About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, April 5, 2013

Panas!! @nikabdulaziz Kini Bergelar Malaikat Jibril. #TolakPAS. #UndiBN #PRU13


Nik Aziz perwaris nabi. Nik Aziz maksum. Nik Aziz mungkin sudah setaraf dengan malaikat yang mencatat dosa serta pahala manusia.

Mungkin itu label yang diberikan kepada Nik Aziz oleh penyokong totok PAS. Bagi mereka Nik Aziz satu-satunya ulamak yang agung di muka bumi ini.

Pernah suatu ketika penyokong totok PAS melabel Mufti Perak Tan Sri Harussani sebagai anjing kerana beliau menyanggah fatwa songsang Nik Aziz.

Bagi penyokong totok PAS, tidak ada seseorang pun di muka bumi ini yang layak menegur Nik Aziz dalam soal ilmu agama.

Siapa sahaja yang cuba menyanggah kenyataan Nik Aziz, sudah pasti orang itu akan di cop sebagai anjing UMNO.

Hari ini kita boleh lihat kebangkitan rakyat Kelantan untuk menentang Nik Aziz. Mungkin bagi penyokong PAS totok, semua yang bangkit menentang Nik Aziz itu adalah anjing.


Semalam berlansungnya solat hajat perdana di Ketereh Kelantan yang mana kehadiran mencecah 5000 rakyat. Solat hajat ini dianjurkan oleh PENDITA yang mana kumpulan ini mula bangkit untuk menentang kemunafikan Nik Aziz.

Mungkin penyokong totok PAS terus merasakan yang hadir untuk solat hajat ini adalah anjing-anjing kerana tindakan mereka ini untuk menentang Nik Aziz.

Aku tidak kata yang Nik Aziz ini jahat, tetapi sifat jahat semakin menular dalam diri Nik Aziz. Kalau tidak mana mungkin Nik Aziz dengan sesuka hati boleh mengkafirkan orang lain.

Penulis juga pernah menyanjungi Nik Aziz suatu ketika. Bagi penulis, Nik Aziz adalah orang baik dan perlu dicontohi. Tapi semua ini dulu. Waktu itu penulis belum layak menjadi seorang pengundi.

Betul kata orang tua, kalau nak banyak pengalaman dan pengetahuan kenalah berkawan dengan banyak orang. Alhamdulillah..hari ini aku mempunyai ramai kawan baik dari kalangan orang PAS mahupun UMNO, baik dari kalangan orang Melayu mahupun Cina.


PRU12, aku cukup bangga bila PAS dapat mentadbir 2 buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Paling tidak 1 undi aku kepada PAS pada 2008 telah mengekalkan PAS sebagai pentadbir di negeri Kelantan.

Cukup hanya dengan melihat gambar poster dan billboard Nik Aziz berdoa sambil menangis mempengaruhi aku memberi undi kepada PAS pada 2008. Dalam hati bila dapat keputusan PRU12 "Alhamdulillah.. Islam mula bangkit".

Namun aku terus menilai pentadbiran Nik Aziz di Kelantan. Siapa tidak mahu melihat negeri tercinta membangun dengan baik. Undi yang aku bagi pada 2008 patut dibalas dengan perkara yang baik oleh pentadbir.

Undi yang aku bagi bukan untuk menyuruh pemimpin PAS memaki orang lain di atas pentas ceramah. 1 undi yang aku bagi pada PRU12 bukan bertujuan untuk pemimpin mengkafirkan orang UMNO. Tetapi undi itu untuk melihat kerajaan yang kononya Islam melaksanakan dasar dengan baik.


Mungkin benar orang kata nilai undi aku cuma 1 tidak memberi kesan kepada peralihan kuasa PAS di Kelantan. Tapi harus ingat, PAS pernah menang hanya kelebihan 2 undi pada 2004.

