisme bagi mewujudkan negara merdeka dan berdaulat. Mereka lakukan tidak bersyarat atau sebarang ganjaran.

"Mereka letakkan nilai perjuangan parti melebihi segala-galanya. Inilah yang perlu kita lakukan walaupun zaman kita berbeza dan ia tidak sepatutnya berubah," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersama kira-kira 300 veteran UMNO Bahagian Pasir Salak di Pasir Salak Resort di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Pengerusi FELCRA, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Perdana Menteri berkata, nilai perjuangan pemimpin terdahulu perlu dicontohi dan diteladani supaya tidak berlaku sebarang kesilapan yang boleh menghancurkan keharmonian negara.


sumber: utusanonline

No comments: