About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, April 22, 2012

Eksklusif Artikel: Kenapa Melayu Islam Perlu Bersatu?


Benarkah apa yang hangat diperbincangkan oleh beberapa polikus di Malaysia bahawa MCA tidak lagi membantu BN menjelang PRU13? Adakah kata-kata Soi Lek bahawa MCA tidak akan menuntut kerusi jemaah menteri jika MCA tidak lagi memberi kerusi kemenangan pada PRU13 yang akan datang? Ramai politikus di Malaysia memberi respon bahawa statement Soi Lek itu adalah hint kepada komuniti Cina, untuk PRU akan datang jangan memberi undi kepada MCA tetapi undilah DAP sebab hanya DAP parti yang boleh perjuangkan bangsa Cina.

Namun begitu dimana hujahnya untuk kita katakan MCA tidak lagi akan bantu BN untuk meraih undi Cina? Tokguru86 berminat untuk melihat kembali keputusan PRU12 yang lepas. Sewaktu itu TSUNAMI POLITIK berlaku dan BN terpaksa menanggung kekalahan 5 buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan. Jom kita tengok satu persatu.

Jika di Perlis, UMNO bertanding 13 kerusi DUN dan menang 12 kerusi. Manakala MCA bertanding 2 kerusi menang semuanya. Bermakna di Perlis MCA masih membantu kemenangan di Perlis. Tetapi jika MCA kalah sekalipun, BN tetap memerintah dengan majoriti. Adakah disebabkan MELAYU bersatu di Perlis Cina terpaksa berlakon dengan memberi undi kepada MCA?

Apa berlaku di Kedah? Di Kedah Melayu berpecah kepada PAS dan UMNO. Akibat perpecahan ini Cina mungkin melihat tidak ada guna kita bantu BN. Maka sebab itu daripada 4 kerusi DUN MCA bertanding hanya 1 kerusi sahaja memberi kemenangan dan bantu BN Kedah.

Jom kita pergi ke kawasan majoriti Cina iaitu Pulau Pinang. UMNO bertanding 15 dan menang 14 kerusi DUN. MCA bertanding 10 DUN, tidak ada satu pun MCA menang di Pulau Pinang ketika itu? ke mana undi orang Cina? DAP bertnding 19 kerusi DUN dan menang semuanya. Inilah hebatnya cina bermain politik. Bila negeri itu majoriti Cina, DAP akan menjadi tunjang kepada bangsa mereka. MCA habuk pun x dak.

Lepas Pulau Pinang, kita turun ke Perak. Di sini juga perpecahan Melayu cukup hebat. UMNO bertanding 34 kerusi dan hanya menang 27 kerusi. Melayu PAS menang 6 kerusi daripada 21 yang bertanding. Adakah MCA bantu BN Perak? MCA bertanding 16 kerusi DUN di Perak tetapi tidak ada yang memberi kemenangan. Ke mana undi Cina? DAP bertanding 18 kerusi DUN dan menang semuanya. Hahahaha.. Melayu sekali lagi bodoh. Cina tetap bersatu dalam survival politik.

Tidak cukup di Perak, Cina terus bersatu di Selangor di bawah payung DAP apabila menang 13 kerusi daripada 15 kerusi yang bertanding. MCA? hehehe. Menang 2 kerusi daripada 14 yang bertanding. Melayu terus berpecah.

Negeri 9 pun Cina terus bersatu. Di sana DAP menang 10 kerusi DUN daripada 11 yang bertanding. MCA sekali lagi kalah teruk apabila hanya menang 2 kerusi DUN daripada 11 yang bertanding. Melayu juga terus berpecah apabila UMNO menang 18 dan PAS menang 1 kerusi.

Gambaran jelas bahawa Cina tidak akan memberi undi kepada MCA jika negeri itu majoritinya bangsa mereka. Dan Melayu terus berpecah walaupun kawasan tersebut adalah majoriti bangsa Melayu. Hebat mainan politik MCA dan DAP.

Sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlansung nanti, diharapkan UMNO terus mendapat suntikan semangat dalam memperjuangkan nasib anak bangsa. Biarpun MCA yang dahulunya pernah bersekutu dengan kita dan pernah membantu kita dalam PRU... Tetapi cina tetap cina. Janganlah UMNO terlalu yakin dengan MCA untuk PRU nanti. PRU yang lepas pun UMNO juga yang terpaksa berperang dengan anjing dalam kawasan rumah cina untuk berkempen dan pancing undi orang cina. MCA buat apa? MCA pernah ker edar Handbill kepada pengundi? Sama-sama kita fikirkan.

p/s: Melayu perlu bersatu demi survival bangsa. HIDUP UMNO!!!!!

No comments: