About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, January 7, 2012

TAHNIAH N.9. SEDIKIT ULASAN TENTANG THE RED WARRIOR!!

Malam ini mungkin satu mimpi ngeri buat pemain, penyokong, pengurus atau siapa sahaja yang meminati pasukan The Red Warrior apabila piala sumbangsih telah menjadi milik pasukan Negeri Sembilan. Walaupun Kelantan terlebih dahulu menggegarkan gawang lawan, namun keserokkan itu tidak kekal lama apabila pemain import Negeri Sembilan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan sebentar tadi.



Gua mengucapkan tahniah buat seluruh penyokong serta pemain Negeri Sembilan apabila piala sumbangsih menjadi milik mereka untuk kali ini. Terbukti The Red Warrior masih gagal untuk menghalang kemaraan Hoben Jang Hoben terutama Pemain Import berkulit hitam milik mereka yang telah banyak membantu pasukan Negeri Sembilan membuka tirai bola sepak Malaysia dengan kegembiraan.


Namun begitu, buat anak Kelantan, anda jangan kecewa. Gua yakin ianya masih awal untuk TRW mengaku kalah. Kalah dalam mengekalkan piala sumbangsih belum tentu ianya kayu ukur untuk TRW tidak bangkit dalam saingan liga nanti. Nampaknya kehadiran 2 orang pemain import TRW malam ini masih tidak mampu untuk membantu jentera serangan pasukan tersebut. Mereka dilihat tidak berdaya dalam mengintai serta mencipta peluang untuk menggegarkan gol pasukan lawan. Ada juga beberapa penyokong berkata-kata, TRW lebih hebat tanpa kehadiran pemain import. Betul ker? Itu gua tidak mahu komen lanjut. Mungkin kedua-dua pemain import tersebut masih lagi belum serasi dengan corak permainan di Malaysia. Apapun mungkin mereka sudah cuba yang terbaik pada perlawanan sebentar tadi.


Buat Tan Sri Annuar Musa, anda tidak perlu kecewa akan tetapi perlu meneruskan usaha yang anda perjuangkan selama ini. Gua melihat kesungguhan beliau dalam mengangkat dunia bola sepak Kelantan amatlah terbaik jika dibandingkan dengan pasukan lain. Kebijaksanaan beliau dalam mengurus tadbir KAFA mampu menjadikan pasukan TRW digeruni oleh setiap pasukan lawan. Perlawanan malam ini mungkin boleh dianggap sebagai pengajaran agar selepas ini taktikal yang lebih baik perlu disusun bagi memantapkan jentera serangan, tengah serta pertahanan TRW.


p/s: Boleh ker gua jadi penyampai sukan? hehehe. TRW tetap di hati.

No comments: