About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, March 31, 2013

Fitnah..Mehnah..Rekayasa.. Makanan Ruji Macai Pembangkang.



Tidak kenal maka tidak cinta, dah kenal baru kita tahu hati budi pekerti seseorang insan yang bergelar Isteri Perdana Menteri Malaysia.

Semalam, di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia kira-kira 200 orang pemain media telah bersama dalam sesi Hi-Tea bersama Isteri PM Malaysia iaitu Datin Rosmah Mansor.

Inisiatif Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia yang dipimpin oleh Presiden Rafi Awang Kechik AKA blogger Sanggah Tok Janggut, facebooker dan blogger dapat bertemu mata dengan Datin Rosmah selama 4 jam.

Datin Rosmah adalah mangsa fitnah puak pembangkang dalam pelbagai isu seperti kes pembunuhan Al-Tantuya, Cincin, Queen Control dan sebagainya. Bagi mencari pencerahan dalam isu tersebut, pemain media ingin mendengar sendiri dari mulut Datin Rosmah Mansor.

Gagal mencari peluang dan ruang untuk menyerang Najib Razak, macai pembangkang berusaha menjatuhkan Najib dengan menyerang melalui Rosmah Mansor. Tetapi serangan fitnah yang dilemparkan oleh macai pembangkang menguatkan lagi semangat Rosmah Mansor untuk terus menjaga kebajikan masyarakat Malaysia.


Pembangkang cuba memainkan isu kononya Rosmah lebih berkuasa daripada Najib Razak. Maka pelbagai dakyah dan fitnah cuba disebarkan oleh macai pembangkang dalam usaha menjatuhkan Najib Razak. Namun semua itu bagaikan meludah ke langit dan terjatuh di muka sendiri.

Apa tidaknya... hari ini umum ketahui yang Wan Azizah (bini simpanan Anwar) bertungkus lumus mencari tempat di Selangor bagi membolehkan beliau bertanding dalam PRU13.

Jadi, siapa yang gilakan kuasa dan pangkat sebenarnya? Bini Anwar atau bini Najib? hehehe... 

Kita masih ingat fitnah Che Gu Bad terhadap Rosmah dalam isu kematian Al-Tantuya? Che Gu Bad kata, Rosmah bunuh Al-Tantuya pada waktu malam pada satu tarikh di bulan Ramadhan di atas sebuah bukit. Tetapi pada hakikatnya, pada malam tersebut Rosmah berada di Tabung Haji bersama dengan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa dan solat terawikh.

Jadi, kita boleh nilaikan sendiri betapa jahatnya insan bernama Che Gu Bad yang sanggup membuat fitnah yang cukup besar terhadap Rosmah Mansor. Jawablah kamu nanti di alam kubur dan barzakh wahai Che Gu Bad.


Semalam, kami cukup berpuas hati dengan ucapan dan luahan Rosmah. Biarpun beliau menjadi mangsa fitnah, mehnah, rekayasa pihak pembangkang, namun semangat beliau tidak akan luntur untuk terus berada di belakang suami tercinta.

Buat Dato Najib, tahniah aku ucapkan kerana beliau memilik seorang isteri yang sangat tabah. Jarang wanita yang sanggup berhadapan dengan fitnah jahat melampau seperti melibatkan kes bunuh dan sebagainya.

Biarlah orang menfitnah dan mencerca kita. Biarlah orang menghina dan mengherdik kita. Sebab, kita tikan akan miskin jika dicerca dan kita juga tidak akan kaya jika dipuji. Perjuangan perlu kita teruskan.



2 comments:

Anonymous said...

Tokguru86 ada juga ker semalam? hehehe.. x jumpa pun? hehehe.. Best sangat semalam.. kali pertama boleh bersalam dan ramah mesra dengan Datin Rosmah.. Ramah orangnya..

Anonymous said...

( Kes ini telah menyaksikan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar, 39, dan Azilah, 34, disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam pada 10 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 )


Ok lah soalan saya mudah ja,
1. Apa kena mengena 2 ekor kambing hitam ni?
2. Dimana kah letak nya kewibawaan angota keselamatan ini?(mungkin ini lah contoh macai yang setia)
3. Siapakah yang memberi arahan kepada macai 2 ekor ni?


Macai2 tolong jawab???