About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, November 5, 2012

BN, PAS, PKR, DAP Semuanya Sama?


BN berusaha pertahankan Putrajaya, PAS, DAP, PKR yang kononya Pakatan kalut kempen Road To Putrajaya. Jadi semuanya sama. Kejar Putrajaya. Kalau semua nak kejar Putrajaya yang terang-terang hanyalah urusan dunia, siapa yang nak kejar Syurga?

Kalau dah nama pun parti politik ciptaan manusia, semuanya sama. Jadi PAS jangan nak berlagak kononya Islam menjadi agenda utama mereka. PAS juga kejar Putrajaya yang juga hiasan dunia. Perjuangan PAS semuanya retorik dan penuh dengan hipokrit.

Aku masih ingat dengan propaganda PAS sebelum ini. Kalau UMNO buat sticker Daulat Tuanku, PAS cepat-cepat buat Daulatkan Islam. Bila BN buat tagline Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, PAS dengan pantas buat Islam Didahulukan, Solat Diutamakan. Kononya merekalah Islam. Tapi Islam pada sticker. Hakikat sebenar? Balun bini orang dalam keretapi.

Tapi yang aku pelik, bila Anwar Ibrahim buat slogan Road To Putrajaya, PAS sambut pula dengan Hijau Ke Putrajaya. Kenapa PAS tidak pula buat Road To Islam, atau Road To Syurga atau apa-apa yang nampak Islamik? Owh.. Lupa.. PAS dah mansuhkan dasar negara Islam kepada negara kebajikan.

Aku yakin, PAS hanya akan jadi Islam bila nak lawan BN jer. Bila bersama DAP dan PKR, PAS akan bertukar wajah hingga ketepikan soal Islam. Bila Chua Soi Lek bicara soal Hudud, Islam PAS akan bersuara, tapi Bila Karpal Singh pertikai hudud.. PAS mula tidak jadi Islam.

Aku pun tidak pasti apa pendirian PAS yang sebenar. Apa matlamat PAS yang sebenar. PAS wujud untuk tegakkan agama Allah atau wujud untuk lawan BN dan jadi hamba DAP? 

Maka sebab itu aku tidak pelik kalaj YB Hassan Ali keluar dari PAS, Ustaz Nasha menjauhkan diri dari PAS, sebab mereka bukanya jauhkan diri dari agama Allah. Mereka hanya jauh dari parti ciptaan manusia.

No comments: