Apalah nasib si ibu Anwar Ibrahim melahirkan anak seumpama beliau. Apakah tidak cukup didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa Anwar? Itu aku tidak dapat komen. Apa yang nyata, Anwar sangat hebat bila berkata-kata.
Apakah penipuan Anwar Ibrahim selama ini tidak menyedarkan puak DAP dan PAS? Atau sebab gila kuasa DAP dan PAS sanggup pejam mata dengan penipuan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Inilah seni politik. Hari ini kita lawan, esok kita kawan, lusa kita lawan balik.
Waktu dalam UMNO Anwar speaker yang paling hebat menghentam PAS dan DAP hingga mengalahkan YAB Presiden ketika itu. Walaupun Tun M banyak diserang oleh puak pembangkang dengan pelbagai fitnah (maha firaun, kroni, diktator) Anwar jugalah menjadi benteng pertahankan Tun M.
Waktu Anwar dalam UMNO, bagi Anwar UMNO sahajalah parti yang betul dan benar. Kalau tidak ada UMNO/BN Malaysia tidak akan ke mana.
UMNO dijulanh setinggi-tingginya oleh Anwar waktu beliau bergelar TPM. Anwar sanggup mati untuk pertahankan UMNO waktu itu. Anwar sanggup berperang jika PAS dan DAP nak rampas Malaysia. Inilah Anwar waktu dalam UMNO.
Namun segalanya berubah bila Anwar dipecat dari UMnO kerana salahlaku beliau sendiri. Kini, apa yang diomongkan Anwar dulu menjadi sebaliknya. Anwar kata Tun M kronisme, UMNO penipu, UMNO jahil dan sebagainya. Hanya PKR parti yang relevan pada masa kini untuk Malaysia.
DAP adalah parti yang sangat penting untuk orang Cina. Hanya PAS Parti yang perjuangkan Islam. Kenapa semua ini boleh bertukar sekelip mata di bibir Anwar? Jawapanya sebab Anwar gilakan kuasa.
Dulu Anwar sanjung UMNO/BN sebab dia nak rampas kuasa dari Tun M. Anwar sebolehnya nak bodek Tun M supaya bagi jalan pada beliau merasa jadi PM maka sebab itu UMno di julang oleh Anwar.
Hari ini, sebab nak jadi PM jugalah Anwar julang PAS dan DAP. UMNO dihentam Anwar sehebat mungkin. Bagi Anwar, Pakatan sahajalah yang mampu pelihara negara walaupun dulu Anwarlah mengemukakan semua dalil yang PAS dan DAP tidak layak perintah negara. Mana dalil-dalil itu Anwar buang?
Kesimpulanya, aku yakin apa yang Anwar perjuangkan hanya milik beliau untuk jadi PM. Anwar bukan perjuang hak rakyat. Asalkan Anwar jadi PM, itu sudah cukup memuaskan hati beliau. Dendam Anwar terhadap UMNO tidak akan padam. Anwar hanya layak digelarkan sebagai PM iaitu Pembohong Malaysia.
No comments:
Post a Comment