About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, April 25, 2013

Panas!! Kenali Calon PAS Pasir Panjang Lumut. Dia Ahli UMNO Yang Sah? #GE13 #TolakPAS.

Rohawati Calon PAS
BN Kroni! BN Korup! BN Khianat Melayu! Ekonomi Malaysia lumpuh bawah pentadbiran BN! Setiap kali kempen ceramah PAS di Pasir Panjang Lumut hatta di mana pun, itulah perkataan yang akan keluar dari mulut orang PAS.

Menjawab pertuduhan itu, jom kita kenali calon PAS DUN Pasir Panjang di Lumut, Perak. Nama beliau Rohawati Abidin.

BN Kroni? PAS sentiasa bawa cerita kononya setiap projek di Malaysia ini pasti kerjaan akan bagi pada orang kuat BN atau ahli UMNO. Betul ker? Kita lihat gambar di bawah.

Pusat Servis Komputer Rohawati
Rohawati memilik sebuah syarikat servis komputer di Manjung Lumut, Perak. SKMM di bawah Kementerian Penerangan Malaysia telah memberikan tender kepada Syarikat milik Rohawati untuk menyelenggara komputer 1 Malaysia. Tender tersebut mencecah nilaian ratus ribu setiap tahun.

Apakah dengan tender yang kerajaan bagi pada Syarikat Rohawati itu PAS masih boleh menuduh kerajaan BN hari ini mengamalkan kronisme? Rohawati telah memperolehi keuntungan hasil daripada tender tersebut berlipat kali ganda. Kroni lagi ker kerajaan BN? Ataupun Rohawati ini orang kuat UMNO?

BN Khianat Melayu? Apakah Rohawati ini orang cina? Apakah tender SKMM itu diberikan kepada orang Cina? 

Mungkin orang tidak tahu yang suami kepada calon PAS Pasir Panjang ini merupakan seorang pensyarah kanan di UiTM Sri Iskandar. Apakah Rohawati lupa yang dia juga bekas pelajar UiTM. Bukankah UiTM ini hanya untuk Bumiputera. Apakah semua ini masih kita labelkan BN Khianati orang Melayu dan Bumiputera?

Keris pada logo UiTM Lambang Melayu
Aku bukan nak menidakkan hak atau rezeki Rohawati calon PAS ini. Tetapi, PAS janganlah menuduh BN tanpa melihat asas yang kukuh.

Bukan aku bermaksud yang Rohawati tidak layak jadi calon PAS dan lawan BN. Tetapi, Roha patut bersyukur dengan apa yang beliau perolehi selama ini. 

Apakah dengan menuduh BN dan memburukkan imej BN cara Roha menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih beliau? Apapun, inilah perangai orang PAS. Apa yang kerajaan buat semua tidak betul, tapi dalam diam-diam merekalah yang kaut keuntungan.


8 comments:

Anonymous said...

Manusia x sedar dek untong! Tolak PAS. Manusia hipokrit ramai dalam PAS.

Anonymous said...

kasi tolak,pas,pkr,dap

Anonymous said...

Puak PAS ni mmg. Cakap berdegar2. Tapi bila BR1M. Deme beratur paling depan. Siap tolak orang2 tua yang beratur sekali.

Anonymous said...

BIASA LAH ...ADA AGENDA PERIBADI YANG TIDAK DAPAT DI CAPAI/DIPENUHI DOK MENYALAHKAN ORANG LAIN JE.....

Anonymous said...

Biasalah orang PAS. Mana yang untungkan dia, dia akan kata halal.. Bila orang lain dapat, semuanya kata haram..

taruhan bola said...

bener banget tuh gan,, yang halal jadi haram yang haram jadi halal

Anonymous said...

Orang PAS & PKR yang dapat rezeki dari projek kerajaan BN pun ramai. Senyap-senyap mereka sorok identiti. Yang jadi kaya raya lupa daratan. Lepas tu kutuk dan hina kerajaan BN. Rezeki masuk mulut hasil duit siapa. Kemakmuran yang Allah bagi zaman pemerintahan siapa kalau tak BN.
Tak suka jangan kutuk jangan hina.
Apa yang penting ubah dari undi PR kepada BN.

Anonymous said...

Puak pas masa dlm kerajaan dia org kaya tu.
Tapi bila masuk pas meletup meletup di kutuknya kerajaan. Mcmana pengundi atas pagar nak sokong.
Terbaik mohd taib...dah senang dan byk duit dan tak ada masalah kewangan.....dah tua masuk pas. Org mcm tuj masuk mana mana parti pun tak apa sb dah byk wang. Cuba tanya mat taib tu masa dia jadi MB agak agak dia ada fikir nak masuk pas tak.