About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, April 13, 2013

Panas!! Pergolakan Memilih Calon Pembangkang #PRU13 Di Perak Semakin Parah. Sabotaj Parti Akan Berlaku.

Tan Kuda
Kalau disebut nama Mohd Nasib Rahim mungkin ramai dikalangan orang PKR tidak kenal dengan nama itu. Tetapi bila sebut sahaja nama Tan Kuda, pasti ahli PKR akan terus memandang ke arah Bagan Serai Perak.

Tan Kuda merupakan Ketua Cabang PKR Bagan Serai yang lebih mesra dengan panggilan Tan Kuda. Kalau tiada angin atau ribut, manakan pokok boleh bergoyang.

Terbaru, aku mendapat maklumat PKR Bagan Serai mengalamai pergolakan yang cukup dasyat. Kalau tiada angin, mana mungkin info ini telah mula tersebar luas dikalangan ahli PKR. 

Pergolakan ini bukan sahaja melibatkan PKR, tetapi PAS juga telah terpalik dengan kes perbalahan dalaman yang menjadi-jadi di Parlimen Bagan Serai.

Calon PKR Parlimen Bagan Serai PRU13
Pergolakan ini bermula apabila Anwar Ibrahim mengumumkan Dr. Muhamad Nor Manuty sebagai calon yang akan bertanding atas tiket PKR di Parlimen Bagan Serai.

Pencalonan Muhamad Nor Manuty telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada Tan Kuda kerana beliau yang berhajat besar untuk bertanding di Parlimen tersebut.

Tan Kuda memberi alasan kononya tindakan Anwar Ibrahim yang mencalonkan Muhamad Nor Manuty ini tanpa maklumkan dengan lebih awal kepadanya selaku Ketua Cabang PKR Bagan Serai satu kesilapan yang besar.

Namun begitu, ahli PKR sendiri percaya bahawa itu hanyalah alasan yang perlu Tan Kuda lapik bagi menghormati Anwar Ibrahim. Padahal jauh disudut hati Tan Kuda, belia amat kecewa dengan Muhamad Nor Manuty yang menafikan tempat untuk beliau bertanding dalam PRU13.

PRU13, PKR Bagan Serai bakal berhadapan dengan ancaman dalaman yang bakal terjadi. Tan Kuda memiliki potensi yang cukup hebat untuk mensabotaj Muhamad Nor Manuty pada PRU13 yang semakin hampir ini.

Kekalahan yang bakal dihadapi oleh Muhamad Nor Manuty pada PRU13 membolehkan Tan Kuda menghukum pucuk pimpinan PKR yang salah meletakkan calon di Parlimen Bagan Serai.

azlan

PAS pula merancang dalam diam untuk meletak calon mereka pada PRU13 di Parlimen Bagan Serai. Alasan PAS cukup kuat kenapa perlu bagi mereka meletakkan calon dari PAS bagi bertanding di Parlimen tersebut.

Tindakan bekas ahli parlimen Bagan Serai (PKR) Mohsin Fadzli yang umum keluar parti pada tahun 2010 menyebabkan PAS tidak lagi percaya dengan calon PKR yang akan datang. PAS tidak mahu pisang berbuah dua kali hingga merugikan parti mereka. 

Bagi PAS, pemimpin PKR tidak pernah setia dengan parti kerana sejarah 2010 telah mengajar mereka. Maka pemimpin PAS Bagan Serai juga terus khuatir dengan calon PKR Bagan Serai yang bakal bertanding nanti.

PAS Bagan Serai juga nekad untuk meletak calon mereka di Bagan Serai kerana percaya bahawa Parlimen Bagan Serai adalah kerusi tradisi milik PAS. 

Selama masa PRU sebelum ini, Parlimen tersebut adalah milik PAS bukanya PKR. PKR hanya mengambil tempat tersebut pada PRU12, itupun calon PKR yang menang tidak setia dan mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh PAS pada PRU12.

Kita tidak menolak kemungkinan besar akan berlaku pertandingan yang amat dasyat di Parlimen Bagan Serai pada PRU13 ini. Besar kemungkinan juga berlaku pertandingan 4 penjuru antara BEBAS (Tan Kuda), PKR (Muhamad Nor Manuty), PAS (Belum diumumkan) dan BN (Belum diumumkan).

Sumber juga memberitahu, kemungkinan besar juga akan berlaku ahli PKR Bagan Serai yang akan umum keluar parti ramai-ramai dalam tempoh terdekat. Sejauh mana kesahihan berita ahli PKR akan keluar belum mendapat kepastian yang jelas.


2 comments:

Anonymous said...

Hancur dah PR lepas ni.. Konon parti mereka terbaik, tp hakikatnya hancor lebur..

Anonymous said...

Teman orang bagan serai. 99% apa yg blogger ni citer ada benarnya. Tan Kuda mmg tgh susun utk jatuhkan Matnor Manuty. Dia x setuju bebenor dgn Matnor. Selama ni dia duk pulun kojer belah bagan serai, alih-alih Anwar letak Matnor.