Sudah pasti seluruh rakyat Kelantan akan bangga dengan kemenangan TRW dalam saingan akhir piala FA semalam. TRW mencipta sejarah baru setelah 29 tahun gagal menjuarai piala FA. Kemenangan 1-0 ke atas Sime Darby semalam menjadikan ianya titik tolak kebangkitan sukan bole bagi negeri Kelantan. Tahniah buat Kelantan. Tetapi gua tidak mahu ulas perkara ini dari sudut dunia sukan sebab gua bukan mahir dalam arena bola padang, tetapi gua suka untuk melihat dari pandangan politik negeri Kelantan. Gambar di bawah ini menarik perhatian gua untuk menulis artikel ini.
Bendera PASik Dalam Ribuan Penyokong TRW |
Setiap kali perlawanan yang melibatkan TRW diperingkat akhir atau separuh akhir, mustahil jika tidak ada bendera PASik akan dikibarkan. Sepanjang gua mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia, hanya Kelantan sahajalah yang kerap kali membawa masuk bendera kepartian ke dalam stadium iaitu PASik. Payah gua nak lihat bendera UMNO. Kenapa ini sering kali terjadi? Apakah ini juga termasuk dalam operasi khas PASik menjelang PRU13? Hanya Allah yang maha mengetahui. Dunia bola sepak bagi gua sikit sebanyak akan mempengaruhi pola pengundi pada PRU13. Apakah hasil usaha orang kuat UMNO Tan Sri Anuar Musa ini berbaloi untuk melihat Kelantan di miliki oleh BN pada PRU13? Hanya tunggu dan lihat.
Kecerian Diwajah Tan Sri Anuar Musa |
Bukan mudah untuk Anuar Musa untuk bangunkan bola sepak Kelantan. Usaha yang gigih serta kebijaksanaan yang ada dalam diri beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah pengurus yang baik untuk membawa perubahan dalam dunia bola sepak Kelantan. Gua amat yakin. kehadiran 80 ribu orang dalam stadium Bukit Jalil semalam pasti akan menghormati Tan Sri Anuar Musa yang selama ini bertungkus lumus membimbing TRW hingga ke tahap hari ini. Bukan mudah untuk membawa sebuah pasukan bola sepak yang kerajaanya diperintah oleh pembangkang iaitu PASik. Anuar Musa harus mencari jalan sendiri untuk mendapatkan dana secukupnya bagi mengurus pasukan TRW. Apa pernanan kerajaan PASik untuk TRW? Sudah pasti Nik Aziz akan claim jika TRW menjadi juara iaitu hanya cukup sekadar mengumum cuti peristiwa. Mudah dan ringkas peranan Nik Aziz. Yang lelah adalah Anuar Musa yang sukar untuk mendapatkan peruntukkan dari kerajaan PASik.
PAS akan cari jalan yang terbaik untuk claim bahawa kejayaan TRW semalam adalah hasil usaha kerajaan PASik memerintah Kelantan. Ribuan peminat TRW ini harus dipancing oleh PAS bagi memastikan Kelantan akan terus kekal menjadi milik PAS. PAS akan berusaha untuk menutup mata penyokong TRW supaya tidak melihat bahawa kebangkitan TRW adalah usaha Anuar Musa kerana ini sikit sebanyak akan memberi kesan positif kepada UMNO. Bagaimana caranya PAS akan buat? Tunggu dan lihat. Mungkin ada imbuhan akan diberikan oleh PAS kepada pemain TRW. Inilah jadinya bila TRW gagah. Apa akan terjadi jika tiba-tiba TRW jatuh merudum? Apakah PAS akan claim ini juga sebab mereka? Jauh sekali akan berlaku demikian. Mungkin ayat yang barangkali keluar dari pemimpin PAS "Tengoklah Anuar Musa jaga bola Kelantan...Sepak bola pun macam pondan..ini mesti kes gaji tidak bayar.." dan sebagainya. Inilah hukum karma. Semua manusia lebih suka untuk mengintai peluang yang mudah tanpa usaha yang berlebihan.
Apapun gua cukup puji usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Anuar Musa selama ini dalam membangunkan bola sepak negeri Kelantan. Anak Kelantan pasti akan bangga dengan pengurus yang bijak dalam mengangkat dunia bola sepak Kelantan.
Piala FA Bukan Milik PAS Tetapi Milik Anak Kelantan |
-Acu Try Husam Muso Jadi Pengurus TRW-
1 comment:
Klu Husam jd pengurus, mmg jahanam la klate abe wei.............
TSAM bergerak sendiri dlm mendapat penaja utk memajukan bola kelantan. Harus diingat, Klatan maju selepas TSAM memegang tampuk pengurusan KAFA. Sebelum ini, klantan bukan tdk memiliki pemain berbakat, tetapi mereka berhijrah utk bermain dgn pasukan2 yg mampu menjaga kebajikan mereka. sebagai cnth, Piya, Ropi. mereka sebelum ini bermain utk Johor FC. Namun TSAM berjaya meyakinkan mereka yg dia mampu menjaga kebajikan pemain. ini adalah HAKIKAT. Kerajaan PAS hya menumpang tuah hasil usaha TSAM shj...
Maaf.....
Post a Comment