About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, May 20, 2012

Pakatan Rakyat Perak Bakal DI Serang Oleh Perak Cyber Trooper.

Kaunter pendaftaran sesak bermula 7.30 pagi

19/05/2012, Ipoh Perak. Satu Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia telah berjaya dijalankan yang mana bertujuan untuk mengumpul para pejuang maya Perak yang selama ini hanya berselindung disebalik laman blog atau facebook. Konvensyen yang dianjurkan oleh Sekretariat Konvensyen Media Sosial Malaysia ini berjaya menghimpunkan sekitar 1,200 orang pejuang maya samada blogger, facebooker dan sebagainya. Program yang berlansung di Ipoh ini telah di isi dengan pelbagai sesi yang menarik seperti forum media sosial yang bertajuk "Menangani Isu dan Mengatasi Persepsi" di mana 2 ahli panel yang dijemput khas telah berkongsi ilmu dan pendapat. Antara ahli panel yang hadir adalah YM Datuk Raja Arif Raja Ali dan Ustaz Fathul Bari iaitu ilmuan muda. Kemudian ianya disusuli dengan sesi bicara isu yang mana wakil blogger, facebooker, mahasiswa dijemput untuk membicarakan isu dalam konteks masing-masing.
 
Ketibaan YAB MB Perak

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak seawal jam 9.15 pagi. Beliau juga turut melancarkan satu kumpulan perang media perak yang bergelar Perak Cyber Trooper. Menurut pengasan PCT, kumpulan ini diwujudkan bertujuan untuk menangkis segala fitnah yang dilemparkan oleh media pembangkang terhadap kerajaan terutama kerajaan negeri. Kumpulan yang bergelar PCT ini disertai oleh ramai blogger dan juga facebooker yang tidak pernah berputus asa dalam perjuangan alam maya.

Pejuang maya menanti ketibaan MB Perak

Ucapan perasmian oleh MB

Khusyuk mendengar ucapan MB

Turut hadir dalam program ini adalah penggemar media sosial dari luar negeri Perak seperti pemilik blog PapaGomo, PasBeruk, AAKJ, dan banyak lagi. Kehadiran mereka ini sedikit sebanyak telah berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang mereka berjuang melalui laman maya.
 
MB menyarung t-shirt rasmi PCT ke atas presiden

Penyampaian cenderahati pokok 1Malaysia kepada MB

Antara VVIP yang hadir

Wajah-wajah pejuang maya

Perak Cyber Trooper dilancarkan oleh MB

Konvensyen Media Sosial ini telah berakhir pada jam 1.30 tengahari. Konvensyen seperti ini mendapat sambutan yang positif dikalangan para tetamu yang hadir. Tahniah buat PCT yang bakal menjadi pejuang dalam maya bagi mempastikan negeri Perak akan terus diperintah oleh kerajaan yang bertanggungjawab.


-Pakatan Pembangkang Pasti Gentar Dengan Kelahiran Perak Cyber Trooper-

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah Perak.

Anonymous said...

Tahniah PCT. Tidak sia2 saya dtg semalam, Sangat menarik. Mood nak berblog pun mula datang. Ada sesiapa boleh ajar?

Anonymous said...

KECEWA TAK DPT HADIAH CABUTAN BERTUAH.

Anonymous said...

Tahniah juga utk cgu lin n the geng..