About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, February 7, 2013

Anwar Keluarkan Amaran!! Ianya Harus Di Ambli Serius.


Amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala “Arab Spring” di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata Anwar telah membuktikan dirinya sebagai ‘juara’ demonstrasi di masa lalu.
Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyertai kerajaan.
“Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan “Arab Spring” supaya cita-citanya menjadi kenyataan.
“Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri,” kata Dr Mahathir dalam entri terbaharu dalam blog beliau bertajuk ‘Janji Anwar’ di www.chedet.cc pada Rabu.
Entri terbaharu itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur “Arab Spring” di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.
Dr Mahathir berkata Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang sepertimana dilakukannya pada demonstrasi ‘Bersih’ bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Memberikan perspektif lebih jelas, Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.
“Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi.
“Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan raya,” katanya.
- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Payah manusia ni kalau dah gila meroyan. Negara hancur pun bukan dia nak endah asalakan dapat jadi PM.