About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, January 7, 2013

Video Part 1. Najib Ubah Sikap Ahli UMNO Tinggalan Anwar Ibrahim.


Budaya elaun, duit semuanya bermula di zaman Anwar menyertai UMNO. Budaya ini menjadi barah dalam UMNO. Tetapi percayalah, masih ramai yang berjuang dalam UMNO demi mendaulatkan bangsa, agama dan tanah air tanpa melihat upah dan duit.

Penyakit ini sudah pasti memeritkan Najib Razak dalam usaha melaksanakan PTP. Merubah UMNO sudah pasti tidak sama sekali, tetapi merawat penyakit wang, upah, elaun dikalangan ahli UMNO itu harus diselesaikan.

Anwar berjaya meninggalkan saki baki pengikut beliau dalam UMNO yang bermatlamatkan wang ringgit. Pengikut Anwar inilah yang memenatkan Najib Razak dalam usaha transform UMNO menjadi semakin baik.

Politik sogok wang bermula ketika Anwar melawan Tun Ghafar Baba sewaktu pemilihan Timbalan Presiden UMNO. Anwar sanggup berhabisan wang untuk membeli undi hingga berjaya mengalahkan Tun Ghafar Baba.

Bermula dari itulah budaya politik wang, elaun dan sebagainya menular dalam UMNO. Pencetusnya adalah Anwar Ibrahim. Hari ini, virus itu masih kekal wujud dalam UMNO. Berjayakah Najib merawat virus tersebut? Mudah-mudaha Allah memberi kekuatan pada Najib Razak.

BERUBAH SEBELUM REBAH



No comments: