About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, July 23, 2013

Subhanallah. Unit Psywar Husam Sanggup Samakan Nik Aziz Dan Haji Hadi Dengan Babi. #PRKkualabesut.


Risalah di atas mula ditampal sekitar Kuala Besut dengan harapan pengundi Kuala Besut akan salahkan Barisan Nasional.

Husam Musa (PAS) mula menggerakkan unit psywar beliau dengan menghasilkan bahan kempen palsu untuk mengaburi mata pengundi sekitar Kuala Besut.

Tapi pada saya itu adalah perkara biasa dalam pilihanraya, tetapi amatlah sedih bila jentera psywar Husam sanggup samakan gambar Nik Aziz dengan Haji Hadi dengan seekor babi yang sedang minum air.

Hari ini alhamdulillah secara profesional, jentera BN secara sukarela membuang poster tersebut kerana ianya mengaibkan orang Islam itu sendiri.

Husam Musa cuba burukkan imej Barisan Nasional di Kuala Besut kerana beliau sangat terdesak untuk menang PRK. Husam faham, PRK kali ini adalah KPI bagi beliau untuk bertanding dalam muktamar PAS yang akan datang.

Mahu tidak mahu Husam kena guna apa cara sekalipun untuk kalahkan BN hingga sanggup palsukan poster dengan menyamakan Nik Aziz dan Haji Hadi seperti seekor khinzir.

Hanya orang bodoh yang akan kata poster itu dikeluarkan oleh BN. Bagi manusia yang berakal seperti orang Kuala Besut, mereka pasti tahu poster itu dicipta hanya kerana ingin burukkan imej BN.

Unit Psywar PAS yang dibawa oleh Husam Musa sangat keterlaluan dalam siri kempen PRK kali ini. Semoga Allah melindungi kita semua dari melakukan perkara yang keji di bulan ramadhan ini. 


No comments: