Salam edulfitri buat ummat Islam di Malaysia. Syawal akan meninggalkan kita 4 hari sahaja lagi. Benarkah Syawal yang dilalui ini diisi dengan perkara yang benar oleh ummat Islam di Malaysia? Bulan Syawal adalah bulan yang terbaik untuk kita bermaafan sesama Islam terutamanya. Namun adakah perkara demikian berlaku di negara kita? Ataupun jurang persahabatan semakin jauh dikalangan ummat Islam di Malaysia ini akibat perbezaan fahaman politik sempit. Pergaduhan mungkin akibat dendam lama ini hanyalah menguntungkan bangsa dan agama yang lain di negara kita.
"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai". Kalaulah semua ummat Islam di Malaysia ini berpegang kepada ayat di atas, bukankah kita ini sebuah bangsa dan agama yang cukup kuat? Hari ini tok ingin mengajak kita semua cuba untuk membuat analisis berkenaan dengan kerusi Parlimen yang diperolehi parti masing-masing. Selepas kita melihat kerusi tersebut, kita cuba menggunakan akal yang ada dalam diri masing-masing ini dan bertanya kepada diri kita, kenapa perlunya kita bersatu. Semoga analisis yang kita buat itu akan menemui jalan terbaik untuk agungkan agama, bangsa dan tanahair yang dicintai ini. Sekian wasalam.

No comments:
Post a Comment