About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, February 24, 2013

35 NGO Perak Terus Bersama #BN Perak. #HB1M




Kengganan pembangkang menandatangan Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International menggambarkan bahawa tindakan mereka tidak selaras dengan apa yang disuarakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sekiranya tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dilemparkan pembangkang selama ini benar, mereka sepatutnya menyahut cabaran seperti yang dilakukan oleh pemimpin BN.
“Kami pemimpin BN bersedia untuk tandatangan yang dipanggil perjanjian aku janji supaya kami akan ikut tatacara peraturan-peraturan dalam pilihan raya termasuk mengelak rasuah politik.
“Bila ditanya kepada mereka (pembangkang)… mereka kata tidak payah kerana tandatangan atau tidak tetap sama juga,” kata beliau ketika berucap di hadapan lebih 5,000 orang yang hadir pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Dewan Sri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, sebentar tadi.
Pada perhimpunan itu, sebanyak 35 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh Perak berkumpul sejak pagi lagi bagi menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan BN dan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak.
Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan rakyat untuk terus mengekalkan keamanan dan kestabilan yang dikecapi hasil pentadbiran kerajaan BN sejak menerajui negara sejak 50 tahun lalu.
Beliau turut menasihatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport gerakan ‘Arab Spring’ ke Malaysia yang mampu melumpuhkan keharmonian negara yang sedia ada.
“Atas nama reformasi, kerajaan zalim, kerajaan itu dan ini sebab dia (Anwar) cuba bawa Arab Spring untuk tukar kerajaan. Katanya, kalau di Arab boleh buat, mengapa di Malaysia tak boleh buat?
“Jika dia hendak buat (Arab Spring) tengoklah negara yang macam mana. Apakah negara kita negara diktator? Apakah negara kita tidak beri kebebasan kepada rakyat?” tegas Zambry lagi.
Sehubungan itu, beliau meminta kesemua NGO yang hadir untuk terus bekerjasama memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus kekal bersama-sama BN.

No comments: