About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, January 11, 2012

PERLU TAHU!!! AIR MATA MUNAJAT HASSAN ALI

Sebelum gua mengulas lanjut, adalah lebih baik kita meneliti kenyataan Nik Aziz Nik Mat sejurus pemecatan Hassan Ali daripada Parti Islam Semalaysia " Laki bini lagi bercerai, tiada parti atas muka dunia yang tidak memecat ahlinya yang tidak senonoh". Nik Aziz berpendapat dan berkata tanpa asas yang tepat. Pemecatan Hassan Ali dikatakan atas sebab beliau tidak senonoh didalam parti. Apakah usaha Hassan Ali dalam memperjuangkan akidah ummat Islam sesuatu yang tidak senonoh bagi Nik Aziz. Apakah tidak senonoh bagi Nik Aziz jika Hassan Ali ingin mempertahankan agama Allah. Sebelum membaca entri gua selanjutnya, sila kita tonton video di bawah. Sesama kita hayatinya sebagai seorang muslim yang masih percaya bahawa Allah sentiasa dipihak yang benar. Silakan....



Apakah hati kita masih keras seperti gunung batu setelah menonton video tersebut. Apa mungkin hati kita masih buta terhadap perjuangan akidah, syariat serta akhlak oleh Hassan Ali selama ini. 15 tahun Hassan Ali di dalam PAS untuk menegakkan keadila n agama Allah tetapi akhirnya dibalas dengan tuba oleh kepimpinan PAS. Pemecatan Hassan Ali difahamkan kelantangan beliau mengkritik masalah moral yang dihadapi Anwar Ibrahim iaitu meliwat Saiful suka sama suka. Hassan Ali juga dipecat kerana kepimpinan PAS bukan lagi berpegang teguh kepada prinsip perjuangan asal, tetapi sebaliknya mudah mengikut telunjuk PKR dan DAP. Kerakusan PAS untuk mengejar kuasa politik akhirnya Hassan Ali yang memperjuangkan agama Allah menjadi mangsa kepada keadaan. Hinanya PAS bagi gua apabila sanggup mengejar kuasa politik melebihi perjuangan Agama Allah. Usaha Hassan Ali selama ini menghalang gerakan kristian berdakwah kepada orang Islam di Selangor dipandang sepi oleh kepimpinan PAS. PAS sudah lari dari perjuangan asal, PAS tidak lagi ingin menegakkan agama Allah, PAS bukan lagi membela akidah anak-anak Islam tetapi PAS lebih suka memperjuangkan seorang PELIWAT SEPERTI ANWAR IBRAHIM.



Apa tujuan liputan ini?

Hari ini perjuangan PAS dilihat menyimpang jauh dari perjuangan di mana PAS mula ditubuhkan. Jika dahulu individu yang memperjuangkan akidah, syariat serta akhlak Islam ditarik menyertai PAS tetapi sekarang individu seperti itu dina sihatkan agar meninggalkan PAS. PAS sudah diibaratkan seperti sebuah kapal layar yang hanya bergerak mengikut tiupan angin Anwar dan DAP. Nakhoda PAS hanyalah boneka semata-mata yang tidak ada kemampuan membuat keputusan, bahkan keputusan membuang Hassan Ali itu sendiri ditentukan oleh Azmin Ali PKR. Mana jihad PAS yang dilaungkan selama ini? Mana hilanganya negara Islam PAS selama ini? Semakin hari semakin ianya terkubur. Gua suka dengan perjuangan PAS sekarang dimana paling tidak ianya membuka mata seluruh rakyat Malaysia bahawa PAS hanyalah sebuah parti bukan agama Allah. Undi PAS belum tentu menjaminkan kita syurga. Sokong PAS bukan beerti kita memikul amanah mulia sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Menjadi ahli PAS bukan bermakna kita adalah dikalangan malaikat.


p/s: Allah bersama orang yang benar. PAS sesat!!

No comments: