About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, April 19, 2008

Ketuanan Melayu, kenapa perlu sengketa?

Salam dan selamat sejahtera buat semua sahabat seperjuangan bangsa. Pagi tadi sambil pekena secawan teh, aku melayari web harakahdaily. Terpampang kat tajuk utama Isu ketuanan Melayu: Umno bagaikan anjing tersepit. Aku sangat tertarik untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut. Aku tertarik dengan kenyataan;

AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan, usaha membantu Umno untuk memperbetulkan kesilapan parti itu dalam soal ketuanan Melayu bagaikan 'melepaskan anjing tersepit'.

Satu kenyataan lagi yang menarik perhatian aku ialah;

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa semalam, bahawa PAS tidak mahu terperangkap dalam isu tersebut (ketuanan Melayu) yang disifatkan sebagai membuang masa.

Aku mula terfikir betul ke kenyataan-kenyataan tersebut di keluarkan dari mulut pemimpin Melayu? Kalau ianya fitnah, takkan la di paparkan dalam Harakahdaily.. Adakah kedua-dua pemimpin ini sudah lupa asal-usul, lupa pada bangsa sendiri?

Aku terfikir sendirian kenapa perbezaan pendapat berlaku antara pemimpin Melayu mengenai Ketuanan Melayu? Kenapa orang Melayu sendiri enggan berunding demi memperkukuhkan Ketuanan Melayu? Lantas aku teringat pada majalah MASTIKA keluaran April 2008, yang membicarakan tentang POLITIK ITU HANTU!

Aku tersenyum sendirian, walaupun aku tidak mengiakannya tetapi kebenaran juga ada. Agaknya memang politik itu hantu. Hantu-hantu inilah yang masih belum sedar bahawa bangsa kita makin tergadai di bumi sendiri. Hantu-hantu inilah yang sanggup menolak bila di minta untuk membincangkan hala tuju bangsa sendiri. Adakah hantu-hantu ini masih leka dengan kemenangan dalam pilihanraya yang lepas?

Aku imbas kembali kenyataan seorang lagi pemimpin politik tanah air;

Pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, permuafakatan pemimpin-pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti itu perlu diadakan supaya isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dipolitikkan. Menurut beliau, tiga perkara penting berkaitan orang Melayu dan yang akan menentukan masa depan mereka di negara ini ialah membabitkan agama Islam, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pendidikan. “Sudah tiba masanya pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti politik itu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama supaya tiga perkara membabitkan bangsa Melayu itu tidak boleh disentuh dan diganggu oleh orang lain.

Aku hanya penulis kerdil, suara tidak di dengari oleh sesiapa. Namun rintahanku meronta-ronta ingin bangsa Melayu kembali bersatu. Kenapa kerana perbezaan ideologi politik, kita sanggup mengetepikan kepentingan bangsa? Keistimewaan orang Melayu makin terhakis sehinggakan kaum-kaum pendatang sudah berani mempertikaikan serta mendesak agar keistimewaan ini dihapuskan. Adakah kita masih belum sedar lagi?

Ayuhlah bangsaku, maafkan segala kesilapan yang lalu. Kita berganding bahu demi bangsa Melayu dan agama Islam. Hanya Melayu bangsa yang terulung dan hanya Melayu bangsa yang mampu memperjuangkan Islam.. Hanya Melayu juga bangsa yang dapat mengekang kejahatan kaum Yahudi. Ayuhlah bangsaku...

"kita sudah tiada masa, majulah dengan maha perkasa"

No comments: