About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, March 25, 2013

Panas!! Ustaz Kazim Elias Di Ancam Bunuh? #TolakPR

Seminggu yang lepas, aku berkesempatan untuk mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias atau dikenali dengan nama glamour UKE. Dalam ceramah beliau, banyak mengajak kepada perpaduan sesama ummat Islam dan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai ikutan ummat Islam.

Pada malam itu, kira-kira 2 ribu orang kampung Tanah Hitam Tambun hadir untuk mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh UKE. Mereka yang hadir aku lihat ada dikalangan orang PAS, UMNO dan PKR.

Aku bukan mahu bercerita tentang kehadiran pada malam tersebut. Cuma aku terkejut bila diakhir ceramah agama UKE, beliau berkata akan berhenti untuk berdakwah secara aktif. Tapi atas alasan apa?




Maka UKE menceritakan antara faktor kenapa beliau akan berhenti untuk berdakwah secara aktif. Pertama sekali, UKE berkata yang kesihatan beliau sekarang perlu diberi perhatian. Doktor ada menasihatkan beliau supaya banykkan berehat. Penyakit apa yang beliau alami? Tidak perlu aku bercerita di sini.

Kedua, UKE berkata beliau tidak mahu lagi orang lain menanggung dosa kerana menfitnah beliau macam-macam. Ada yang menfitnah UKE sebagai anjing UMNO dan sanggup buat gambar seperti di atas dan disebarkan dalam internet. Mungkin disebabkan ceramah agama UKE yang mengajak kepada perpaduan Islam, maka segelintir pembangkang melihat itu adalah agenda UMNO, padahal memang Islam menuntut kepada perpaduan ummat.




UKE pernah menulis dalam facebook beliau tentang fitnah dan kutukan yang dilemparkan oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati apabila UKE berdakwah atas pentas UMNO. Namun semua itu belum lagi menghalang beliau untuk terus berdakwah.

Sehinggalah ada satu sumber yang memberitahu aku, UKE sebenarnya sudah ke tahap diancam bunuh. Aku terkejut dengan maklumat ini. Apakah betul? Benarkah ada pihak yang tidak dikenali meletak cuka getah di hadapan sekolah al-Barakah UKE sebagai tanda ugutan?

Sekolah al-barakah yang ditubuhkan oleh UKE menempatkan hampir 1,000 anak yatim dan orang tua menuntut ilmu agama. UKE merupakan pengetua Pusat Pendidikan Al-barakah. Di pusat pendidikan tersebut, UKE telah melahirkan ramai hafiz al-Quran yang mana suatu ketika anak-anak ini merupakan anak yatim yang terbiar. Inisiatif UKE ini dilihat satu perkara yang sangat mulia.

Sambung dengan tajuk perbincangan utama. Kenapa perlu difitnah, dicaci serta mengugut seorang pendakwah Islam yang tidak memihak kepada kita? Jangan dek kerana pahaman yang berbeza, kerja murni seorang pendakwah agama Islam cuba kita sekat.

Aku mendoakan agar UKE terus kuat semangat untuk meneruskan dakwah agama Allah ini. Kalaupun benar UKE akan bersara dari berdakwah secara aktif, harap UKE tidak menolak jemputan ke rancangan radio yang disiarkan setiap petang.

Kepada macai pembangkang yang jeles sangat dengan UKE, harap u all bertaubatlah. Janganlah sekat dan ancam UKE yang cuba berdakwah agama Allah. Kalau kita tidak mampu nak berdakwah seperti UKE, paling tidak biarlah kita menyokong segala usaha baik beliau.






No comments: