About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, February 9, 2012

KEJAM!!! Skandal Curi Pasir Kerajaan Selangor Punca Beliau Di Bunuh?

Klik pada imej.

Kerana ingin mendedahkan skandal pasir di Selangor ahli perniagaan Datuk Patrick Wong mungkin dibunuh.

Itu dakwaan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dalam entrinya yang terbaru.

Dakwaan itu dilapor dalam portal Malaysia Today.

Raja Petra mendakwa, Datuk Patrick dan isterinya, melawat beliau di United Kingdom pada Oktober 2009.

Datuk Patrick katanya, mahu mendedahkan skandal curi pasir di Selangor.

Raja Petra, yang ketika itu berada di Manchester bagaimanapun, berkata, beliau memerlukan bukti, sebelum kes itu boleh didedahkan Malaysia Today.

Datuk Patrick kemudiannya bersetuju menjadi pemberi maklumat, dan meminta agar Raja Petra memberinya sebulan untuk mengumpulkan bukti.

Bagaimanapun, beberapa minggu selepas itu, Datuk Patrick meninggal dunia.

Raja Petra dan keluarganya percaya mendiang dibunuh pembunuh upahan.

Laporan bedah siasat doktor bercanggah dengan hasil siasatan polis.

Beliau percaya Datuk Patrick mungkin dicekik dan dihumban dari balkoni.

Dan mempersoalkan dakwaan polis yang datuk patrick secara tidak sengaja jatuh dari balkoni.

Raja Petra mendakwa beliau mahu mendapatkan keadilan bagi Datuk Patrick.

Dalam siri seterusnys beliau akan mendedahkan beberapa skandal yang melanda negeri Selangor.

Raja Petra bagaimanapun, diberi amaran tidak mendedahkan sindiket berkenaan, kerana didalangi mereka yang amat berkuasa.

Malah, pihak berkuasa tempatan juga gentar kerana mereka ada hubungan yang rapat dengan kerajaan Selangor.

No comments: