About Me
Sunday, April 15, 2012
JANGAN BACA!! INI BAHAYA UNTUK JUAK PAS!!
Masihkan kita ingat dengan nama Ibrahim Libya? Masihkan kita ingat dengan khabar angin kubur Allahyarham Ibrahim Libya setiap pagi mengeluarkan bau yang cukup wangi? Ketika itu hampir semua percaya bahawa bau yang datang dari kubur arwah kerana arwah merupakan ahli syurga kerna berjihad di jalan Allah. Ketika itu gua baru berumur 6 tahun hinggakan gua juga hampir percaya. Tetapi akhirnya, seorang individu yang ditugaskan menjaga kubur arwah tampil memberi kenyataan bahawa setiap pagi beliaulah yang menyiram air mawar ke atas tanah kubur arwah. Individu tersebut pun sekarang telahpun kembali ke rahmatullah. (ayuh kita sedekahkan alfatihah). Ketika itu ramai yang sedar bahawa selama ini mereka ditipu kononya bau wangi tersebut benar-benar keluar dari kubur arwah Ibrahim Libya. Siapa Ibrahim Libya?
Arwah Ibrahim Libya telah terbunuh sewaktu berperang dengan anggota keselamatan negara. Arwah adalah pengikut tegar kepada Parti Islam Semalaysia. Saat itu, Arwah sanggup mati dan mereka amat percaya jika mati kerana pertahankan PAS dan berperang dengan anggota keselamatan negara mereka akan mati SYAHID. Kenapa Arwah percaya? Hal ini kerana hanya PAS sahaja parti yang memperjuangkan negara Islam. Kematian Arwah dipercayai hampir seluruh rakyat Malaysia bahawa ianya mati syahid. Ibrahim Libya mati syahid kerana mempejuangkan PAS yang ingin menegakkan Negara Islam yang dilaungkan oleh PAS. Mereka ditanam tanpa dimandikan serta dikafankan kerana dipercayai matinya arwah sebagai mati syahid.
Hari ini, di mana perjuangan negara Islam PAS? Kenapa ianya perlu ditukarkan kepada negara kebajikan? Bagaimana dengan nasib arwah Ibrahim Libya? Adakah benar beliau seorang yang mati syahid kerana ingin tegakkan PAS negara Islam? Perkara inilah yang harus Nik Aziz dan Haji Hadi perjelaskan. Ataupun kubur Arwah Ibrahim Libya perlu di gali balik dan mayat beliau harus di semadikan dengan cara Islam iaitu mandi wajib dan kafankan dengan baik. PAS harus bertanggungjawab tentang hal ini. Apa pandangan anda wahai pembaca? Gua tidak arif tentang hukum hakam ini. Mohon penjelasan UlarMak PAS. He he he. Wasalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Yer. Betul TG86. Sia-sia sahaja ahli PAS bermatian selama ini yang duk perjuang negara Islam. Kepimpinan kenyang perut duk diatas. Yang melalak memaki bergaduh dengan sedara mara sebab fahaman politik berbeda adalah ahli biasa. Mereka ini jadi mangsa penipuan perjuangan PAS. pAS memang parti yang menyesatkan umum!!
Jika PAS benar2 perjuangkan Islam, mana mungkin sanggup bersekongkol dengan DAP yang anti akan agama Islam. Apakah PAS masih buta dengan kes mengkristiankan muslim oleh DAP?
ULARMAK PAS PASTI BISU JIKA TIDAK MENGUNTUNGKAN PARTI MEREKA. PAS SIALLLL
Post a Comment