About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, April 15, 2013

Video Seks Mustafa Ali Adalah Ugutan Awal DAP Terhadap PAS. Video Kedua Bakal Tersebar? #GE13

Kita tahu dan sedar yang PAS kini berada dalam keadaan yang tersepit. Diluah mati emak, ditelan mati ayah. Itulah kedudukan PAS hari ini dalam survival politik mereka.

Spenderman


Sejak PAS bersekongkol dengan DAP, semakin ramai orang Melayu Islam mula membenci PAS. PAS sudah dilihat sebagai parti yang hanya boneka kepada cina DAP.

Kedudukan PAS semakin parah dalam gelangang politik masakini. Mana tidaknya, PAS sudah ada penentang dikalangan guru-guru pondok, ustaz-ustaz muda dan orang Melayu. Semua ini kita boleh lihat dengan kemunculan kumpulan ummati dan sebagainya.

Semua yang terjadi itu telah memberi ancaman kepada PAS menjelang PRU13 ini. PAS sudah nampak bahawa sokongan Melayu Islam terhadap mereka semkin merosot, cuma yang tinggal penyokong mereka yang ortodoks.

Kita percaya, ada dikalangan ahli PAS bawahan mendesak pucuk pimpinan mereka supaya mufarakah dari Pakatan Pembangkang. Ahli PAS sedar yang pakatan ini hanya menjadi liabiliti kepada survival politik PAS.

Terdapat juga analisa mudah dikalangan ahli-ahli PAS, yang mereka akan kehilangan kuasa di Kelantan jika PAS terus bersama dengan DAP. Orang Melayu Islam realitinya tidak dapat menerima perjuangan DAP yang rasis dan menolak Islam.

Apakah desakan dikalangan ahli bawahan ini tidak didengari oleh pemimpin PAS seperti Haji Hadi dan Nik Aziz? Apakah yang menjadi halangan utama untuk PAS mufarakah dari pakatan pembangkang ini?

Dua tiga hari ini, pentas politik Malaysia digemparkan dengan video skandal Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali. Kini beliau telah digelarkan sebagai Stopa Spender.

Bagi menutup aib tersebut, maka pihak pembangkang tanpa membuat analisa yang kukuh terus menuduh semua itu adalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkan pembangkang.

Kita tahu, Mustafa Ali adalah pemimpin PAS yang paling lantang untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Isu kerajaan perpaduan baru-baru ini menjadi satu ketakutan kepada DAP.

Mangsa politik DAP

DAP akan cuba halang PAS dan UMNO bergabung. DAP berjaya menghasut PKR Selangor supaya memecat Hassan Ali, DAP laburkan modal untuk pastikan Mat Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS menyingkirkan Ustaz Nasha.

2 tokoh yang mahukan UMNO dan PAS bergabung telah berjaya disingkirkan dari PAS hasil usaha DAP tanpa kita sedar. Mustafa Ali adalah mangsa seterusnya untuk DAP singkirkan dari PAS namun dengan cara yang sangat mengaibkan.

Ulama' disingkirkan oleh DAP

Haji Hadi dan Nik Aziz serta beberapa pemimpin ulama' dalam PAS sebenarnya dalam keadaan tertekan. Mereka bagaikan hilang punca untuk membuat sebarang tindakan.

Imej Islam parti PAS yang selama ini didokong mungkin akan terhakis sedikit demi sedikit kalau mereka berkeras dengan DAP. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur dengan segala arahan DAP.

Angin sedang bertiup kencang bahawa masih ada lagi video skandal yang melibatkan pemimpin PAS. Pemimpin PAS tersebut juga adalah orang penting dalam menentukan hala tuju perjuangan PAS. 

Perkara sebeginilah yang menjadi kebimbangan kepada Haji Hadi dan Nik Aziz. Mereka bukan tidak mahu keluar dari pakatan pembangkang, tetapi diugut dengan pelbagai perkara oleh DAP. Maka sebab itu mereka terpaksa jadi boneka dalam pembangkang.

