Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.
Jurukamera yang pernah dipukul oleh perusuh BERSIH |
Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.
Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.
"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.
Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.
TOKGURU86: Apa sudah hilang akal ker penyokong totok PAS ni? Ingat nyawa orang ni boleh tukar ganti? Perangai samseng orang PAS punca orang Kelantan semuanya dilabel sebagai gedebe. Padahal hanya segelintir sahaja yang samseng itu pun penyokong totok PAS.
Kalau nak berpolitik pun, ada batasanya. Jangan sampai nak bunuh membunuh. Apa orang PAS ingat, kami ni tidak ada anak bini yang perlu dijaga? Semoga Allah membalas segala kerja jahat mereka.
Kita doakan kepada jurukemera yang meninggal itu semoga diletakkan roh beliau bersama orang yang soleh oleh Allah SWT.
1 comment:
Politik samseng ni mmg budaya orang PAS. Nama jer parti Islam, tapi perangai mcm setan.
Post a Comment