About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, March 19, 2013

Gempar!! DAP Sogok Mat Sabu? PAS Terus Jadi Hamba!!

DAP gagal Bahasa Melayu.

DAP @ Parti Komunis Malaya!! Sudah-sudah ler kamu nak menipu Melayu. 1969 mungkin kamu masih ada ruang dan peluang untuk menipu Melayu sebab ketika itu Melayu masih lemah dalam pendidikan dan ekonomi.

Melayu tahun 2012 bukan lagi sama dengan Melayu 1969. Hari ini Melayu sudah celik dengan teknologi dan ilmu. Melayu sekarang sudah ramai yang jadi lawyer dan doktor. Kalau dulu pernah cina DAP yang menjadi doktor di Pulau Pinang memotong kaki askar Melayu tetapi hari ini sudah ada doktor Melayu yang merawat pesakit Melayu.

Kalaupun Tun M pernah kata Melayu mudah lupa, tetapi DAP jangan ingat semua Melayu pelupa. Melayu masih ingat permainan jahat DAP sewaktu 1969. DAP lah punca Melayu dan Cina mati waktu insiden 13 Mei 1969.

Mereka cuba tipu Melayu.

Pakai kopiah bukan beerti Lim Guan Eng boleh pengaruhi orang Melayu dalam PRU13. Nik Aziz yang beserban pun di tolak oleh 5,000 orang pengundi di DUN beliau pada PRU12, inikan Lim Guan Eng Kristian.

Hari ini di Pulau Pinang, Melayu bagaikan hilang punca apabila pemerintahan negeri di bawah DAP. Apa yang paling tidak masuk akal di Pulau Pinang, apabila kerajaan negeri membina rumah mampu milik bernilai RM400,000.00.

Aku tidak kata yang Melayu miskin dan tidak mampu miliki rumah bernilai RM400,000.00, tetapi berapa ramai sangat Melayu Pulau Pinang ada wang sejumlah itu untuk miliki sebuah rumah mampu milik?

Kenapa DAP begitu kejam cuba menghalau Melayu dari Pulau Pinang. Jika DAP sebuah kerjaan yang prihatin, kenapa perlu sebuah rumah mampu milik diletakkan harga yang sebegitu tinggi yang akhirnya hanya mampu dimiliki oleh tauke-tauke Cina.

Permainan DAP sangat licik untuk menindas orang Melayu. Meraka akan cuba usik beberapa perkara yang boleh menyebabkan Melayu bergaduh sesama Melayu. Antaranya kalimah suci Allah, Hak Keistimewaan Melayu,  dan Bahasa Melayu. 


Namun, peluang ini tidak akan hadir jika tidak ada yang menjadi talibarut dalam bangsa Melayu sendiri. Mana mungkin DAP tahu secara terperinci akan kelemahan orang Melayu jika bukan orang Melayu sendiri yang bocorkan segalanya.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) yang dibayar RM10,000.00 sebulan oleh DAP antara talibarut kepada orang Melayu? Kini Mat Sabu menjadi jambatan utama untuk menghubungkan PAS dan DAP. Kalau dulu PAS antara parti yang lantang menentang DAP, tetapi dengan adanya Mat Sabu, PAS kini seolah-olah akur dengan keputusan yang dibuat oleh DAP. Walaupun segelintir kumpulan ulamak tidak bersetuju PAS terus bergabung dengan DAP, namun pengaruh pemimpin PAS Anwarinas ini lebih hebat memainkan pernanan mereka untuk membawa hala tuju PAS. Maka sebab itu, PAS sudah tidak kisah dengan hudud dan negara Islam.

Kelemahan PAS semakin jelas akhir-akhir ini. Gagalnya PAS dilihat bermula apabila dasar negara Islam bertukar menjadi negara kebajikan sejak bergabung dengan DAP. PAS terus dilihat gagal apabila di dalam manifesto PRU13 pembangkang tidak tercatat perlaksaan hukum hudud. PAS juga menjadi parti yang lemah untuk pertahankan kalimah suci Allah supaya tidak digunakan di gereja Kristian. PAS terus dengan kegagalan mereka sehingga sekarang. Belum lagi dicerita tentang penyelewengan Tabung Memali dan banyak lagi.




2 comments:

Anonymous said...

PAS akan jadi parti orang Melayu yang paling bahlol di atas muka bumi.

Memang parti PAS diluluskan oleh British sebab untuk memecahkan orang Melayu di Malaysia.

Agenda British hampir berjaya.

Anonymous said...

Saya kali pertama nak mengundi tahun ni. Saya nak sokong biru kot. Hijau macam dah jadi kuda DAP.