Aku kecewa bila undi (madu) diberikan pada PAS, mereka balas dengan racun. Lihat sahaja dengan laporan penyelewengan ladang rakyat di Kelantan. YB PAS ambil balak, rakyat makan sampah.

Mungkin aku tidak perlu kecewa, sebab aku hanya bagi 1 undi kepada PAS. Tapi PAS kena fikir bahawa ribuan rakyat memberi undi kepada mereka membolehkan mereka menjadi kerajaan. Rakyat ini perlu dibela bukanya ditabur dengan sumpah seranah maki hamun dipentas ceramah.


Kalaupun YB PAS nak isi poket dengan duit hasil balak dan menipu dengan janji manis ladang rakyat, silakan. Tapi sila jaga kebajikan rakyat juga. Isu air bersih di Kelantan, 22 tahun PAS memerintah kenapa belum selesai? Apakah dengan jumlah ceramah politik yang banyak rakyat boleh minum dengan air yang bersih?

Tahun ini aku masih sihat dan diberi peluang yang kedua untuk memilih kerajaan. Kalaupun aku mengundi BN, bukan sebab BN itu sempurna tetapi sebab tidak sanggup merosakkan amanah sebagai seorang pengundi dengan mengangkat kerajaan yang hanya reti bercakap tetapi gagal mentadbir.

Bagi aku, sudah sampai masa untuk hentikan politik samseng dan mulut celupar pemimpin PAS. Sebagai seorang pengundi, aku kena memanafaatkan peluang 5 tahun sekali ini dengan baik. Mungkin PRU12 aku telah silap kerana hanya tidak mengerti apa itu politik dan kerajaan. PRU13, aku dah ramai kawan dan pengalaman mengajar segalanya.


Aku yakin, janji PAS di atas akan terus kekal menjadi janji dan tidak akan bertukar menjadi realiti. Mana ada dalam dunia ini manusia berjanji selama 22 tahun tetapi tidak tertunai. Kalau ada pasti itu adalah manusia yang sangat munafik.

Kalaupun takdir PAS terus kekal memerintah Kelantan selepas PRU13, paling tidak aku dah tunaikan tanggungjawab untuk tidak memilih mereka. Tapi kalau takdir BN bertukar menjadi kerajaan Kelantan, sudah pasti akulah orang yang paling bersyukur.

Pesanan buat Nik Aziz, undi aku pada BN bukan beerti aku membenci kepimpinan ulamak, tetapi undi aku pada BN sebab aku benci ulamak politik yang suka mencerca manusia tapi tahi penuh dibontot sendiri.

Mungkin ini hanya sedikit faktor mengapa aku mula membenci PAS, insyallah aku akan terus menulis tentang kemunafikan PAS yang lebih banyak. Belum lagi berbicara soal pemimpin PAS yang suka main bini orang. Wasalam.






5 comments:

Anonymous said...

Insyallah. Selepas ini kita akan lihat perubahan negeri Kelantan di bawah pentadbiran UMNO/BN. Sekarang kita kena usaha dan tawakkal untuk menundukan kejahilan tersirat PAS.

Anonymous said...

TUKAR!! Gelombe!!! Meroh!!

Anonymous said...

Setuju dengan artikel ini. Ini kalilah kita tukar. Saya pengundi luar. Insyallah saya akan guna duit sendiri untuk balik undi pangkah BN Parlimen Machang. Saifudin x servis pun sebagai AP Machang.

TVPRUonline said...

PAS 22 tahun di Kelantan bohong rakyat. PAS hanya pergunakan Islam untuk menutup aib mereka. Rakyat yang cetek ilmu akan terus percaya dengan muslihat PAS. Yang bangkit hari ini kumpulan ulamak yang ilmunya setara dengan Nik Aziz.

Anonymous said...

SEMOGA ALLAH MERAHMATI BARISAN NASIONAL SERTA RAKYAT YANG MENYOKONG....AMIN,AMIN,AMIN...