About Me
Thursday, June 11, 2009
Wednesday, June 10, 2009
Tuesday, June 9, 2009
TEKA-TEKI PATRIOTIK
1 Malaysia vs Malaysian Malaysia
Tukang masak hendak membuat kek an adunanya adalah seperti berikut :
Kek 1 Malaysia = 1 kg tepung, 50 gram garam, 500 gram gula, 5 cawan air dan 5 biji telur.
Kek Malaysian Malaysia = 1 kg tepung, 1 kg garam, 1 kg gula, 1 kg air dan 1 kg telur.
Tok nak tny korang semua la. Bila siap kek ni di masak, KEK MANA PALING SEDAP DI MAKAN?
Salam perjuangan tok ingin ucapkan kepada seluruh rakyat yang bergelar “1 MALAYSIA”. Bebanyak terima kasih tok ingin katakan kepada semua yang telah sudi melawat akan blog tok yang tidak seberapa hebatnya. Tetap ianya sekadar untuk berkongsi maklumat yang berasaskan fakta dan semestinya bukan auta sebagaimana puak pakatan pembangkang yang telah banyak meracuni peminat cyber dengan segala tipu helah belaka. Fakta yang ingin dikongsikan ini ikhlas tok sampaikan khas buat ummah yang berjuang atas landasan yan sama dengan tok.

Tok Limbong bukanlah hebat sangat pon kalau nak menyentuh tentang 1 Malaysia, tetapi perkara ini menarik minat tok untuk berkongsi dengan pembaca blog terutama tentang nilai yang ke tujuh iaitu “KESETIAAN”. Sememangnya 1 Malaysia selari dengan rukun Negara yang ke dua iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara yang mana seluruh rakyat Malaysia haruslah mempraktikanya bukan hanya sekadar melaungkanya setiap kali perhimpunan sekolah mahupun perhimpunan penjawat awam.
Walaubagaimanapun, tok juga berasa sedih apabila ada seglintir rakyat Malaysia tidak lagi berpegang kepada rukun Negara yang kedua tersebut sehingga sanggup menderhaka akan sultan. Fenomena inilah yang telah berlaku di bumi Utara baru-baru ini seterusnya menimbulkan masalah dalam perlaksanaan dasar-dasar Negara. SIAPA YANG TOK MAKSUDKAN? Mungkin pembaca lebih arif lagi bijaksana tentang isu tersebut. Dan disebabkan hilangnya kesetiaan kepada agama dan bangsalah Anuar Ibrahim yang menjadi sanjungan Pakatan Pembangkang telah mengamalkan “ Matlamat Menghalalkan Cara” untuk kepentingan dirinya dan kroni-kroni.
Pembaca juga perlu melihat nilai kesetian dari aspek ekonomi yang telah banyak membantu pembangunan di negara Malaysia tercinta. Jika dilihat pada zaman kepimpinan Almarhum Tun Abdul Razak iaitu PM yang ke-2, beliau mampu melaksanakan satu dasar baru yang telah banyak memberi perubahan kepada ekonomi negara Malaysia pada tahun 1971. Tidak perlu untuk tok jelaskan dengan lebih lanjut tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar tersebut mendapat sokongan yang begitu kuat oleh pengikut beliau pada ketika itu mahupun di peringkat rakyat atau pemimpin atasan yang begitu setia kepada Almarhum Tun Abdul Razak. Hal ini telah membolehkan segenap lapisan bangsa menikmati sumber yang terdapat dalam negara Malaysia dengan seadil-adilnya. Terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan (DEB) lebih memihak kepada kaum majoriti di bumi Malaysia iaitu melayu namun begitu, statistik kadar kemiskinan sudah cukup membuktikan bahawa (DEB) yang telah dilaksanakan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Pada tahun 1970 kadar kemiskinan 3 bangsa iaitu Melayu, Cina dan India berada pada tahap yang tinggi iaitu masing-masing 64.8%, 26% dan 39%. Namun selepas (DEB) dilaksanakan kadar kemiskinan menunjukkan penurunan yang begitu ketara pada tahun 1990 iaitu masing-masing kepada 20.8%, 5.7% dan 8%. Mungkin masih belum terlewat untuk tok ucapkan tahniah pada Almarhum Tun Abdul Razak atas kejayaan beliau. Namun kesetiaan tersebut tiada lagi di Pulau Mutiara apabila (DEB) telah dihapuskan oleh DAP yang juga merupakan pakatan kepada PAS dan PKR.
Sememangya tok merasakan yang kesetiaan perlu hadir dalam diri setiap insan samada ianya bergelar Wong Chun Han, Muthusamy ataupun Aminah bagi membolehkan 1 Malaysia menjadi realiti pada masa akan datang.
“TAAT DAN SETIALAH KITA PADA ALLAH YANG PENYAYANG”
“TAAT DAN SETIALAH KITA PADA RASULLULAH S.A.W”
“TAAT DAN SETIALAH KITA PADA RAJA DAN PERLEMBAGAAN”

Maksud : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu pada Raullulah dan kepada “Ulul-Amrin” ( Orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu, kemudian, jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengambilkanya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (as-Sunnah) Rasulnya jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahanya”
(surah an-nisa’, ayat 59)
Monday, June 8, 2009
BULAN OH BULAN,
KENAPA KELAM KABUT?,
HUSAM OH HUSAM,
LEBIH BAIK KAMU CABOT!!!!