Tindakan Mustafa Ali yang cuba bertegas dengan DAP supaya PKR tidak meletekan calon di Kelantan telah mendapat padah. DAP bukan main-main. Apa yang mereka kata, pasti mereka akan kotakan. Akhirnya video skandal Stopa spender didedahkan.

Cina tetap cina

Janganlah kita terkejut apabila PAS meletakkan calon mereka dikalangan orang bukan Islam dimana-mana tempat. Semua ini bukan PAS yang aturkan, tetapi DAP yang desak PAS supaya dalam Parlimen nanti, bukan Islam lebih ramai berbanding Islam.

Kenapa PAS tidak mahu berkeras dalam soal meletak calon bukan Islam ini? Bukankah PAS adalah parti Islam? DAP akan cakap "calon atau video seks pemimpin PAS?". Sudah pasti bagi menjaga imej parti PAS, Haji Hadi kena akur dari mengelak video yang lain pula akan tersebar.

Tapi penyokong ortodoks PAS tetap akan salahkan UMNO. Biarpun tanpa sedar PAS sudah mula dianjingkan oleh DAP. 

Semua yang berlaku ini adalah amaran awal daripada pihak DAP kepada PAS. PAS jangan cuba cabar DAP untuk perkara yang tidak masuk akal. Kalau video S/U Agung PAS pun DAP boleh dedah, inikan pula Mat Sabu dan Din Puduraya.

Kita sama sekali tidak salahkan Haji Hadi dalam perkara ini. Kita juga tahu yang Haji Hadi serta Nik Aziz pening untuk memikirkan masalah ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Haji Hadi dan Nik Aziz menghadapi saat yang getir ini.

Mereka mangsa keadaan

Pasti ramai yang akan bertanya, bagaimana kita nak desak DAP dalam hal ini? Jawapan aku sangat mudah, PRU13 kita wajib undi Barisan Nasional supaya DAP melihat PAS tidak lagi membantu mereka. Kalahkan semua calon PAS agar PAS tidak menyumbangkan kerusi DUN atau Parlimen kepada pakatan pembangkang.

Kita tidak mahu, jika pembangkang berkuasa, PAS akan terus diugut dengan masalah moral pemimpin PAS dari pihak DAP. Bila sahaja PAS bersuara soal kepentingan kepada orang Islam, DAP terus ugut dengan video Mat Sabu dan Din Puduraya.

Penyokong PAS sepatutnya berlapang dada dalam membuat penilaian isu penyebaran video seks Mustafa Ali. Tidak sepatutnya penyokong PAS buta-buta menuduh UMNO dalam kes ini. Kalau semua ini kerja UMNO, lebih baik UMNO tunggu Mustafa Ali ditabalkan sebagai calon mana-mana Parlimen atau DUN baru disebarkan video tersebut.

Sekarang ini, sudah keluar dari mulut orang-orang cina "Pemimpin Melayu pun tak boleh pakai, cakap sajer Islam, tapi ada skandal seks". Akhirnya, Melayu Islam juga menjadi mangsa.


3 comments:

Anonymous said...

DAP atau parti percisan PAP yang membawa ideologi komunis memang hebat mencatur politik dalam pakatan pembangkang.

DAP akan pastikan merekalah tuan dalam pembangkang supaya cina yakin yang DAP tunjang kepada Pembangkang.

Dalam percaturan itu, sudah pasti PAS adalah mangsa kepada mainan politik komunis DAP.

Melayu patut sedar yang DAP sikir demi sikit cuba hakis ketuanan Melayu.

Anonymous said...

Aku malu dan sedih nengokkan orang Melayu yang berugama Islam boleh sanggup cium dan selet bontot bangsa kapir yang terang-terang anti-Islam. Engkorang tak kena tipu (malah dah terkena pun)dengan bangsa kapir ni engkorang gelak-gelaklah. Dah kena kat korang besok, jangan harap dia orang nak sedekah Al-Fatihah kat korang. Buat kena sumpah dek anak-cucu cicit lagi ade.

jijan mali said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!