About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, September 25, 2013

Ketua Pemuda Perak Perlu Berpijak Bumi Nyata.


Kata orang kalau nak pakai baju kenalah ukur pada badan sendiri. Jangan jadi bangang, beli baju ukur badan orang lain kerana kita bimbang bajunya senteng ataupun labuh buruk bila dipakai.

Begitu juga dalam arena politik. Kalau mahu menjadi pemimpin, manusia itu perlu lihat kemampuan masing-masing. Jangan hanya semata-mata mahu mengejar jawatan sebaliknya gagal menjalankan tugas.

Pastinya orang Perak kenal dengan Azwan Ketua Pemuda Perak dan juga Pengurus PAFA ini. Sebelum itu maaf kalau tulisan saya ini menyinggung perasaan segelintir individu.

UMNO tidak menghalang mana-mana pihak ingin tawarkan diri bertanding merebut sebarang jawatan baik diperingkat negeri mahupun pusat.

Tetapi keterbukaan UMNO itu bukan bermaksud orang yang kurang siuman juga boleh menghantar borang pencalonan.

Seorang manusia yang rasional, mereka pasti akan menilai diri sendiri sebelum menawarkan diri menjadi pemimpin kerana mereka yakin bahawa jawatan ini adalah amanah bukanya habuan.

Sebaliknya ramai yang merasakan jawatan adalah habuan dan disebabkan itu mereka tidak perlu berpijak di bumi yang nyata.

Apakah Azwan ini sudah mengukur pada badan sendiri untuk menyarung jersi? Atau Azwan ini merasakan bahawa jawatan NKP adalah satu habuan yang perlu direbut.

Keputusan PRU13 Pasir Salak
Azwan juga adalah Ketua Pemuda UMNO/BN Pasir Salak. Saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang angka-angka yang terdapat dalam helaian mata di atas.

Jika Azwan seorang Ketua yang bagus di Bahagian, sudah pasti salurang 4,5 dan 6 tidak menjadi angka negatif. Azwan juga tidak boleh berbangga dengan kemenangan 48 undi pada saluran 7 dan 34 undi di saluran 8.

Saya tidak melihat satu kejayaan besar yang Azwan berikan pada bahagian beliau selaku Ketua Pemuda UMNO/BN. Belum lagi kita berbicara sumbangan beliau sebagai Ketua Pemuda Negeri.

Pendek cerita, tugas hakiki Azwan di Bahagian dan negeri beliau gagal, apa justifikasi yang beliau bawa untuk bertanding NKP peringkat pusat?

Keterbukaan UMNO hari ini bukan untuk memberi laluan kepada manusia yang gagal, tetapi UMNO melaksanakan transformasi untuk mencari yang terbaik dalam kepimpinan.

Saya tidak kata Azwan tidak layak, tetapi lebih ramai yang layak selain Azwan untuk menggalas tugas NKP Pusat.

Saya menulis bukan omong kosong, tetapi saya lampirkan keputusan PRU13 di Parlimen Pasir Salak yang mana kawasan dipertanggungjawabkan untuk Azwan berkhidmat.

Kalau saya keluarkan semua keputusan saluran orang muda seluruh negeri Perak, alamatnya Azwan bermimpi di siang hari.

"UMNO adalah wadah perjuangan tunjang orang Melayu, UMNO bukanya medan orang Melayu berbalah dan mengaut keuntungan".



6 comments:

Anonymous said...

PRU14 UMNO akan rebah kalau silap memilih pemimpin untuk kemudi pemuda. UMNO adalah kerja sosial bukanya tempat menjana pendapatan.

Anonymous said...

Wan Bro VS Irwan Lenggong. Saya pilih Irwan Lenggong. Beliau lebih mesra rakyat.

Anonymous said...

ada yang lagi layak.. patut fokus pada negeri atau parlimen sendiri dulu.. nanti kejar2 berciciran.. jangan kejar jawatan.. kejar kerja

Anonymous said...

Bagilah laluan pada yang benar-benar ingin berkhidmat pada parti dan negara.

Ari said...

lor

Anonymous said...

Azwan sebab berketuakan MB Perak, Kalau ikut karisma, dia layak jadi ajak pemuda je. Cuba tanya kenapa duit PAFA tak masuk dlm akaun bank PAFA untuk pengurusan bolasepak Perak sebelum ini?