Benarkah Jabatan Latihan Khidmat Negara dalam cubaan untuk mensabotaj kerajaan negeri Terengganu? Mungkin ini satu fitnah yang sedang disebarkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab cuba menuduh tanpa usul periksa.
Begini ceritanya.. Awal jam 9.00 pagi tadi, sekitar 100 orang pihak pembangkang berkumpul di hadapan Wisma Darul Iman berhubung apa gua pun tidak pasti. Gambar ini telah di email oleh kenalan gua yang pada masa itu kebetulan beliau berada di sana atas urusan kerja. Gua malas nak ulas pasal demo tersebut, cuma ingin menyampaikan sedikit ketidakpuashatian segelintir pihak. Hal ini berkaitan dengan JLKN atau Jabatan Latihan Khidmat Negara. Cuba perhatikan gambar di bawah yang telah gua terima dari kenalan.
Bas PLKN |
Kenapa gambar tersebut kenalan gua hantar? Apakah kaitanya bas tersebut dengan demo yang berlaku pagi tadi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah didapati bas tersebut telah menghantar pendemo-pendemo tersebut ke Wisma Darul Iman pagi tadi. Apakah ini bermaksud JLKN turut bekerjasama dengan demo tersebut? Apapun gua yakin yang bas tersebut adalah milik individu ataupun mana-mana syarikat persendirian. Mungkin mereka ini sekadar mengambil peluang untuk mencari sumber kewangan ekoran dari demo yang dijalankan. Bisnesss maaaa.. Mesti mau cari untung..
Bas PLKN Hantar Peserta Demo Di Terengganu |
Bagi gua, ini adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya di ambil oleh pengusaha bas tersebut. Walaupun ini adalah cara untuk mereka mencari duit, tetapi adakah dengan menghantar juak pembangkang yang terang-terang menghentam kerajaan yang selama ini membantu pengusaha bas tersebut melalui penyediaan pengangkutan pada PLKN. Hal ini seolah gambaran yang JLKN juga terlibat dalam demo tersebut. Gua malas nak sebarkan nombor pendaftaran bas tersebut kerana bimbang jika pihak atasan JLKN mengambil tindakan ke atasnya. Apapun ini mungkin sebagai peringatan kepada pengusaha bas tersebut jangan suka cangkut jer tawaran yang diberikan. Pihak JLKN juga mungkin perlu pantau pengusaha bas yang selama ini banyak mencari makan melalui PLKN.
4 comments:
Mau cari makan maaa... Hentam saje lah.. Bershit 3.0 nanti ntah-ntah lagi byk bas ni dapat projek. Baik JLKN pantau..
Demo natang ape plop ni? gile nguhh la awok taik ni. Doh x dop kijer laing? Nuar babi la ni hasut..
Sekat permit atau kontrak pemilik bas ni
Hoi Tokguru. Kau ni pehal? Orang nak cari makan pun ko nak kacau ker? biar la dia nak bawak siapa pun. Ada kacau periuk nasi ko? Dasar tokguru sial...
Post a Comment