About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, May 27, 2013

Amaran Buat Najib. Perosak Dalam UMNO Perlu Dihapuskan Sebelum PRU14.

Saya tidak menafikan kumpulan pembangkang ada kekuatan mereka sendiri. Saya juga tidak menolak yang mereka juga punyai lompang-lompang yang menjadikan mereka satu pasukan yang lemah.

Saya tidak berminat untuk berbicara soal kelemahan pembangkang atau kekuatan parti mereka. Betul... untuk menentang musuh kita perlu kaji kelemahan dan kekuatan mereka, tetapi tidak ada guna kita hanya tahu lemah orang, tapi lemah sendiri kita tidak ambil kisah.

UMNO/BN sebuah parti yang hebat di mata saya. Mana mungkin orang lain boleh manafikan kekuatan UMNO/BN kerana inilah parti paling lama memerintah sebuah negara berbanding parti di mana-mana negara lain.

Kalau UMNO/BN parti yang lemah, sudah pasti ianya sudah lama tumbang setelah melalui beberapa PRU. Tapi, realitinya UMNO/BN masih juara dalam PRU selepas keputusan PRU13 di baca.

Namun begitu, sebuah pasukan mungkin boleh menjadi lemah jika wujud parasit yang tidak didendang dalam pasukan tersebut. Jika perlu racun, racunlah parasit tersebut untuk selamatkan pasukan yang menjadi harapan kepada peminat.

Presiden UMNO/Pengerusi BN perlu serius

UMNO/BN satu pasukan yang cukup hebat. Namun begitu, dalam memastikan pasukan ini menjadi terus kukuh untuk bertarung dalam PRU yang akan datang, sudah pasti susun atur dan strategi sangatlah diperlukan.

Bila bercakap soal pasukan, UMNO/BN memerlukan pemain yang jujur dan setia kepada pasukan. Kita tidak mahu UMNO/BN membela anjing liar yang akhirnya mereka akan gigit kita suatu hari nanti.

PRU13 telah mendidik UMNO/BN untuk lebih berhati-hati. Ahli UMNO di Malaysia mengikut perkiraan saya seramai 3 juta lebih. Ini beerti bukan semua ahli UMNO layak bertanding sebagai calon PRU bagi sebahagian daripada 222 Parlimen dan sebahagian daripada 576 DUN.

Ini beerti, mereka yang menjadi calon mestilah orang yang benar-benar layak dan sesuai untuk jadi wakil rakyat bukanya wakil kroni.

Menjadi satu ancaman paling besar kepada UMNO/BN, setiap kali PRU bila ada dikalangan ahli yang tidak berpuas hati bila mereka tidak dicalonkan ataupun bos mereka tidak menjadi calon.

Kita jangkakan, bila ramai pihak yang membuat andaian PRU13 adalah ibu kepada PRU dan PRU yang menentukan hidup mati UMNO, tidak akan timbul ahli UMNO yang kecewa dan sabotaj parti, tetapi ianya menjadi sebaliknya apabila PRU13 memperlihatkan kepada kita betapa ramainya calon BEBAS cuba menjadi hero kepada rakyat.

Mungkin jika yang bertanding BEBAS itu dikalangan NGO atau individu bersendirian, ianya tidak menghairankan kita. Tetapi yang sedihnya bila ahli UMNO itu sendiri yang keluar parti dan bertanding menentang calon UMNO/BN.

Ini beerti, mereka tidak ambil kisah kononya PRU13 ibu segala PRU mahupun PRU13 tersebut menentukan hidup mati UMNO/BN. Apa yang ada dalam kepala calon BEBAS bekas ahli UMNO hanyalah jawatan sebagai wakil rakyat perlu menjadi milik mereka.

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat yang menjadi slogan UMNO hanyalah slogan retorik yang dilaungkan oleh ahli UMNO yang gilakan kuasa dan jawatan. Jika benar mereka berpegang pada slogan tersebut, sudah pasti tidak akan wujud unsur keluar parti di saat-saat yang genting dan bertanding menentang calon UMNO/BN.

Kalau PRU13, kita andaikan itu adalah ibu segala PRU, apa pula andaian kita untuk PRU14? Datuk? Nenek? Ayah segala PRU?. Apapun gelaran yang bakal kita letakkan pada PRU14, tetapi jika masih ada ahli UMNO yang gila kuasa, gelaran PRU itu hanyalah dianggap sekadar mainan kata-kata.

Kemenangan UMNO di beberapa kawasan bukanya disebabkan kelemahan pihak pembangkang, tetapi ianya sebab UMNO memang benar-benar pasukan yang kuat dan bersatu padu. Namun, kawasan yang UMNO kalah bukan atas sebab pembangkang kuat, tetapi perpecahan UMNO menyebabkan UMNO menjadi lemah dengan sendirinya.

Saya tidak kata semua UMNO Bahagian terpalit dengan masalah perpecahan, tetapi realitinya memang wujud UMNO Bahagian yang mempunyai 2 atau 3 kem dipandu oleh kepala-kepala tertentu.

