About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, April 13, 2013

Terkini!! Video Pecah Stadium Pelancaran Jentera #BN Perak!! #GE13 #TolakPR.


Kehadiran kira-kira 10,000 orang jentera Barisan Nasional semalam memberi keyakinan yang cukup tinggi kepada Barisan Nasional negeri Perak untuk terus mengekalkan pemerintahan selepas PRU13 ini.


Dengan pelbagai isu yang melanda pihak pembangkang, sudah pasti rakyat semakin yakin bahawa Barisan Nasional adalah wadah utama untuk perjuangkan nasib negeri Perak seterusnya bagi negara Malaysia.


Aku cukup kagum dengan kehadiran golongan muda sewaktu pelancaran jentera Barisan Nasional Perak semalam. Gambaran cukup jelas sebenarnya anak muda masih lagi mahu bersama BN sekaligus menolak dakwaan pembangkang kononya anak muda memilih pembangkang pada PRU13 ini.


Sewaktu pelancaran jentera ini, mereka yang hadir telah membuat akujanji bahawa akan menyokong Barisan Nasional sepenuhnya dan menerima sepenuhnya siapapun calon yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan nanti.


Bagi ahli BN, kepentingan parti mesti diletakkan lebih tinggi berbanding kepentingan sendiri. Turut hadir dalam pelancaran jentera ini adalah Dato Tajol Rosli yang telah menafikan dakwaan Nizar Jamaluddin kononya beliau akan sertai PAS.


Majlis yang berakhir pada jam 11.00 malam dilihat meninggalkan kesan yang positif bila mendengar maklum balas dari mereka yang hadir. Barisan Nasional yakin PRU13 mereka akan menang dengan lebih selesa untuk membentuk kerjaan negeri.

No comments: