About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, May 1, 2013

Barisan Nasional Akan Kalah Besar?. #GE13 #TolakPR


Pasti kita masih ingat 22 tahun terdahulu, Nik Aziz pernah gelarkan DAP dengan Syaitan sama sahaja. Dek kerana itu jugalah, PAS pernah menuduh UMNO haram kerana berkawan dengan cina MCA dan India MIC.

Bagi PAS, orang kafir sama sekali tidak layak menjadi pemimpin dalam negara Malaysia. Bagi PAS, mereka yakin yang parti merka akan berdiri teguh bersendirian sampai bila-bila untuk mendirikan sebuah negara Islam.

DAP suatu ketika adalah musuh PAS yang begitu ketat. Bila sahaja DAP permainkan agama Islam, pemimpin PAS antara yang paling lantang bangun dan bersuara menentang pemimpin DAP yang kurang ajar.

Persoalan yang timbul hari ini, antara PAS dan DAP, yang mana parti paling konsisten mempertahankan prinsip perjuangan masing-masing? Kalau dilihat pada masa lampau, kita sangat yakin dan percaya, tidak ada pihak yang mampu menandingi prinsip perjuangan PAS.


Tetapi semua itu telahpun berubah 100%. Jika dulu PAS boleh kata DAP dan syaitan sama sahaja, tetapi sekarang, kerana termakan pujuk rayu DAP, prinsip PAS untuk mendirikan negara Islam sudah bertukar menjadi negara kebajikan.

Jika dahulu PAS terpekik terlolong menuduh UMNO parti yang haram kerana berkawan dengan kafir MCA dan MIC, tetapi kini PAS lebih teruk kerana menjadikan DAP sebagai tuan kepada mereka.

20 tahun terdahulu, bila ada pemimpin DAP mempergunakan ayat suci al-quran dalam setiap ucapan mereka, pemimpin PAS pasti bangkit untuk marah. Tetapi sekarang PAS boleh bertepuk tangan bila Lim Guan Eng membaca setiap ayat suci al-quran didepan ahli PAS walaupun sebutanya tidak betul.

Daripada tidak bersetuju dengan matlamat DAP untuk menjadikan sebuah negara rebublik, kini PAS boleh merelakan DAP guna logo PAS untuk bertanding dalam PRU13.

Biarpun Karpal Singh berpegang teguh yang DAP tidak akan sama sekali melaksanakan hukum hudud, tapi PAS terus menerima prinsip DAP itu tanpa sebarang bantahan.

Persoalan siapa yang konsisten dalam perjuangan parti sudah terjawab. DAP akan terus dengan ideologi mereka tetapi PAS terpaksa menjadi lalang dan mengikut sahaja kehendak DAP dalam pakatan mereka.

Matlamat PAS adalah untuk memastikan UMNO/BN kalah pada PRU13 walaupun terpaksa menjadi hamba abdi kepada DAP.

PAS sanggup menggadaikan segalanya untuk menang dalam PRU13 ini. Kalimah suci Allah bukan perkara besar kata pemimpin PAS, masalah  moral melibatkan s/u agung PAS juga bukan perkara penting kata Haji Hadi.

Matlamat PAS adalah ingin merampas Putrajaya daripada UMNO/BN selepas ini. Bagi PAS, biar mereka jadi hamba kepada DAP asalkan tapuk kuasa dunia bukan lagi berada pada tangan UMNO/BN.


Selaku penyokong UMNO/BN, aku tidak mahu pemimpin UMNO yang beragama Islam juga berpendirian seperti mana pemimpin PAS hari ini.

Janganlah Najib Razak mahupun Muhyidin bersikap seperti Hadi Awang atau Nik Aziz yang sanggup gadaikan kesucian Islam demi kemenangan PRU13 ini.

Jangan jadikan alasan, kita terpaksa kompromi dalam soal agama dengan orang lain demi pertahankan Putrajaya. Kita perlu letakkan kepentingan Ukhrawi melebihi dari segala yang ada di dunia ini.

Bukan aku bermaksud yang UMNO/BN tidak perlu menang dalam PRU13 ini. Tetapi kalau takdir UMNO/BN kalah tidak mengapa asalkan kita tidak menjadi hamba kepada pihak yang cuba gugat kesucian agama Allah swt.

Kalaupun PAS menang di setiap kerusi yang mereka bertanding menentang UMNO/BN tetapi menjadi hamba pak turut kepada DAP, bagi aku kemenangan itu lansung tidak ada nilai. PAS hanya menang di dunia, tetapi kalah dalam soal perjuangkan agama Allah.








3 comments:

Anonymous said...

Insyallah.. UMNO/BN akan akan terus memimpin negara Malaysia tanpa menggadai agama suci Islam kepada orang lain. PRU13 ini kita akan lihat PAS akan kalah terus dengan izin Allah.

Anonymous said...

Artikel menarik. PAS patut sedar yang mereka hari ini hanyalah boneka bernyawa kepada kafir harbi dalam DAP.

Anonymous said...

teringin nk tgk nuor dpt stroke senget muka sebelah ke...kuat menipu dll...kalah syaitan!