PANTUN NI JE LA YANG MAMPU TOK UNGKAPKAN KEPADA HUSAM BIN ANUAR IBRAHIM YANG SEMANGAT MEMPERTAHANKAN ERDOGEN AL-JUBURI.. HARAP-HARAP HUSAM MEMBELI PANTUN TOK NI YER...
Ucapan Presiden PAS, sebarang bentuk rundingan ke arah kerajaan perpaduan masih boleh dilaksanakan kerana pendamaian dan kesepakatan merupakan tuntutan dalam islam. Haji. Hadi juga menjelaskan PAS perlu kenal dengan "musuh rekaan" dan berhati-hati dengan mereka. Jangan terlalu berhati-hati dengan "musuh sebenar" sahaja. Siapakah yang dimaksudkan oleh Haji Hadi sebagai musuh rekaan dalam kepada PAS? Ucapan Presiden PAS dibuat semasa Ucapan pergulungan Presiden semasa Muktamar yang baru sahaja melabuhkan tirai. Mungkinkah musuh rekaan yang dimaksudkan Haji Hadi merupakan puak Erdogen yang diketuai oleh Husam Musa?
Kekalahan Husam dalam pemilihan Timbalan Presiden nyata memberi kesan yang memalukan kepada beliau sehingga cuba meraih publisiti murahan dengan menghentam Haron Din, dimana Haron mendakwa terdapat "musuh dalam selimut" di dalam PAS. Mungkinkah cara begitu membolehkan husam meraih simpati dan mengalih perhatian orang lain kepada isu lain. HUSAM OH HUSAM..LEBIH BAIK KAU CABUT... ANUAR IBRAHIM TENGAN MENANTI KEDATANGAN KAU... Pada masa yang sama, Nik Aziz mendakwa "kerajaan perpaduan" merupakan perkara yang mengarutkan kerana UMNO merupakan "telur-telur panjajah". Mengapa sampai begitu keras dakwaan Nik Aziz terhadap saudara seagama denganya dengan hanya berlainan ideologi politik sahaja. Beginikah ungkapan seseorang yang bergelar Tok Guru?
Jelas lagi sahih terdapat percanggahan pendapat dan fahaman antara Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS walaupun masing-masing bergelar TOK GURU. mungkinkah ini boleh dilabelkan kerana kepentingan politik sehingga sanggup mengadaikan agama, bangsa dan negara. BULAN OH BULAN...
Sunday, June 7, 2009
HUSAM BUAT HAL BILA DAH KALAH..
mat sabu duk diam-diam..
Tok dah agak, bila dah ulama dengan profesional bertanding macam-macamlah boleh berlaku. kau kata aku, aku pulak kutuk kau. Hem.. macam drama la pulak peristiwa yang berlaku antara ulama dengan erdogan ni. Husam oh Husam!!! dah kalah terima je lah hakikat yer.. Bulan oh bulan, kenapa dah huru hara? macamaner tak huru-hara erdogan Anuar Ibrahim bertopengkan Husam nak makan aku..
MUSUH DALAM SELIMUT..
Siapa musuh? Siapa pulak selimut?
Datuk Husam Musa memohon penjelasan daripada Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberi penjelasan berhubung ucapannya mengenai "musuh dalam selimut" parti itu.Husam, yang gagal dalam percubaan merebut jawatan timbalan presiden semalam, berkata penjelasan ungkapan tersebut "mustahak"."Saya minta Dr Haron menjelaskan ungkapan itu dalam kertas kerja tersebut," katanya, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan sebagai mantan naib presiden PAS hari ini di muktamar PAS di Stadium Malawati, Shah Alam."Penjelasan (ungkapan) mustahak."Dua minggu sebelum persidangan, Dr Haron berkata PAS harus berhati-hati terhadap musuh parti, termasuk tajaan Umno atau negara asing, yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti.Ketika bercakap di seminar kepemimpinan ulama 23 Mei lalu, tokoh ulama PAS itu berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media."Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain. "Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya, seperti dalam satu teks ucapan di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak."(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam. "Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."Menjawab pertanyaan Husam, pengamal perubatan alternatif itu bagaimanapun menafikan ucapannya ditujukan kepada pihak tertentu, sebaliknya menyatakan ia dibuat secara umum.Dr Haron juga berkata "Husam tidak pernah cakap dengan saya secara peribadi" tentang perkara tersebut."Saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut."Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah," jelasnya, sambil meminta maaf jika ucapannya itu disalahfaham.Bekas pensyarah agama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga mengingatkan penyokong PAS supaya berhati-hati dengan laporan media "selain Harakah dan Siasah" yang belum dapat dipastikan kesahihan laporan mereka.Mengulas lanjut isu "musuh dalam selimut", Dr Haron hari ini berkata, dengan keahlian parti mencecah jutaan orang, sudah tentu musuh besar seperti Amerika Syarikat dan Israel merancang menggendalakan agenda Islam yang ingin dibawa PAS.Dr Haron sebelumnya mengkritik sikap tidak patuh kepada pemimpin dan "lawan taukeh" yang disifatkannya sebagai "penyakit parti politik tidak Islam" agar tidak berjangkit ke dalam PAS.Tidak jelas sama ada ungkapan ini ditujukan kepada Husam atau pemimpin lain yang menolak saranan kerajaan perpaduan seperti anjuran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















