About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, March 5, 2013

#OpsSulu #LahadDatu. Macai PR Perlu Belajar Sejarah Dunia!!


Ramai macai PR tidak tahu apa itu Konvensyen Geneva. Maka sebab itu macai PR sesenang hati menyelar tindakan kerajaan yang lambat bertindak mengerahkan anggota ATM supaya menyerang penceroboh di Lahad Datu. Baca sini apa itu konvensyen geneva.

Pertama sekali, macai PR perlu tahu, jika ATM bertindak sudah pasti akan meletuskan satu peperangan yang hebat antara penceroboh dengan anggota keselamatan negara. Ianya sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada orang awam.

Siapa orang awam yang penulis maksudkan? Sekitar kawasan pencerobohan di Kg. Tanduo, terdapat sekitar 30 keluarga yang tinggal di situ. Mereka ini adalah orang awam. Kita perlu rujuk Konvensyen Geneva yang menyebut "Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat dan kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur".

Menjadi kebimbangan kita, jika peperangan diletuskan orang awam secara tidak sengaja akan menjadi mangsa keadaan dalam peperangan ini kerana mereka berada di dalam kawasan kejadian. Maka bagi mengelakkan semua ini berlaku pihak keselamatan perlu berhati-hati dalam menjalankan misi mereka.

Macai PR sudah pasti akan cakap "Buat apa kita nak hormat Konvensyen Geneva. Kerana terlalu ikut konvensyen itu sudah ada anggota kita mati".

Ok. Look.. Kenapa pihak keselamatan negara ingin mengelak supaya kita tidak mencabuli konvensyen geneva atau konvensyen antarabangsa yang telah di tetapkan?


Kenapa penulis tiba-tiba letak peta di atas. Sejarah tidak pernah membohongi kita. Suatu ketika tanah bumi Palestin cukup besar. Namun hari ini, tanah yang besar itu sudah dimiliki oleh rejim Israel. Kenapa boleh terjadi demikian?

Untuk menjawab soalan di atas, anda boleh baca di sini. Campurtangan PBB, telah mengakibatkan Palestin kehilangan banyak tanah dan hari ini menjadi milik Yahudi Israel.

So what? Baik.. penulis sambung lagi... Jika pasukan keselamatan kita mencabuli Konvesyen Geneva, ianya bukan sahaja akan mencetuskan satu perang besar antara penceroboh dengan ATM sehingga mungkin boleh memberi kesan negatif kepada orang awam, bahkan ia boleh membuka ruang untuk berlaku campurtangan PBB dalam insiden di Lahad Datu.

Sudah pasti rakyat Malaysia tidak mahu tanah di bawah bayu menerima nasib seperti mana bumi Palestin sekarang.

Jika boleh, kita tidak mahu berperang.. tambahan pula penceroboh adalah orang Islam dan yang mempertahan Malaysia juga adalah Islam. Maka sebab itu dari awal, pemerintah Malaysia inginkan jalan perbincangan bagi menyelesaikan isu ini.

Kalau hari ini kita kita telah kehilangan beberapa anggota keselamatan, tidak mustahil jika perang diletuskan lagi ramai yang akan kehilangan nyawa. Namun macai PR tetap akan provok melalui blog dan juga facebook agar perang diletuskan di bumi Lahad Datu.

Sekarang ini, ramai yang bertanya...apakah benar pencerobohan itu satu perancangan oleh seorang ahli politik pembangkang yang bernama Anwar Ibrahim? Menjawab persoalan ini, anda boleh lihat gambar-gambar di sini.

Mungkin gambar ini belum menjelaskan secara terperinci agenda Anwar Ibrahim dalam mengeruhkan hubungan Filipina dan Malaysia. Mungkin gambar itu juga tidak menguatkan keyakinan anda bahawa Anwar adalah dalang kepada semua ini. Bagi menceritakan perkara itu, penulis akan sambung di artikel yang lain dalam masa yang terdekat.

Sekarang tugas kita semua... berdoalah pada Allah SWT agar insiden yang sedang berlaku ini akan selesai dengan selamat. 


1 comment:

Anonymous said...

Macai PR memang bodoh. Fikir x guna otak, guna emosi jer lebih. Dia igt perang ni semudah makan biskut.