Unsur inilah yang menjadi kegusaran UMNO dalam menghadapi PRU yang bakal mendatang. Jika yang menjadi calon adalah dari kem A, pasti kem B merasa kecewa. Mengubat rasa kecewa itu, tidak ada jalan lain melainkan keluar parti dan bertanding BEBAS.

Hapuskan Parasit UMNO seperti Kamelia

Kita faham Kamilia menghadapi tekanan yang cukup hebat waktu PRU13 apabila tidak dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar. Siapa pun yang berada di tempat Kamilia pasti akan merasa kecewa yang amat dasyat, namun bertanding tiket BEBAS menentang calon BN bukanlah satu jalan yang bijak bagi saya.

Kamilia akan dilihat heroin jika beliau mengemudi kumpulan Jalinan Rakyat Wanita Kuala Kangsar berbanding menjadi calon BEBAS menentang calon BN pilihan parti. Akhirnya, tindakan Kamilia itu dicemuh oleh ahli parti dan Kamilia dilihat petualang kepada UMNO/BN.

Maaf Dato Kamilia. Saya hanya mengambil kes Dato sebagai satu contoh. Ramai lagi parasit UMNO yang berpewatakan seperti Kamilia yang tidak mampu saya sebut di dalam artikel hari ini.

Persoalanya, mampukah Najib Razak sebagai pengemudi pasukan yang saya akui hebat ini mengatasi masalah parasit yang masih hidup dalam UMNO/BN? Kalau tidak, saya amat yakin yang PRU14 sejarah pasti akan berulang.

Saya hanya ahli UMNO biasa yang tidak ada apa-apa jawatan. Saya cukup berharap, kepada mereka yang berdaftar sebagai ahli UMNO, janganlah jadi ahli hanya kerana ingin mencari kepentingan peribadi sebaliknya berjuanglah untuk agama,bangsa dan negara.

Kalaupun kita tidak boleh menjadi ketua pasukan, cukuplah jika kita boleh menjadi penyokong pasukan yang setia walaupun pasukan kita rebah. Menjadi tukang bawa bendera UMNO setia lebih mulia berbanding menjadi ketua yang lalang.

Mereka sanggup mati demi UMNO.

Dalam pada kita cuba mengherdik petualang negara seperti Anwar Ibrahim, jangan pula kita lupa untuk mengusir parasit-parasit dalam UMNO yang boleh melemahkan pasukan kita suatu hari nanti.

Anwar Ibrahim dan koncunya musuh yang terang kepada UMNO/BN dan mampu untuk kita berlawan, tetapi musuh dalam selimut atau api dalam sekam inilah lebih bahaya berbanding Anwar Ibrahim.




3 comments:

Anonymous said...

Yer.. amat bersetuju.. UMNO perlu singkirkan manusia yang hipokrit dan mengejar projek dalam parti tersebut. Kita mahu roh UMNo waktu mula-mula wujud dikembalikan. UMNO perlu bangkit demi pertahankan bangsa melayu, bukanya jadi penyangak dan pengkhianat melayu seperti PAS dan PKR.

Anonymous said...

Kita mahu lihat. Apakah Najib Razak seorang yang berani mahupun manusia yang bacul. Kalau betul dia sayangkan rakyat dan negara, parasit dalam UMNO, BN, kerajaan, pembangkang perlu dihapuskan dengan kadar segera. Mereka ini bukanya membantu Najib untuk merealisasikan aspirasi negara Malaysia menjelang wawasan 2020, tetapi sebaliknya merekalah yang menjadi penghalang untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju..

Anonymous said...

It is alleged that every woman should have a Coach bag, And that all women secretly wants one. Given the convenience and timeless styling of the Coach Magazine Purse, It might be a very wise investment for you. It is an excellent blend of luxury and timeless elegance that every woman should have in their wardrobe,H ainda os servios que prometem entregar minha menssagem mas nem sempre chegam recepiente extremely. Alguns como o Mundo oi e o Oi Torpedo funcionam mwherethe fact that e para very outrsuch being operadorso? E os que prometem que enviam e zilch chega. Para onde se 'vrrle rrtre indo as as minhas menssagens? E para a bob, Vivo? Alguma Idia? Ou significa ter environnant les pagar,An all-inclusive selection is shown on our accessory page. Fabulous humidors is furthermore created out of antique boxes which many families have inherited as writing slopes or medal cases and which have since become redundant. This is a very costeffective way of storing your cigars in a unique and private humidor,[url=http://www.tvseriesbank.com]Dvd[/url] goodAnother special for this store right now is several Ellen Tracy soft luggage totes hiding in their great luggage agency. Be sure to check these white or black plaid totes out. They were in the beginning $120 dollars, Plus they are down to $20 now. While you have owned a nice, Highpowered camera in recent years, No doubt you have had the method to sell camera lenses as well. Maybe the camera came with a wideangle lens you ought to did not need to use. Because, This lovely camera happens to be broken or waterlogged during an accident, Coming out from the lens intact,And a throwing wedge all with graphite shaftsThere's lots of brands of bowling balls available at the bowling shop or any sports stores. Aside from the collegiate bowling balls, Moreover, there are the famous ebonite bowling balls and storm bowling balls. Every one of these balls has its own bowling ball bags.